Ahad, 30 November 2014

Projek Makan Makan di Simplyd Avenue K.

Goodbye 22. Welcome 23. Yeahh. Syukur alhamdulillah, Hari ini 29 November 2014 umur aku sudah pon mencecah 23 tahun. To reward myself untuk hari penting ini, aku nak pergi makan makan tapi seriously aku tak tahu nak makan kat mana. Fikir punya fikir, aku teringat satu post dalam instagram pasal Simplyd Cafe. So, aku contact kawan aku yang pernah pergi sana, tanya exact location dan macam mane experience dia as a customer.She said that the food was really good. Apa tunggu lagi kan. terus siap siap gerak pergi sana.

Ahad, 23 November 2014

Lagu Lagu ini mungkin dapat menceriakan Hari anda.

Hello Peeps. Ok. Sebelum aku meraban melalut dengan lebih panjang lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger umikasum.blogspot.com atau dikenali dengan nama Yumida kerana telah memberikan inspirasi untuk entry aku pada kali ini. cehh..gituh. Bukan apa, lately nih idea untuk buat entry memang kelaut. Hari cuti aku terbuang macam tuh jer. Serious malas nak pergi kerja besok. 

Berbalik kepada inspirasi tadi. kisah dia macam nih. 

"Tadi aku blogwalking sekejap, dari satu blog ke satu blog yang lain. then, end up pergi blog Yumida. Baca satu entry yang berkaitan dengan seorang penyanyi nih. Yumida ada update pasal lagu bertajuk "Rasa Sayang" nyanyian Hanie Soraya. First dengar lagu tuh memang best jugaklah. Bak kata orang puteh. Catchy.lol." - Luqman Zakaria


Sabtu, 22 November 2014

Thank you Invisible Note for the Blog Review

Sebelum ini aku ada joined "Segmen Awesome Blogger Bloglist" anjuran Blog  invisiblenote.blogspot.com. dan out of 50 bloggers yang joined, blog arepnakbebel terpilih untuk direview oleh admin blog tersebut. hoyeeah, memang awesome sebab aku actually tak tahu pon admin nak pilih 3 blogs untuk review dan salah satunya adalah blog aku.

Jumaat, 21 November 2014

Photography dan Kronologi Header blog arepnakbebel #Throwback


Some of you, bloggers yang memang followed blog arepnakbebel dari dulu memang tahu yang aku nih suka photography. Aku banyak share gambar gambar yang aku captured sendiri. Aku tengok bloggers yang aku kenal dulu dah tak aktif sangat ber-blogging. Sekarang ini ramai bloggers baru yang follow blog aku. Jadi aku nak share serba sedikit mengenai minat aku dalam bidang photography dengan korang semua.

Rabu, 19 November 2014

Perubahan minimal pada blog arepnakbebel

Kalau bab bab editing nih aku memang failed sebab aku tak reti nak edit blog secara maksimum. Apa yang aku buat cuma sedikit perubahan dari segi pemilihan font dan juga wallpaper blog. Firstly, aku nak share pasal Tajuk entry. Pada aku jenis jenis font yang digunakan pada tajuk entry amat penting. Tajuk untuk entry tak boleh terlalu kecik dan terlalu besar. Paling penting, Font yang dipilih tidak terlalu sukar untuk readers baca dan faham.

Before


Sebelum ini, aku gunakan font "Josafin Slab" untuk tajuk entry. 

After

Isnin, 10 November 2014

Chunburi Seafood Kampung Baru untuk penggemar makanan melayu

Aku ingat lagi time practical training dulu, aku sewa bilik di Flat PKNS kampung baru. Heaven betul tinggal dekat area kampung baru sebab aku tak payah risau pasal makanan. Kiri kanan semuanya kedai makan tapi selalunya kalau aku nak makan aku akan ke Chunburi Seafood. Tak tahu pulak kedai makan yang satu nih memang meletop. 

Sebelum aku, dah ramai blogger blogger lain yang update pasal Chunburi Seafood Kampung baru ini. Contohnya macam Blogger Eyriqaz yang pernah ke sana untuk pekena Bihun sup. Kata blogger Eyriqazz, bihun sup kat sana memang sedap. Insyaallah, kalau ada masa nanti nak pergi pekena bihun sup pulak.

Sabtu, 8 November 2014

Karaoke atau Karao-KO? dan Ranking Alexa yang Awesome.

Seriously aku dah lupa bila aku mula mula terjebak dalam dunia karaoke nih. Walau pon suara aku dikategorikan dalam suara "nan hado" aku tetap confident ok pegang mic dan menyumbangkan lagu orang dengan muka feeling habes tanpa hiraukan mata mata lain yang memerhati.

Nak update pasal karaoke nih pon kena ada confident jugak kawan kawan semua sebab nanti mesti ada keyboard warriors yang menular dalam media sosial nih memberi komen seperti "baik kau mengaji lagi bagus" atau "kalau tahu suara tak sedap kenapa nak nyanyi jugak" atau pon "suara macam langsuir" dan sebagainya. Aku cuma mampu gelak jer untuk orang yang suka bagi komen komen cliche/negatif macam nih. korang tak ada kehidupan ke??ha?

Ahad, 2 November 2014

Rezeki Nuffnang bulan Oktober dan Burger Ramly

Random post macam ini memang bersepah dekat blog aku sebab aku tak buat banyak aktiviti. So, untuk panjangkan entry aku kena share banyak benda. Aku sebenarnya tak suka sangat post entry pendek pendek nanti tak puas. eh. 

First first kena bagi ucapan terima dulu kepada blogger blogger yang joined Bloglist aku. Tanpamu ku sepi. gituh kan. Mula mula buat Segmen ini aku memang redha habis habisan sebab takut tak ada yang nak join. Berani mati buat segmen time blog tak ada orang singgah. Tapi alhamdulillah ada juga yang nak masuk bloglist aku. Segmen bloglist tuh belum tamat lagi. jadi kalau ada yang nak join boleh klik SINI.

Aku tengok ramai blogger tengah update pasal CPUV yang dorang dapat dari Nuffnang. Aku sebagai blogger ala ala picisan pasir di pantai nih pon tak nak kalah ok. tetap juga nak post pasal CPUV yang melanda Nuffnang aku nih. 


For the month of October. Arigato.Arigato Nuffnang.