Khamis, 4 Disember 2014

Boat Noodle di The School Jaya One, Petaling Jaya

The School? Seriously first time dengar. Macam mana aku boleh tersesat sampai ke sana? Well, Hari ahad lepas, member aku called nak wish birthday then ajak aku pergi Warehouse sale dekat sana. Since aku tak ada buat apa lepas kerja, aku ikut jer la dorang pergi sana. 


Sebenarnya, kitorang tak plan pon nak pergi makan Boat Noodle nih. Lepas pergi Warehouse Sale kitorang pusing pusing nak cari tempat makan tapi tak jumpa. Before tuh, member dah suggest boat noodle tapi tak nak. gigih jugak cari kedai lain tapi last last pergi sana jugak.haha



Boat Noodle ada few branches. Antaranya di Empire Damansara dan Publika. Kalau dah dekat dekat tuh boleh pergi try. Time sampai tuh orang dah ramai tapi still lagi ok sebab ada seat yang available.



Duduk duduk jer terus capai menu sebab dah lapar sangat. Tadi kemain kan tawaf satu bangunan cari kedai makan. Masing masing lapar kot rasa macam nak makan semua yang ada kat dalam menu tuh. Yang kelakarnya, tak tahu pon makanan tuh macam mana, rasa die macam mana tapi semangat cakap "nak yang nih..yang nih, yang nih pastuh yang nih pastuh tambah lagi satu yang nih".


ada dua pilihan. Samada ayam atau pon Daging. Lepas tuh ada dua pilihan Cravy, Pathumthani atau Ayuthayya. Apa beza dia?. Aku ada captured gambar . Korang boleh baca kat bawah nih.


Interesting kan. Kitorang try dua dua jenis kuah nih. nanti bolehlah buat perbandingan kan. Kalau sekadar baca jer tak boleh nak describe sangat. kena makan jugak baru tahu yang mana satu menjadi pilihan bila nak makan lepas lepas nih. hehe. Kalau tanya aku, aku suka yang Ayutthaya.



Close up sikit.hehe. Seorang empat mangkuk jer. Satu mangkuk portion dia tak banyak pon.sesuailah dengan harga kan. Selain Noodles, ada lagi sides yang kitorang boleh order macam Grill Chicken and Beef Meatballs, Chicken Wing, Fruit Salads dan Ka Num Tuay.


Grill Chicken & Grill Beef Meatballs and Ka Num Tuay


Close up untuk Ka Num Tuay. 


Chicken Wing.

Semua kitorang order kecuali fruit salad. Grill Chicken & Beef Meatballs dengan chicken wing memang sedap sebab sauce tuh mengancam sungguh rasa dia. Ka Num Tuay tuh pon sedap jugak, kitorang amek enam, dua Seorang. Dua mangkuk kecik tuh RM1.00. Untuk minum aku order ayaq kelapa tapi tak dan aih nak captured bagi ampa semua tengok.lol *tetibe loghat kedah


Burppp. Kenyang sudah. Banyak tak? Rasanya kalau tiga orang makan macam nih sikit jer kan.eheks. Insyaallah kalau ada rezeki nak repeat balik. ada sapa sapa nak ajak tak?huahuaha. Oklah semua. sampai kat sini sajerlah update untuk projek makan makan kali nih. Selamat mencuba yer.

31 ulasan:

  1. Wah terbaik...tgh lapar ni..rasa mcm best je pinggan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pinggan plak yang best? noodle tuh x rase best ke..haha

      Padam
  2. 1st time dgr nama ni....hihihihi...mcm menarik laa mee dia...rupa dia macam laksa....teringin nk try mkn ka num tuay tu..rasa manis ke masin??

    BalasPadam
    Balasan
    1. menairk gak la DM. Seronok plak makan mcm nih...yang Ka Num Tuay tuh luqman makan manis jer...sedap.

      Padam
  3. mcm best je .. mcm sedap je .. mcm terliur je .. hahaha

    BalasPadam
  4. ramai update pasal noodle boat nie..hihi.. kalau dekat dah lame pegi sini..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke..huhu..kalau kebetulan datang ke area dekat2 tuh singgahlah..huhu

      Padam
  5. Woah, nampak sedap ni. Tapi jauh sangat nak pergi haha :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...yang jauh2 tuh... dekat2 kan..hehe

      Padam
  6. Balasan
    1. heheh... :) lau sedap kena g makan ..:P

      Padam
  7. perghhhh.. thorbaiklah..
    sila tmbh lg mangkuk tu..wakak

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...tak larat dah...cukuplah..nanti len kali plak..haha

      Padam
  8. memang nampak sedap...

    dah makan bertingkat-tingkat macam tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe...seronok makan mcm nih..nak2 plak kalau makan ramai2..

      Padam
  9. Balasan
    1. boleh tahan jgk la..seronok :) nanti try lah bbl.

      Padam
  10. Balasan
    1. tengok badan arr...tapi byk cmne sbb g ngn member2 la..lagi pon satu mangkuk tuh 2 suap jer.

      Padam
  11. follow blog cik anggur twitter cik anggur dan like facebook cik anggur balik
    di http://belogcikanggur.blogspot.com
    terima kasih

    BalasPadam
  12. portion sikit ni mmg sesuai utk sis yg perut kecik ni ... terliur jer tgk ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe...ok jer sis...tapi portion sikit je sis satu mangkuk sure sis amek lebih nnti ..hehe

      Padam
  13. Patutlah nama The School - meja sekolah:)

    BalasPadam
  14. bro, lumayan sungguh projek makan...bertingkek tingkek mangkuknya hehe

    BalasPadam