Ahad, 2 November 2014

Rezeki Nuffnang bulan Oktober dan Burger Ramly

By luqman zakaria  |  06:47 53 comments

Random post macam ini memang bersepah dekat blog aku sebab aku tak buat banyak aktiviti. So, untuk panjangkan entry aku kena share banyak benda. Aku sebenarnya tak suka sangat post entry pendek pendek nanti tak puas. eh. 

First first kena bagi ucapan terima dulu kepada blogger blogger yang joined Bloglist aku. Tanpamu ku sepi. gituh kan. Mula mula buat Segmen ini aku memang redha habis habisan sebab takut tak ada yang nak join. Berani mati buat segmen time blog tak ada orang singgah. Tapi alhamdulillah ada juga yang nak masuk bloglist aku. Segmen bloglist tuh belum tamat lagi. jadi kalau ada yang nak join boleh klik SINI.

Aku tengok ramai blogger tengah update pasal CPUV yang dorang dapat dari Nuffnang. Aku sebagai blogger ala ala picisan pasir di pantai nih pon tak nak kalah ok. tetap juga nak post pasal CPUV yang melanda Nuffnang aku nih. 


For the month of October. Arigato.Arigato Nuffnang.


Siapa dekat sini hantu burger? Kalau ada hantu burger kita geng la tapi untuk aku burger akan jatuh pada tempat kedua sebab tempat pertama dimenangi oleh ayam.haha. Dekat mana mana pon mesti ada pasar malam kan. Kalau kat kampung aku, pasar malam buka hari selasa. Berbekalkan RM2.50, aku dah mampu beli burger daging biasa 1.20 dan seketul ayam goreng kentucky pada harga yang sama.masih lagi ada baki 10sen ok. tapi itu dulu la.Sekarang kalau bawa RM2.50 pergi pasar malam memang balik bawa plastik jer la.

Bercakap pasal Burger. Korang dah try Burger Ramly yang ala ala moden ke? Moden? tak adalah moden tapi sekarang nih Ramly Burger dah maju yer kawan kawan semua. Siap ada Kiosk lagi. Macam nih.


Yang penting HALAL dan pastikan RAMLY baru beli.OK?hehe.

Sekarang ini dah banyak Kiosk Ramly Burger macam dibuka tapi aku jer yang belum pernah pergi beli. Tapi aku tak pastilah dekat area mana yang ada. Korang boleh google or terus pergi official website Ramly burger untuk maklumat yang lebih padat. 



Kiosk kat atas tuh dekat pandan indah LRT Station. Baru jer buka dekat situ, kebetulan pula aritu aku nak pergi Axis, aku singgah la kononnya nak try kan. Aku beli Beef Oblong. Boleh beli Ala Carte atau pon Set. Kalau yang set tuh tak silap datang dengan French fries dan Soft Drink. Packaging dia pon oklah kan. nampak Neat.


Oblong daging yang aku beli tuh harga dia RM.3.50. rasanya murah dah tuh kan.


Yang ini  antara Set Meal yang korang boleh order dekat Kiosk Ramly burger ini. Macam macam ada. Chicken Chop, Lamb Chop dan Fish and Chip pon ada ok. Oh lupa nak cakap, hari itu, aku pon ada order beef nugget. sedap. Tak pernah cuba pon sebelum ini. Selalunya kalau nak makan nugget mesti chicken nugget. Sekali makan yang beef punya terus fall in love.haha. 


Good news untuk yang malas nak masak kat rumah pagi pagi atau yang dah bosan asyik makan nasi lemak telur jer untuk breakfast korang boleh la beli Smoke Beef Sandwich set untuk mulakan pagi korang tanpa rasa lapar lagi. hehe. bukan apa, aku tengah macam berbaloi jugaklah Portion dengan harga dia. apa lagi. cubalah sekarang. Pastikan Ramly baru beli. 

Happy blogging Semua.

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

53 ulasan:

  1. Wah.. banyaknya tu nuff dia.. syukur ya.

    Setuju. Sekarang kalau pergi pasar malam pun dah macam belanja di shopping mall, kecuali memang pergi tu, belinya cuma jagung seketul.. cukup la rm2.50..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. :).. kan. sekarang memang jauh beza dah harga dia..sedih betul..huhu

      Padam
  2. harga jgn cite la..dulu coklat sebijik bole dapat 5sen. mkin maju harga minyak petrol naik, semua naik..huhu

    tahniah dapat cpuv baru. sedap plak tgk burger tu..hihi :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. sabor jer la. sedap? itu belum bukak lagi.kalau dah bukak lagi nampak sedap..hehe

      Padam
  3. Tahniah untuk cpuv nuffnang yg tak henti2 on going. Hehe. Dan kita sama tuk level ayam dgn burger. Pencenta ayam yg setia. Hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Alhamdulillah rezeki. Oh peminat tegar jgk ke..kite geng.haha

      Padam
    2. Kenot say no lah to ayam. Haha

      Padam
  4. sedapnya burger ni, nasib baik dah kenyang kalau tak kena pi beli le

    BalasPadam
  5. Blog walking..bestnye saya xpernah dapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq singgah sini...insyaallah nanti dapat la tuh..hehe

      Padam
  6. Alhamdullilah rezeki tu.. Burger Ramly dari dulu memang suka dengan beef patties dia. Memang ori rasa burger Ramly ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...memang sedap dari dulu lagi..sebab tuh sekarang dah makin maju.hehe

      Padam
  7. eh kat pasar malam di kampung kami masih lagi boleh bawak RM2.50 kahkahkah.. :) wow Ramly dh makin maju tapi memang Ramly daging burger yang terbaik sekali kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..dah maju kan..sebab memang burger ramly terbaik dari dulu..

      Padam
  8. Bihah dah follow blog ini.kallau sudii follow dan singgah sellalu di http://bicarabihah.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sbb follow.nanti luqman singgah sana pulak k.

      Padam
  9. Wow ada kiosk burger ramly ea?
    Rasenye xde lagi kat Seremban ni.
    Saya mmg suaka - Burger ayam cheese.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah nanti mesti dorang akan kembangkan lagi business ke seremban sane..hhehe

      Padam
  10. Tanpamu kusepi...best lagu tu.
    Hehe..
    * saya x pernah update cpuv sebab malas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. luqman rajin update sebb xde aktiviti lain nak update dah..hehe

      Padam
  11. Nampak banyak nor pilihan burger tu.
    Mesti sedap ni.
    Jom serbu.

    BalasPadam
  12. Wah! Ramly Burger dah ada kiosk ea skrg? Bagus2.. Dah macam kepci pulak ada set2.. Macam ni mesti cuba nih.. Hehe.. ^_^
    RosmizaAliDotCom

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah..dah macam tuh dah skg..siap ada set meal lagi..harus lah try kan.

      Padam
  13. kat area umah sy de kedai ramly nih..selalu beli daging kisar, ayam kisar n wedges...harga pon ok..yg penting wedges dia sedap..(^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wedges?? luqman kena try beli jgk nih..hehe

      Padam
  14. sedapnya la burger . lapar ni , huhuu

    BalasPadam
  15. aku suka makan burger.
    tapi burger daging je..tak suka burger ayam.
    burger daging special satu..hehe

    BalasPadam
  16. sama la kita..hoho..tq nuffnang..emm, kita kena beli burger ramlee n buat sendiri je..kat utara xda kiosk ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh beli jer..ramly kan ada jual yang frozen jgk kan.

      Padam
  17. sama la kite nick.. x suka burger ayam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau burger luqman prefer beger daging jgk..tp xleh lawan ayam goreng ah..huhu

      Padam
  18. Balasan
    1. Hehe..belum ada lagi la..xtau nak update pasal apa nih..huhu

      Padam
  19. Balasan
    1. dah lame? kena makan tuh.beli burger ramly tau..hehe

      Padam
  20. sangat murah kan... bole ganti mekdi segala tu haaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah.dah cukup murah dah nih..dan yup semestinye boleh ganti mekdi semua tuh

      Padam
  21. banyaknya cpuv. penah dapat taun lepaih je. sedih kan.hahaha
    lapar tgk burger memalam.

    BalasPadam
  22. saya berminat nak buka kiosk mcm ni.. berapa modal.

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP