Jumaat, 19 Disember 2014

Magnum Cafe di Mid Valley Megamall

22:53 36
As i remember, Dulu masa first time makan Ice Cream Magnum nih, i was like "hmmm..sedap jugak benda alah nih". Flavour apa entah masa tuh aku dah lupa. Then, few days later, keluar iklan cakap ada new flavour will come out soon which is "Chocolate brownies". Nampak tempting gila kot. Walaweh kena try nih. 

Bila dah try tuh. Memang sedap. Tapi sampai situ jerlah experience aku dengan Magnum Ice Cream sebab lepas lepas tuh dah tak rasa nak makan dah. Bukan Magnum jer tapi ice cream lain pon sama. Mungkin sebab usia kot. Time kecik kecik dulu memang pantang nampak ice cream mesti nak tapi sekarang dah kurang sikit. Kalau usia meningkat memang macam nih ke? tettt. haha

Oklah! takmo citer panjang sangat kisah dulu dulu. Sekarang nih aku nak berkongsi sikit pasal kehangatan Magnum cafe yang menjadi kegilaan ramai orang. Pasal apa aku cakap menjadi kegilaan ramai? sebabnya memang ramai sangat sangat orang dekat cafe nih. Queue panjang giler. Luckily aku sampai awal and orang pon tak ramai sangat time tuh. After aku dah keluar tuh baru perasan orang tengah queue panjang.

First of all, aku nak mintak maaf sangat sebab aku tak sempat nak capture gambar banyak banyak sebab Phone black out. Pasrah gila time tuh. Tujuan pergi sana sebab nak share dengan korang tapi apakan daya kan. 

Tapi tetap juga ada informasi untuk korang pasal Cafe nih. Kalau korang dah biasa pergi Mid Valley guna public transport macam KTM, for sure korang akan guna escalator and masuk terus ke 1st floor. Dari sana korang boleh terus ke 3th Floor. Magnum Cafe tuh on 3th floor nearby GSC. senang jer nak jumpa.

Aku sebenarnya cuak sikit bila sampai sana sebab tak tahu concept dia macam mana kan. buat buat pandai jerlah. Kononnya pergi Usha menu dia and then ada seorang staff dia approached. Tanya aku "Ice Cream only sir?". Disebabkan aku dah usha menu tadi, aku dapat tahu yang dorang bukan Serve ice cream jer tapi beberapa snacks lain yang dorang ada macam fries, soup dan lain lain. Lepas tuh, aku cakaplah aku nak try something else as well selain ice cream. So, dia suruh aku proceed ke tingkat atas sebab kat sana sana ada banyak seats lagi.
Bila dah proceed ke level atas, aku tengok tengok menu. Macam macam ada. Untuk ice cream yang aku ordered nih bukan customized tapi yang sedia ada dalam menu. Kalau nak customize sendiri kena beratur pulak. Makan jerlah yang ada dalam menu. nampak sedap jugak. Namanya Fruity Loops. 
Meh nak story sikit apa benda yang ada kat ice cream tuh. untuk ice cream kat dalam dorang guna flavour Vanila. Chocolate pulak, korang boleh nampak kan dorang guna White chocolate. Topping ada dried mango, Freeze dried raspberries, chopped pistachio dan dark chocolate pearls.

Ini pulak Chicken Kaarage. Kan aku ada cakap yang aku nak try benda lain sama selain ice cream. Tapi sebenarnya aku nak order waffles tapi die cakap tak available. Lepas tuh aku tanya dia, waffles je ke yang tak ada. Dia cakap yer. Then aku usha la yang lain pulak, nampak red velvet apa entah nama dia, nak order yang tuh, aku panggil staff dia sebab nak order, tapi unfortunely, dia cakap not available jugak. pfft. 
Chicken karaage tadi serve dengan benda nih. Seriously tak kena dengan tekak aku. haha. Aku sepatutnya try Triffle tapi sombong tak nak order yang tuh.hehe. padam muka. Aku geram jugak sebab tak dapat nak capture interior Magnum cafe nih untuk korang sebab Deco , environment dia memang superb. Even ramai orang, aku still can chill kat dalam tuh.haha. So, nanti kalau korang pergi jangan lupa update kat blog. nak tahu jugak pendapat korang pasal Magnum Cafe nih. Selamat mencuba.

Isnin, 15 Disember 2014

All about the foods.

22:46 19
Ok.macam mana nak start nih. Last post dua disember. Sekarang nih dah Lima belas disember. Kemain lama nau nau baru nak update blog. Biasalah orang bujang bekerja kan. Mestilah busy menguruskan hidup.gituh. padahal malas.

Enough with the intro. Sekarang fokus pada tajuk entry. Tak lain tak bukan mestilah pasal makanan. Favourite topik bila nak menulis. Sebelum ini aku ada post satu entry berkenaan dengan Satu Cafe nih yang dipanggil Simplyd. Ada jugalah comments kat entry tuh yang cakap nak pergi try nanti.Bagus.Bagus. Kalau korang belum baca boleh klik SINI

And guess what? 

After few days later, aku singgah lagi di Simplyd tuh sebab nak try menu lain pulak. Kali ini aku makan Simplyd Laksa served with Yellow mee.

Khamis, 4 Disember 2014

Boat Noodle di The School Jaya One, Petaling Jaya

07:00 31
The School? Seriously first time dengar. Macam mana aku boleh tersesat sampai ke sana? Well, Hari ahad lepas, member aku called nak wish birthday then ajak aku pergi Warehouse sale dekat sana. Since aku tak ada buat apa lepas kerja, aku ikut jer la dorang pergi sana. 


Sebenarnya, kitorang tak plan pon nak pergi makan Boat Noodle nih. Lepas pergi Warehouse Sale kitorang pusing pusing nak cari tempat makan tapi tak jumpa. Before tuh, member dah suggest boat noodle tapi tak nak. gigih jugak cari kedai lain tapi last last pergi sana jugak.haha

Ahad, 30 November 2014

Projek Makan Makan di Simplyd Avenue K.

00:49 36
Goodbye 22. Welcome 23. Yeahh. Syukur alhamdulillah, Hari ini 29 November 2014 umur aku sudah pon mencecah 23 tahun. To reward myself untuk hari penting ini, aku nak pergi makan makan tapi seriously aku tak tahu nak makan kat mana. Fikir punya fikir, aku teringat satu post dalam instagram pasal Simplyd Cafe. So, aku contact kawan aku yang pernah pergi sana, tanya exact location dan macam mane experience dia as a customer.She said that the food was really good. Apa tunggu lagi kan. terus siap siap gerak pergi sana.

Sabtu, 22 November 2014

Thank you Invisible Note for the Blog Review

22:59 18
Sebelum ini aku ada joined "Segmen Awesome Blogger Bloglist" anjuran Blog  invisiblenote.blogspot.com. dan out of 50 bloggers yang joined, blog arepnakbebel terpilih untuk direview oleh admin blog tersebut. hoyeeah, memang awesome sebab aku actually tak tahu pon admin nak pilih 3 blogs untuk review dan salah satunya adalah blog aku.

Jumaat, 21 November 2014

Photography dan Kronologi Header blog arepnakbebel #Throwback

01:20 28

Some of you, bloggers yang memang followed blog arepnakbebel dari dulu memang tahu yang aku nih suka photography. Aku banyak share gambar gambar yang aku captured sendiri. Aku tengok bloggers yang aku kenal dulu dah tak aktif sangat ber-blogging. Sekarang ini ramai bloggers baru yang follow blog aku. Jadi aku nak share serba sedikit mengenai minat aku dalam bidang photography dengan korang semua.

Rabu, 19 November 2014

Perubahan minimal pada blog arepnakbebel

22:50 28
Kalau bab bab editing nih aku memang failed sebab aku tak reti nak edit blog secara maksimum. Apa yang aku buat cuma sedikit perubahan dari segi pemilihan font dan juga wallpaper blog. Firstly, aku nak share pasal Tajuk entry. Pada aku jenis jenis font yang digunakan pada tajuk entry amat penting. Tajuk untuk entry tak boleh terlalu kecik dan terlalu besar. Paling penting, Font yang dipilih tidak terlalu sukar untuk readers baca dan faham.

Before


Sebelum ini, aku gunakan font "Josafin Slab" untuk tajuk entry. 

After

Isnin, 10 November 2014

Chunburi Seafood Kampung Baru untuk penggemar makanan melayu

22:20 50

Chunburi Seafood Kampung Baru untuk penggemar makanan melayu | Aku ingat lagi time practical training dulu, aku sewa bilik di Flat PKNS kampung baru. Heaven betul tinggal dekat area kampung baru sebab aku tak payah risau pasal makanan. Kiri kanan semuanya kedai makan tapi selalunya kalau aku nak makan aku akan ke Chunburi Seafood. Tak tahu pulak kedai makan yang satu nih memang meletop. 

Sebelum aku, dah ramai blogger blogger lain yang update pasal Chunburi Seafood Kampung baru ini. Contohnya macam Blogger Eyriqaz yang pernah ke sana untuk pekena Bihun sup. Kata blogger Eyriqazz, bihun sup kat sana memang sedap. Insyaallah, kalau ada masa nanti nak pergi pekena bihun sup pulak.


Hari ini aku kerja shift pagi, jam 3 petang dah balik kerja. Teringin sangat nak makan nasi dagang dengan nasi kerabu tapi malas nak pergi kalau sorang sorang. Nasib baik ada member opis nak follow sama. Tak payah fikir panjang. Kitorang terus gerak pergi Chunburi Seafood nih. Korang tengoklah sendiri pilihan lauk pauk yang ada. maunya tak drooling kan.


Bila dah banyak sangat pilihan mesti ada kes Dilemma pulak berlaku kan. Tak tahu nak makan yang mana satu. Last last aku makan nasi dagang dengan Kuah Gulai Ikan tapi Amek daging ulai dengan Ikan Tongkol Cili *entah masak apa ikan nih.aku tibai jer nama dia. Member aku pulak makan nasi kerabu.


Dah tibai satu pinggan macam nih seriously dah boleh buat korang kenyang. Tapi kalau still lagi tak kenyang, korang boleh pekena kuih muih untuk desserts.Kalau awal awal tadi dilemma nak pilih lauk pauk. Sekarang dilemma nak pilih kuih muih pulak.


Macam macam ada, rambang mata dibuatnya.


Tadi, member aku jer yang beli kuih. first first tuh nak beli jugak tapi seriously dah full tak boleh nak makan lagi dah. Kalau ikutkan nafsu semua aku nak tapi katakan tidak pada nafsu.hehe. Lepas nih nak pergi lagi sebab nak rasa bihun sup yang sedap tuh.hehe. Siapa yang pernah makan dekat sini selain blogger Eyriqaz? kalau ada, sharelah. Pada yang belum pernah datang tuh, ada masa terluang bolehlah try. Insyaallah korang akan suka jugak.

Terima kasih. Happy blogging.

Ahad, 2 November 2014

Rezeki Nuffnang bulan Oktober dan Burger Ramly

06:47 53
Random post macam ini memang bersepah dekat blog aku sebab aku tak buat banyak aktiviti. So, untuk panjangkan entry aku kena share banyak benda. Aku sebenarnya tak suka sangat post entry pendek pendek nanti tak puas. eh. 

First first kena bagi ucapan terima dulu kepada blogger blogger yang joined Bloglist aku. Tanpamu ku sepi. gituh kan. Mula mula buat Segmen ini aku memang redha habis habisan sebab takut tak ada yang nak join. Berani mati buat segmen time blog tak ada orang singgah. Tapi alhamdulillah ada juga yang nak masuk bloglist aku. Segmen bloglist tuh belum tamat lagi. jadi kalau ada yang nak join boleh klik SINI.

Aku tengok ramai blogger tengah update pasal CPUV yang dorang dapat dari Nuffnang. Aku sebagai blogger ala ala picisan pasir di pantai nih pon tak nak kalah ok. tetap juga nak post pasal CPUV yang melanda Nuffnang aku nih. 


For the month of October. Arigato.Arigato Nuffnang.

Jumaat, 17 Oktober 2014

My favourite Shopping Outlet - H&M

01:06 38
Salam Aidiladha semua.
Hoyeahh! and finally Home sweet Home. Setahun kot tak balik kampung. Dulu time raya puasa nak balik tak dapat sebab kerja. but heyy..lupakan semua tuh sebab sekarang aku dah ada kat kampung hokeh. Feeling die..pergghh..walaweh. 


Ok. Sekarang nih nak share sikit pasal shopping outlet yang paling aku suka, H&M. Dulu kalau nak shopping outfit aku kena merayau rayau store by store nak cari pakaian yang fit dengan badan aku, maklumlah plus size macam aku susah sikit nak cari pakaian. tapi kalau kat H&M nih senang sikit aku nak cari baju or seluar.

Sekarang nih outlet H&M dah ada banyak kat malaysia. Aku selalu pergi H&M yang dekat bukit bintang sebab outlet tuh yang paling dekat dengan area aku. kalau malas nak ke sana aku akan pergi Avenue K, kat sana pon ada satu.






Top to toe semuanya dari H&M. Senang nak beli pakaian kalau boleh dapat semuanya dalam satu store. tak perlu nak tawaf one big building just to get clothes yang boleh fit my big body. Korang pon mesti ada shopping outlet or kedai makan kesukaan korang right? tempat yang mesti korang pergi sebab tempat tuh tempat fav korang. Sharelah fav place korang dekat "comment section". boleh tukar tukar pendapat. hehe. 

P/S : Entry  nih dah lama sangat perap tapi hari ini baru dapat post.*sigh. Happy blogging 

Rabu, 24 September 2014

Maharaja Chicken-The Chicken Rice Shop Op Op.

18:23 16
''The chicken rice shop op op..Bukan sekadar nasi ayam''- Setiap kali iklan kat tv mesti ikut sekali nyanyi sambil diikuti oleh bunyi ayam dari belakang. tapi pernah ke pergi? kalau korang tanya aku. last time aku pergi dua tahun lepas. Sadis kan. 

Tak pernah terlintas pon dalam kepala aku nak pergi lunch kat sana tapi disebabkan ada satu menu baru yang diberi nama "Maharaja Chicken" aku gigih kan diri pergi sana demi memuaskan nafsu makan aku yang bergelora ini. Cehh giteww kan. 


Thanks to my friend, Rajes sebab introduce kan menu baru "Maharaja Chicken" nih. We had our lunch before pergi keja, kelam kabut sikit sebab aku lambat. Sampai sampai jer terus order takut lambat masuk keja. lagi pon outlet dekat KL Sentral nih ramai jugak orang even tak fullhouse. Few minutes after order makanan dah sampai.fuhh. Impressed. hehe.

Isnin, 25 Ogos 2014

Pengalaman menjadi peniaga.

20:11 8
Pengalaman menjadi peniaga.
Assalamualaikum.
Macam mana nak mulakan entry untuk kali ini. Aku tak tahu nak membebel pasal apa sekarang ini sebab tak ada benda yang menarik untuk aku share. Benda benda lepas tuh banyak tapi terlalu biasa untuk dikongsikan.gittew.kan.

Maybe aku boleh ceritakan sikit pasal Maybank Games Carnival yang berlangsung selama 2 hari di Maybank Learning Centre yang berada di kajang nun jauh disana itu.haha. Nak dijadikan cerita kitorang ada bukak gerai jual makanan kat sana macam nasi lemak, pisang goreng dan  keropok lekor.




Selama dua hari tuh aku dapat rasa macam mana perasaan orang yang selalu bukak gerai jual makanan. Bila orang datang gerai kita beli makanan yang kita jual rasa bersyukur sangat. Lepas tuh bila orang yang sama datang lagi beli lagi lagi la bersyukur sebab dorang suka makanan yang kita jual. Tapi lain pulak rasanya kalau orang just datang tengok sambil buat muka lepas tuh blah. Memanglah kita tak boleh nak salahkan dorang kalau dorang tak nak beli kan..tapi perasaan nih rasa lain macam jer bila orang buat macam tuh..huhu.apa apa pon semua tuh pengalaman.itu jer nak cakap. peace :)



Jumaat, 25 Julai 2014

Iftar with them - Texas Chicken/Wondermama X.

16:28 6
Assalamualaikum.
Dalam post sebelum ini aku ada story sikit pasal hunny butter biscuit yang aku makan dekat Texas Chicken. To be honest, benda tuh memang sedap and few days ago, we decided to have our iftar dekat sana. Well actually, bukan aku yang planned everything tapi my officemates yang ajak. Since aku dah bosan makan nasi campur hari hari dekat bazaar ramadan, so aku ikutlah dorang. 

While waiting for the berbuka puasa session, kitorang ke times square dulu. Usha usha barang untuk hari raya. Aku ikut jer dorang shopping, nak beli barang raya pon tak ada moodlah since tak dapat cuti raya. Sedih giler kot beraya dekat office jer. whathehey betul. Tapi nak buat macam mana kan. Redho jer la.


For Those yang belum pernah cuba makan dekat sini, aku memang suggest korang untuk datang and try yourself especially hunny butter biscuit yang aku mentioned earlier. Texas Chicken nih ada banyak branches, if in kuala lumpur korang boleh pergi ke bukit bintang nearby WOLO, senang nak jumpa. Kalau tak pon korang boleh pergi ke Tesco Extra Cheras. Rasanya dekat situ dorang baru buka. For more info about the location. korang boleh terus ke official Texas Chicken website. Boleh dapat pelbagai info dekat situ.

Oklah. Continue balik cerita kitorang tadi. After dah habes shopping. Kitorang headed to bukit bintang to go to Texas Chicken. Kalau tak silap, kitorang sampai sana dalam jam 7ptg. We ordered the same sets except for me. Disebabkan aku nih hantu ayam, aku haruslah order lebih kan.haha.



Yeahh! bun dalam picture tuhlah nama die Hunny butter biscuit. Aiskrim tuh pon sedap jugak. Dorang yang order tapi aku yang habeskan semua. At the moment we makan semua nih, another friend of us still lagi on the way. Sorrylah yer kitorang tak boleh nak melambat lambatkan waktu berbuka sebab tuh kitorang makan dulu.haha. After makan, benda wajib yang perlu kitorang buat mestilah "Welfie".


Lepas makan kitorang pergi Jalan Tar pulak. Nak sambung shopping katenya. Ramai giler orang kat sana. Maklumlah dah nak dekat raya kan. Best hang out dengan korang. Thank you sebab ajak aku join sekali. kalau tak hari tuh mesti aku akan berbuka makan meggi berlaukkan sosej jer kat rumah.sobbs sobbss.

*********

The second place yang aku pergi untuk berbuka puasa adalah Wondermama X. Frankly speaking, bila dengar wondermama aku terfikir jugak, restoren nih jual makanan apa jer. That day masa aku pergi jenuh jugak tengok menu sebab tak tahu nak makan apa. Pilihan makanan die tak banyak sangat. Maybe sebab masih baru lagi kot.


Nasib baik wondermama nih tak cliche sangat macam kebanyakan restoren. Tak boleh nak book table lah itulah inilah. masa sampai sini boleh dikatakan awal lagi. Dorang suruh order makan dulu lepas tuh nanti time berbuka datang balik. Just tunggu for our food jer. Sementara nak tunggu waktu berbuka kitorang pergi jejalan dulu kat Avenue K. Sempat jugaklah member aku rembat beberapa helai baju. huhu. 


Masa tengah berjalan tuh kitorang nampak Photo Booth yang sunyi sepi tak ada orang pon dok bergambar kat situ. Kitorang apa lagi, gunakan waktu yang ada untuk snap gambar banyak banyak. Lepas kitorang dah bosan baru ada visitors yang laen nak bergambar jugak. haisssh..


Table 13.

Korang pernah dengar atau makan kueh sarang tebuan? Kueh ros? Mesti pernah kan..Benda alah yang kat atas nih sebenarnya acuan untuk buat kueh tuh tapi Restoren nih kreatif  jugak. dorang gunakan untuk buat nombor table. Sempat jugaklah aku snap sementara menunggu makanan sampai. 


Ini adalah antara makanan yang kitorang order. Nasi Lemak with Japanese Style Fried Chicken. Orange juice and ada tiga jenis kueh yang dorang letak atas table. Semua makanan yang kitorang order memang sedap kot. Nora bagi 4 bintang. Sekarang nih aku tengah fikir nak berbuka puasa dekat mana. Any idea?

Jumaat, 11 Julai 2014

Iftar with Them - Fish & Co

16:33 23
Assalamualaikum.
Sebelum aku pot pet pot pet. Aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa kepada semua yang singgah arepnakbebel.com. Even blog nih tak ada apa apa update pon still ada yang singgah.sobss..sobbs..terharu kot..and semalam aku tengok followers berkurang tapi arini tetibe pulak ada satu lagi penambahan..cehhhh..haha..thank you to MissNick sebab sudi follow blog nih..


Nak dijadikan cerita, semalam aku berbuka puasa di Fish & Co dengan kawan kawan office. Kalau dah nama Fish & Co, of course lah kebanyakan makanan yang ada berasaskan ikan.

aku pulak kurang sikit kalau ikan sebab aku nih hantu ayam. Tapi bila scroll menu aku ada nampak satu dish nih yang ada ayam. hmmm..tak payah nak fikir panjang order jer yang tuh. haha.


Kitorang sampai kat sini dah 7 lebih..duduk duduk jer terus order sebab takut tak sempat and i was really impressed dengan service dorang sebab makanan yang kitorang order sampai cepat. tak perlu nak tunggu lama masa nak berbuka tuh. Sambil nak tunggu makanan sampai kitorang selfie ler dulu macam biasa..ahaks.


Fried Chicken with Peri Peri Prawns


Lychee Mojito

Fried Chicken and Peri Peri Prawns.Inilah makanan yang aku order. ade ayam, udang, rice and coleslaw *i think so..huhu. Boleh tahan jugaklah dan mengenyangkan. Sambil sambil dok makan tuh, aku try jugak makan Fish and Chip member sebelah. Aku memang tak suka sangat tapi bila makan yang kat sini punyer Fish and Chip memang sedap. Takde pon bau  yang kurang menyenangkan.huhu.oh yer..lychee mojito tuhh terbaik hokeh!


Fish & Chip


Overall makan kat Fish and Co nih memang best. Rasanya boleh repeat lagi sekali kot. Next time maybe boleh ajak kawan kawan aku yang lain pulak.haha..Bila sesi makan dah abes. Kitorang ended the day with few group photo. Benda yang semua orang akan buat bila keluar reramai kan.huhu. Oklah. Thank you for dropping by :) Happy blogging semua.

Khamis, 26 Jun 2014

Hashtag KBTKK - Ke Bukit Tinggi Ke Kita? PART 2

18:13 29
Yeahhh! Sambungan Telenovela Bukit Tinggi sudah kembali.

Inilah hasil dia kalau rajin sangat buat cerita yang ada Part 1, Part 2 nih. Makan zaman nak habeskan semua. Dah la aku nih berada dalam kategori blogger magic. sekejap ada sekejap tak ada. Entry Ke Bukit Tinggi Ke Kita (KBTKK) Part 1 aku update on May 19 dan sekarang nih June 26. Perghh lama giler kan nak tunggu entry Part 2. Dah macam pembikinan drama bersiri Akasia pulak.

Pada yang belum tahu apa yang berlaku sebelum nih meh aku buat summary sikit. Last entry kitorang pergi ke Colmar Village. tengok tengok bangunan ala ala France tuh. Selfie sikit sikit lepas tuh balik. Aku ingatkan lepas balik dari Colmar Village, kitorang boleh masuk bilik and Kroohh kroohh..Rupa rupanya ade aktiviti lain pulak.




Kitorang nih bukannya pro sangat maen bowling. Sekadar untuk suka suka. Tapi yang penting aku menang.hahahahaha.

Lepas penat maen bowling, kitorang dah boleh balik bilik, tapi ada juga yang decide nak pergi swimming dulu. Kalau aku nih memang taklah. Berenang pon tak pandai buat apa nak lepak sana jugak. Takkan nak buat aksi belai belai air sambil rendam kaki je kan. so better masuk bilik baring baring layan tv sebelum dinner.




Bilik nih share 3 orang. Sorang terpaksa tidur kat Extra bed. Lepas rehat rehat kat bilik. Kitorang semua siap siap pergi dinner dekat "The Restaurant". Dinner on that day kitorang punyer own expenses, so boleh decide sendirilah nak makan apa kan.




Lepas makan, kitorang ada karaoke session pulak tapi sayang sebab tade langsung gambar masa karok tuh.Handphone buat hal. boleh pulak die nak rosak time time macam nih kan. so aku tak dapat nak share gambar time karok.Dengan member lain ada la tapi malas nak mintak.haha.Disebabkan gambar time karok tade lemme continue dengan sarapan pagi keesokan harinya hokeh. Untuk sarapan pagi semuanya ditanggung beres.





Trip ke bukit tinggi selama 2hari 1malam nih boleh tahan jugak. Ye la kalau nak plan sendiri memang tak tahu bila boleh kuar sesama. maklumlah kalau kerja shift macam kitorang tak boleh nak plan sangat. nanti last last hampeh. So overall it was a fun trip and hopefully there will be another trip yang macam nih in future. Dengan ini maka berakhirlah entry KBTKK. finally.haha.