Ahad, 30 November 2014

Projek Makan Makan di Simplyd Avenue K.

Goodbye 22. Welcome 23. Yeahh. Syukur alhamdulillah, Hari ini 29 November 2014 umur aku sudah pon mencecah 23 tahun. To reward myself untuk hari penting ini, aku nak pergi makan makan tapi seriously aku tak tahu nak makan kat mana. Fikir punya fikir, aku teringat satu post dalam instagram pasal Simplyd Cafe. So, aku contact kawan aku yang pernah pergi sana, tanya exact location dan macam mane experience dia as a customer.She said that the food was really good. Apa tunggu lagi kan. terus siap siap gerak pergi sana.



Memandangkan aku duduk dekat area KL, jadi aku decide untuk pergi ke Simplyd Cafe yang terletak di Avenue K. Untuk pengetahuan korang, Simplyd ade dua lagi cawangan lain, Kalau  rasa Anevue K nih tersangatlah jauh, korang boleh ke cawangan yang berada di Nu Sentral dan The Curve.



Sampai jer dekat sini, aku nak snap gambar dulu tapi ramai sangat orang sampai kena queue untuk order. Baik aku queue dulu sebelum orang lain mencelah. Bila time nak balik tuh baru aku snap snap gambar. Kalau nak makan kat sini kena order dulu, bayar and dia akan hantar ke table kita. 


Pilih Style masakan dan Pilih Pasta or Noodles kesukaan korang. Menarik kan. Teringin pulak nak Rasa Simplyd Laksa tapi makan dengan Spaghettini. hehe.Hmmm, mungkin lain kali. Sebab untuk pertama kali singgah ini aku nak try benda lain dulu. Rambang mata jugaklah nak buat pilihan. Nasib baik jugalah queue tadi. Boleh amek masa untuk pilih makanan dulu. Meh nak tunjuk Menu lain untuk tatapan korang semua.


Sandwiches and Salads


Drinks

Apa yang aku order? Semestinya burgerlah. Salad salad ni wa tak layan sangat.haha. Aku order 100% Beef Burger with Lettuce, Tomato and Caramelised Onion on Brioche Bun. Lepas tuh add ons Chargrilled Chicken onside. For drinks aku amek Lemonade with Green Apple Flavour (Large).



Burger tuh memang Simply Delicious. Side Dishes ada Tapioca Chips & Coleslow. Kalau korang order Sandwich or Salad, dorang akan serve kan dengan Coleslow dan Chips. Nak tambah sides macam aku pon boleh. Selain Chargrilled Chicken, ada Smoked Salmon, Shave Parmessan, Fried Egg, Tea Egg, Garlic Bread, Wild Mushrooms dan Grilled Lamb Kofta. Drooling giler.ahaks.


Ice Cream.Mango Flavour. Bukan nak gebanglah tapi seriously sedap. Tak puas satu Cup. Satu RM3 jer. Boleh makan sampai pengsan. Korang boleh pilih whether nak dorang serve by cup or by cone. Aku prefer cup sebab kesopanan dan tatasusila aku akan lebih terjaga bila makan. Kalau guna cone aku failed.haha.

Sudah kenyang. hati pon dah tenang. so, time to share some informations dengan korang semua. Mesti korang akan cakap "whaaaaat!! Biar betik". Time aku dok makan makan tadi kat sana, nampak satu flyers pasal Promotion yang ada dekat Cafe nih. 


Pay anything you want. Yup! Korang bayar jer berapa yang korang nak untuk dapatkan 8oz Coffee. Bayar 10sen pon boleh.hehe. Dengan syarat setiap satu Coffee untuk seorang sahaja dan Promosi ini cuma untuk hari isnin bermula jam 3 hingga 4 petang sahaja. Kalaulah korang secara kebetulan ada di kawasan yang berdekatan pada waktu itu, bolehlah singgah Simplyd untuk dapatkan 8oz Coffee dengan harga yang korang sendiri tentukan. Thorbaik. Korang boleh layari www.simplyd.com.my untuk promosi dan maklumat maklumat lain yang berkaitan. 

Simplyd Avenue K.
Concourse Leve, - LOT C-16A
156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
*Sebelah H&M/depan Chatime
Daily 0800hrs - 2200hrs

P/S : Will definitely go back to Simplyd Cafe for more sebab makanan sedap sedap. Lepas tuh kan. staff simplyd kat Avenue K nih semuanya friendly. Layan jer aku tanya macam macam. 

Thank you guys for visiting this blog. Happy blogging semua.

36 ulasan:

  1. Menarik nampaknya tempat ni.. sukalah konsep bayar berapa kita suka tu. Tapi kalau nk gitu kena ikut masa yg ditetapkan la ya.. kalau pegi kan, dilema pula nak bayar berapa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup betul. kalau tade syarat mesti tak sampai sejam dah abes semua.hehe

      Padam
  2. sanah helwah bro... dah 23 tahun...
    sama ah umur.. ecehhh...

    btw, nice sharing.. makan n makan.. hehe

    BalasPadam
  3. huiihhh....sedapnyeee....mmg drooling...dah lama xjejak kaki kat avenue K tu...neway...epi belated besday luqman..(^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap.nanti kalau pergi boleh la singgah simplyd. btw tq sbb wish.hehe

      Padam
  4. nak try la..ley msk dlm blog sy plak pasni..tq for d info.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try jgn tak try..nanti share boleh luqman bc experience SS plak.

      Padam
  5. wah sedapnya.. nanti nak pergi makan kat AK jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti pergilah...kat Avenue K byk tempat makan best2.

      Padam
  6. wah, boleh tahan juga ye.. nanti kalau p sana, nak try la.. hehehe..

    oh and happy belated birthday :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..sedap jgk nih..nanti lau p sharelah kt blog..hehe..tq yer for ur wish

      Padam
  7. Balasan
    1. Hehehe..takpe nanti lau ade peluang boleh lah dtg try.

      Padam
  8. macam best untuk try makan kat sini...thanks for the info :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. best jgk la..sebab makanan sedap..trylah nnti.

      Padam
  9. 1st happy besday bro!!! Sedapnya.. nanti boleh la pegi. Kat the curve de cawangan kan.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq :) ada satu cawangan die kat sana..nanti kalau mama pergi share la kat blog..nak bc jgk..hehe

      Padam
  10. ok, nmpaknya kita ni sama umo..haha! sedapnyer..kiranya every time g sni mmg bermcm variasi kita boleh try eh..sedapnye..tpi jauh sgt kat key el..haha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..memang byk..boleh pilih2 mana nak makan...jauh? dok mane?tapi xpe..lau ade peluang boleh la datang n try ..

      Padam
  11. Nikmatnya hidup bila dpt mkn mknn sedap..hehe

    BalasPadam
  12. First time dengar pasal Simplyd Cafe ni. Lepasni boleh la try kot

    BalasPadam
  13. hm.. dah lama tak jalan KL :) tengok orang makan best2 ni jeles plak rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..jgn jeles..nanti kalau datang boleh try..

      Padam
  14. adui... menggoda sungguh. nanti boleh la try kat The Curve :)

    BalasPadam
  15. Memang rambang mata sangat sebab tengok menu dia pun mata saya dah juling.

    BalasPadam
  16. Betul. Aku rasa ni tempat paling best untuk student sebab banyak gile offer dieorang bagi untuk student.

    BalasPadam