Khamis, 31 Januari 2013

Puteri Harbour Family Theme Park / Hello Kitty Town

Dalam entry yang lepas "Bayu Marina Resort, Johor Bahru" aku ade bagitau korang yang aku ke Puteri Harbour dan Juga ke Nusajaya. Actually on 27 January tuh pepagi lagi kitorang plan nak ke Legoland  tapi pusing punyer pusing jumpa PHFTP nih dulu.so, terjah sajor dulu.

untuk makluman anda. entry ini bakal menyagikan gambar yang Tomei Tomei. jadi comelkan diri anda sebelum skroll.muehohoho. aku rasa parents mesti seronok bawa anak anak dorang ke sini sebab theme park nih kan indoor. ade aircond lagi.sejuk.takyah nak kejar kejar anak kat bawah pancaran matahari.


macam tak ramai orang ponggg..time nih kitorang sampai awal sangat.eksaited nak usha usha alolo tomei tomei hello kity katenya. bila cakap pasal hello kitty jer semua benda nak merah sirap bandung atau dalam bahasa "blondie" ianya dipanggil PINK!




Entrance untuk ke Hello Kitty Town pon dah Jambu. sesuailah ler untuk gegurl. .macam macam ada pulak tuh. Siap ade Saalon lagi.kihkih. Time aku pergi ada ramai orang line up untuk bergambar dengan Hello Kitty jadian (custome) tapi aku buat dunno jer..zzzz..layan sajorlah gambar gambar nih.



Actually dekat Puteri Harbour Family Theme ade another attractions.. tapi untuk entry kali nih aku buat untuk Hello Kitty Town dulu..kalau nak update semua maunya panjang entry nih..nanti malas pulak orang nak baca.. Hope you guys enjoy tengok gambar gambar nih semua..maaflah tak banyak snap.



Puteri Harbour Family Theme Park 
Opening hours : Monday to Sunday (10am - 06pm)
Closed on Tuesday except Public and School Holidays


Isnin, 28 Januari 2013

Bayu Marina Resort, Johor Bahru

Sebelum aku citer pasal Bayu Marina Resort. aku nak  berterima kasih banyak banyak kat semua blogger blogger dan juga silent readers sebab still lagi singgah blog arepnakbebel.com. dah hampir sebulan aku tak update tapi trafik still awesome. korang korang yang joined Permanent Bloglist arepnakbebel boleh check link blog korang kat sidebar yer.kalau tade.please please bagitau. 

Oh yer. kepada yang undi blog arepnakbebel.com untuk Kategori Favourite Lifestyle Blogger, korang memang awesome giler sebab sudi luangkan masa untuk sign up and vote. for those yang rasa rasa macam "nak undilah"! korang still boleh undi sehingga 10 februari nih.. in case kalau nak vote korang boleh klik link kat bawah.





on 26 and 27 January, aku ke johor bahru sebab ada urusan kerja  plus leisure.hehe. sepanjang aku berada di johor bahru, aku stay kat Bayu Marina Resort. Everything was planned by aku punyer office mate, so aku tak survey bilik kat resort nih whether ok or not, but suprisingly, bilik kat resort nih quite big and comfortable. no wonder lah fullybooked.



Studio Room. seriously quite big and selesa. sepatutnye kitorang mintak twin bedded tapi dah fullybooked. so amek je la double bed pon. as you can see the katil ade kat sebelah wall tuh. another one more thing, bilik nih berada di tingkat yang paling atas and the view from this room was really awesome.


see.nice kan.tapi stay sini one night jer. tuh pon check in midnight and the next morning, kitorang kene gerak ke puteri harbour and nusajaya. but before depart from the resort, kitorang pergi breakfast dulu. it was a buffet breakfast. oh yer. cakap pasal makanan nih..paling aku suka, dorang punyer fishball. yum yum..tapi tade gambar.sorry. aku sempat snap sikit sikit jer.



yang nih amek gambo jer..makannye idok..nampak macam sup tapi hentah lah. dekat 2 jam jugak aku mengarang, mengedit entry nih.berwap dah nih. ade satu lagi gambar yang aku nak upload..gambar kueh tak tahu nama. 


ha.. inilah die..sape tahu nama penuh kueh nih.. normally kat dalam ade inti kacang..yang nih actually big version punyer..aku sepatutnya letak yang normal size kat sebelah.baru korang boleh imagine kueh nih besor mane.hehe.oklah guys.lastly, aku harap korang enjoy dengan entry nih.entry pertama selepas beberapa minggu tak update.

Ahad, 6 Januari 2013

Kejadian dulu dulu yang Suprise.

1. Same Species and Same Gender but not human or animal.

Dengan muka riak dan bangga aku mengendong Handphone Nokia 5300 ke sana ke mari tanpa menoleh ke kiri mahu pon ke kanan. handphone yang canggih itu aku "slide" kan setiap 3 minit sekali untuk menimbulkan rasa cemburu orang yang melihatnya. *tup tup tak sampai 3 bulan handphone tuh dah kene curik. aku pon mulakan aktiviti carutan berperisa kari dengan lantangnya tapi tak guna jugak sebab benda dah hilang. padan muka kau.sape suruh riak dan bangga sangat.Balasan cash kau dapat. T__T

Handphone pon dah takde.so, syiling jadi bff untuk beberapa hari. Public phone tepi kedai akak cucuk cucuk jadi tempat aku bermanja. setiap kali aku mulakan langkah, aku akan mengeluarkan muzik Kpop yang merdu.. datangnya dari duit syiling yang giler heavy kat dalam poket seluar nih. kalau guna public phone syiling kena banyak. kalau kau bawa 50 sen, kau cuma sempat cakap "Hello" pastuh cut off dah.. *bengang kenapa public phone tak boleh hantar SMS.

musik Kpop tak lagi menyelubungi hidup aku sebab hati aku mula curang dengan Sony Ericsson J1O.Mase tuh handphone nih macam famous gituh kan.perasan riak mula kembali tapi aku berjaya tepis sepantas Jumper man. Aku ingat aku sorang je yang guna S.E. J10 tuh tapi sangkaan aku meleset bila aku lepak dengan kawan kawan kolej..pastuh depa dengan muke cute nya mempertontonkan handphone yang same species berserta jantina yang sama. #whatthe..


see..sama species dan sama jantina kan.Handphone nih paling terbaik bagi aku tapi sayangnya.ianya gugur di medan lautan. tercekik air masin.masuk ICU kejap tapi tak dapat bertahan lama.. #merinduimu. 

2. Nasi goreng aku cinta padamu sayangku muah muah.

Dari awal kelahiran, aku tak pernah merasa tinggal dekat Hostel. Ulang alik jer dari rumah ke sekolah tiap tiap hari * 1 Kilo pergi, 1 kilo balik. kalau kata korang ada modelling job, korang boleh bagi aku, nak suruh aku catwalk sebatu dua pon aku masih mampu. tapi itu dulu la..sekarang nih tempat kerja sejengkal semut parkinson pon nak naek monorail.

Tapi masa aku masuk kolej, aku berpeluang tinggal kat hostel atau dengan nama lain Dorm!. kepala aku mula berdenyut bila aku tengok dorang tetapkan 16 orang dalam satu dorm dengan 3 bilik air yang sangat cute. satu bilik air nak masuk dua orang pon tak muat. *tapi kejadahnya nak masuk sampai 2 orang kan. 

balik kepada nasi goreng! Bile tinggal kat hostel, ramai kawan kawan. malam jer kitorang keluar lepak dekat kedai makan yang harga makanannya masa jer dengan kedai lain tapi portion die waka waka eh eh banyak giler.Kedai tuh jadi tempat lepak rasmi kitorang. sampai kan ada waitress kat situ jatuh hati kat member2 aku. * agaknyalah. sebab die bagi nasi goreng cinta kat member aku.

*maaf gambar nih HD off.

kelakar pulak bile teringat kenangan waktu muda muda dulu. *sekarang pon masih muda cuma angka umur tuh jer semakin bertambah. rindu nak balik kedah. makan nasi bujang kat kedai nih. #memori.. terpanjang pulak entry aku untuk kali nih.tak banyak gambar..ini semua gambar godek godek (gambar nostalgia).selamat berblogging.




Jumaat, 4 Januari 2013

Rangka Dinasour Goreng Tepung dan androidify

1.Rangka Dinosour Goreng Tepung.

Yup.ini serious. Rangka Dinosour Goreng Tepung yang sangat menggiurkan. lebih menggiurkan dari selena gomez.percayalah..sila julingkan mata kebawah.hohoho.


ini rangka dinosour yang baru keluar dari telur. that's why die macam gituh..kiut jer...mak dinosour tahu habeslah kena ngap . *anak anakku digorengggggggg!pastuh mak die pengsan.kite goreng mak die pulak.ihiks.tamat.

2.Androidify

Pengguna android tahulah kot apa yang dimaksudkan dengan androidify nih. androidify nih merupakan satu aplikasi yang boleh dimuatkan turun dengan laju dan cepatnya menggunakan telefon bijak pandai korang tuh. aku batak sikit pasal benda benda macam nih so..aku tak berapa nak tahu sangat. time aku beli phone arituh, aplikasi androidify nih dah terpampang indah di screen phone aku.tanpa tidak disengajakan aku telah menggunakannya.lol.


bertatu dan berambut panjang..aku tak tahu apa yang aku fikir masa aku tata hiaskan benda alah nih.aplikasi nih berguna jugak untuk aku..aku main benda nih time aku tengah tunggu monorail..masa duduk dalam monorail dan lain lain waktu yang sesuai dengannya..aku akan pastikan aplikasi ini berada dalam keadaan tidak berbunyi sewaktu aku menggunakannya. *bahasa melayu baku sangat. kalau aku tak silent..die akan mengeluarkan bunyi yang macam nih "tuitt tuitt tuitt" ..boleh menyebabkan gangguan emosi yang melampau kepada orang yang duduk sebelah aku dalam monorail.kihkih.

sekian.

Rabu, 2 Januari 2013

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com

Sambungan cinta Siti Malware......

Ku meniti awan yang kelabu..ku mencari bloglist baru kuu..*dialunkan bersama muzik Kpop..sudahlah kau siti..kau punya pasal, jahanam bloglist aku. so sekarang nih aku nak buat bloglist baru. kalau  ada yang sudi nak jadi bloglist blog tak semegah nih bolehlah join. *blushing.


Jom jom join bloglist arepnakbebel.com.hehe. aku harap syarat yang aku bagi tuh tak susah dan menyusahkan korang yer. ini first segmen yang aku buat.Dulu pernah buat First GA. sekarang First Segmen pulak.hehe.harap harap sambutan ok. seperti yang aku cakap dalam kad jemputan tuh. aku akan update bloglist dari masa ke semasa.mintak maaf awal awal kalau terlambat update.maklumlah orang bekerjaya khen.

Selasa, 1 Januari 2013

Celebrate 2013 dengan Buah Hati pengaran Jantung.

Hai buah hati. Selama empat tahun ini kita tak pernah bertentangan mata tapi semalam termeterailah hubungan kita berdua.. kali nih aku nak pui banyak banyak. pui.pui.pui. Orang tengah sibuk melayan countdown 3,2,1 terbaboom boom firework meletups. siap ade katy pery lagi  melalak..ohhhh fireworkk...ohh  fireworkk!. tapi aku boleh pulak berdating dengan Siti Malware kat bilik.Romantik tak?


Lupekan Siti Malware tuh.semalam before balik keja, bos kitorang ade buat toast for new year..so aku pun join la sama..bile nak toast jer mesti nak kene ade alkohol kan..nasib baik ade cranberry. kalau tak tengok sajor lah kan. semalam one of the staff, belikan kek. kek kalau dah beli kat secret recipe, name die mesti nak saintifik je.so, aku lupe nama kek tuh..


kek bukan sekadar rupa ok. rupa die nampak disaster sebab orang potong tuh tak mahir.tapi keenakan tak dapat disangkalkan. Juri Masterchef pun terkedu kalau makan nih. sedap sehingga menjilat sudu.


citer citer pasal makanan pastuh tetibe jer selitkan gambar nih kan. nih koleksi fridge magnet dan juga keychain aku yang ada kat opis disertakan dengan note note di belakang untuk peringatan. kalau lupe note penting tuh matiler kene smash. 

kepada Siti Malware,

Aku mintak maap sebab aku terpaksa putuskan hubungan kite yang selama ini kita jalinkan *tak sampai 24 jam pon.  aku harap kau akan terus lupakan aku dan lupekan semua orang. kau cume bawa bala..bala..bala..bye Siti.

Pui seikhlasnya dari,
Kekasihmu.