Ahad, 8 September 2013

Teknik menghilangkan Jerawat dengan mudah dan hasilnya sooo good.

@pesanan buat pembaca..entry ini mengandungi bahan bahan yang bakal membuatkan anda Vomit.sekiranya anda sedang mengalami masalah kesihatan badan dan juga mental sila abaikan entry ini untuk keselamatan semua.terima kasih.

hamek kau! tajuk entry pon dah berjela jela.biasalah kan.dah name pon arepnakbebel. surelah banyak bende yang nak dibebelkannye..kalau tulis sepatah dua.bek aku tukar jer name blog aku nih jadik "arepnaksenyap.com"..yer idok?

berbalik kepada tajuk entry ..aku nak share dengan korang semua cara cara untuk hilangkan jerawat dengan mudah tapi kepuasannya hanyalah sementara sahaja. cuba ikut langkah langkah nih dengan tertib.sure hasilnya akan mentanjat-BOBOIkan korang*ajaran sesat mana ntah yang kau ikut nih arep.. kalau cikgu BM baca maunye kene hempuk dengan buku teks tebal yang amat tuh.

1. Sila pastikan anda mempunyai "produk" yang dinamakan sebagai Webcam. tak kisah lah produk brand apa.. acer boleh..lenovo boleh..Asus boleh..compaq boleh..semua boleh..malaysia boleh!!.1Malaysia.

2. kalau nak pakai produk nih..make sure ikut peraturan..sebab hasilnya berlainan untuk setiap individu..kawasan sekeliling juga memainkan peranan penting..kalau guna waktu siang pastikan korang duduk dekat dengan tingkap..make sure gunakan pada waktu tengahari..dalam jam 12 onwards..kalau guna malam tak kisah jam berapa pon..asalkan korang pandai menggunakannya.


hasilnya.




menggunakan "produk" Webcam pada waktu siang. Hasilnya sangat memuaskan apabila korang tengok muka korang yang agak yenna yenni sebelum ini menjadi sangat western dan nampak macam pandai cakap omputeh dengan lancar. gigi yang kuning boleh dilindung oleh bibir yang seksi. tapi wajah yang disaster tak boleh disembunyikan. gunakan produk ini untuk keyakinan yang abadi. ceh. kerana dirimu begitu berharga.

hasil yang kedua.


kalau guna "produk" Webcam pada waktu malam..hasilnya macam inilah. korang akan nampak sedikit tanned. macam kulit Tyra Banks tuh. tapi seperti yang diwar warkan hasil dan kepuasannya hanyalah sementara. Sekadar feeling feeling flawless dalam gambar. realitinya? indah khabar dari rupa. Retis pon kadang kadang tuh dalam magazine jer homaigak homaigak hensemnye.canteknya. tapi kat luar you know lah kan. tapi tak semua.ada jugak yang betul betul meleleh air liur kalau tengok.

Tips!
pastikan korang menggunakan laptop sahaja..sebab resolusinya rendah..barulah jerawat yang ada takkan timbul..jangan sesekali gunakan kamera yang mempunyai pixel yang tinggi kerana ianya akan menampakkan segala bende mak nenek kat muka korang..

p/s : menulis entry yang memerlukan anda meletak muka sendiri sebagai taruhan, memerlukan hati dan perasaan yang kental sebab ada manusia berhati masam akan mula mengganas. mereka terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melemparkan kata kata kesat dan memberi pendapat yang KOSONG. saya dah biasa jadi saya ok sebab hati saya kental macam Sakinah.eh!eh!eh! Okbai. assalamualaikum.

26 ulasan:

  1. ok, saya faham teknik yg anda gunakan. btw, 360 kan adooo

    BalasPadam
  2. Taknik apakah ini. haha. Tak teringin pulak nak testnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saja buat entry nih sbb bosan dan sebenarnya kalau baca taulh teknik apa...kalau tak bc mestilah tertanya tanya.

      Padam
  3. camera 360 pon bolehhh..wakaka :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. camera 360 terlalu mainstreamlah.haha.gune cara lame sikit.

      Padam
  4. hahaha luqman dah start sengal lorrr....tips yang kelakar tapi terbukti berkesan yehaaa!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haruslah berkesan.haha..produk yang direview kene berkesan untuk penggunanya.

      Padam
  5. Balasan
    1. haha.kan.flawless kan..pasnih bolehlah buat review produk clinique..tak gituh..kihkihkih.

      Padam
  6. Wahaha ya ampun. Ok bai, waalaikumsalam.

    BalasPadam
  7. aiyoooo!
    mati-mati ingat tips boleh hilangkan jerawat.
    aduss.. terkena!

    terbaiklah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ianya adalah sekadar teknik..hehehe :)

      Padam
  8. Balasan
    1. bukan petualah..teknik je..hehe..jgn marah aaaaaa...

      Padam
  9. gambar atas tu comel sangat. tolong ah. hahaha. ya ya guna laptop kan boleh kaburkan. nak lebih efektif?

    nah.

    cuba guna apps 'camera360'

    kompom clean and clear. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. alah..camera 360 x thrill la..cer guna cara yang len sikit.hehe

      Padam
  10. pakai kamera 360 lagi cun jadi haha

    BalasPadam
  11. hahah..tip ini pun bole jadi bro...bg nk felling2 sementara :)good job bro^^

    BalasPadam