Isnin, 31 Mac 2014

Bvlgari Man EXTREME, You are finally mine.

Assalamualaikum.
Sebelum aku bercerita panjang pasal Bvlgari Extreme nih. Meh layan iklan kejap.



Nak dijadikan cerita, beberapa bulan lepas, kalau tak silap time cuti kerja kot..aku pergi rumah member aku nih..macam biasalah melepak sambil mengumpat..ehh...ehh..tadelah mengumpat sangat..lebih kepada bercerita..haha..

Then aku nampak dia punye Bvlgari Extreme..aku nih kan aktif dalam bercakap..so aku tanyalah pasal bvlgari tuh..sambil spray dua tiga kali kat badan..perghh! bau dia mengancamlah..rasa macam jatuh cinta pulak.


and finally, dia milikku! amik masa jugaklah nak dapatkan benda alah nih..kalau dah bau die mengancam..harga dia pon mestilah mengancam jugak kan..nak seribu daya,tak nak seribu dalih. betul tak. Semalam aku cuti, jadi aku pergilah usha perfume nih dekat Sogo. nasib baik tak ramai orang. 


Dalam satu box tuh, dia kasi aku dua ..as usual kalau yang besar tuh 100ml and yang kecil punyer 15ml. oklah sikit kalau ada yang kecik tuh sebab senang nak carry kalau keluar jenjalan or pergi kerja.


100ml


15ml

Sebelum nih aku guna perfume apa entah yang aku beli entah kat mane dengan bau yang aku sendiri pon  tak suka..boleh tak macam tuh? seriously nak buang perfume lama tuh macam sayang kan..so, aku guna jerlah..kebetulan semalam dah habes. aku pon belilah yang nih.lols oklah rasanya sampai sini jerlah entry untuk kali ini. insyaallah kalau rajin petang nanti update lagi..kalau malas..hmm..zzzz...hoho. Happy blogging semua.

Ahad, 23 Mac 2014

Rezeki Nuffnang bulan March dan hadiah hari lahir

Assalamualaikum,
Hurmm..bila dah lama sangat tak menaip kat blog rasa macam blur kejap sebab tak ada idea langsung nak tulis entry pasal apa. Tiba tiba terajin pulak nak buka nuffnang kot kot ada Running iklan kan..Padahal dan dua tiga bulan tak blogging sebab laptop rosak ..berangan jer nak ada iklan running kat nuffnang tapi aku tetap jugak nak check and suprisingly eh eh eh..ada iklan melekat oullss..bukan satu tapi lima. Terharunyaa.haha.


Sekian saja update untuk nuffnang. Sekarang aku nak share pasal potluck plus birthday bash party. A few days ago, kat department aku ada buat potluck party..jadi masing masing kena bawa something untuk share masa potluck tuh. aku nih dah lah duduk bujang..nak masak untuk sendiri pon nan hado ini kan pulak nak masak untuk orang lain kan..last last aku share jer dengan officemate bawa roti jala. nak share gambar tapi masa tuh tak snap banyak gambar pon..adelah sekeping dua..jadi korang layan jelah yer..huhu


macam macam ada..roti jala dengan kari, kueh talam, Bihun goreng, nasi goreng, ayam masak pedas dan banyak lagi lah..yang penting kek tuh.hehe. that one untuk celebrate staff's birthday bulan November, December, January, february and march.  


Dorang tanya apa yang aku nak untuk birthday...sebenarnya susah nak cakap apa yang kita nak..kalau benda yang diminta tuh macam melampau or mahal ke susahlah..bajet untuk hadiah bukannya juta juta kan..lol. At the end aku mintak sandwich maker. kalau rajin rajin boleh guna. kalau malas simpan dalam lemari. benda tak basi kan..daripada mintak benda benda mengarut tah pape.



tapi tadi tetiba pulak rasa macam tak nak makan nasi and malas nak turun bawah beli makanan. jadi aku testinglah sandwich maker nih. Alhamdulillah, semuanya sudah selamat masuk ke dalam perut aku..


Terbaiklah walau pon rupa dia macam unik sikit. 

Dengan itu berakhirlah entry untuk kali ini. Besok kena pergi kerja petang pulak. malasnya nak pergi tapi itulah kan tak kerja duit takdak. kalau tak kerja tak dapat nak beli laptop nih. tak dapat nak blogging.hurmmm senang citer kalau duit tadkak susahlah..sobss..sobss..zzzzz..

Rabu, 12 Mac 2014

Random Update! A Clutch for a guy.

Entry untuk kali ini aku nak share pasal clutch. Normally benda benda macam nih kurang jarang mungkin tak ada dalam blog lelaki. Giler kau.. badan tough, muka macho habes..nak buat entry pasal clutch kan..Turunlah market katenya..puiii..


"A women's strapless purse that is carried in the hand" - Inilah maksud Clutch bag kalau korang nak tahu. Tapi sekarang nih dah banyak barang barang yang perempuan guna di"lelaki"kan. Maksud aku ada sesetengah produk yang diciptakan untuk orang perempuan telah diluaskan marketnya supaya orang lelaki pon boleh guna jugak. 

Contohnya clutch. Kalau dulu memang jarang nampak lelaki strolling around pegang clutch bag tapi sekarang memang ramai penggunanya termasuk aku.eh!..Pengunaan clutch untuk lelaki pada aku ianya relevan. Tak salah ok kalau lelaki pon guna clutch.betul tak? tapi hakikatnya ada sesetengah orang akan memberikan komen yang negatif pada lelaki yang guna clutch bag sebabnya ianya hanya sesuai untuk wanita sahaja.

Nampak tak sesuai digunakan oleh kaum lelaki mungkin disebabkan oleh design dan pilihan warna pada clutch itu sendiri. Sekarang nih banyak sangat pilihan clutch untuk lelaki. Jadi, kalau korang decide nak guna clutch..aku rasa korang perlu menilai jenis, bentuk dan pilihan warna clutch supaya ianya match dengan jantina korang. 

Sesuai dengan Jantina? Maksudnya korang pandai pandailah buat pilihan kan..takkanlah nak beli clutch yang sarat dengan bling bling, design yang girlish and warnanya pulak merah jambu. betul tak? untuk memeriahkan lagi entry nih..aku nak share jugak beberapa jenis clutch bag yang aku suka.





Semua design clutch nih nampak very simple and fashionable.hehe. Hopefully dapat grab one of this..tak sama pon at least lebih kurang. yang ada sekarang a lil bit small.I need a bigger one.

Aku nih seorang yang tak suka kalau pergi somewhere tak bawak apa apa kat tangan. Macam kosong and tak secure lepas tuh rasa awkward. So bila ada something to hold on aku akan rasa selesa kat public. Even before pon masa sekolah, aku akan bawa beg pergi mana mana walaupon aku tahu kalau tak banyak bag pon tak apa. Weirdooo. haha.

Lastly, aku cuma nak cakap ini adalah opinion dari aku. Kalau ada yang tak suka. tak sukalah.apa boleh buat kan.Pada yang suka pulak. Alhamdulillah. Semoga kita berjumpa lagi untuk entry yang akan datang..haha..happy blogging..oh lupa pulak nak bagitau semua gambar gambar kat atas nih adalah ihsan dari google image. Thank you.byebye.


Sabtu, 8 Mac 2014

arepnakbebel.com is now back online.

Macam biasalah tajuk entry tak nak kalah kan..fuhhh..tak tahu nak cakap apa..yang penting sekarang aku dah boleh start blogging balik. Last entry aku update pasal laptop dah rosak tapi alhamdulillah masih ada lagi yang bagi respon kat entry tuh. aku ingat bila dah lama tak update..blog nih dah tak ada orang nak singgah tapi sangkaan aku meleset..cehhh..gituh kan.. Korang memang terbaiklah.hehe.


Laptop yang lama tuh memang dah tak boleh nak buat apa. tapi aku still simpan dalam "lemari" and now mempersembahkan my new baby booo Lenovo G470. It is not a new laptop tapi harga dia affordable dan ..condition dia still tip top. Tak kesahlah baru ke second hand ke third hand ke yang penting laptop nih still boleh digunakan dan aku tak perlu keluarkan duit riban riban untuk beli laptop baru.

Excited lain macam nih..banyak sangat benda yang aku kena buat. nak update bloglist. nak blogwalking lagi. nak tukar layout baru *kalau ada masa.. dan banyak lagilah. Nuffnang dah terabai. 8share pon dah lama tak buka.

apa apa pon macam biasalah.. happy blogging.