Rabu, 18 September 2013

Pre Graduation Dinner di Royal Kedah Golf Club

By luqman zakaria  |  00:13 51 comments

Entry berantai : Kenangan Manis kau dan Aku

Assalamualaikum.

Aku ingat lagi awal awal semester dulu. Semuanya feeling "Aku paling HOT kat kolej nih" lebih lebih lagi pelajar perempuan. Ramai jugak yang vogue. Siap ada yang pakai bulu mata palsu dan sepatu lady gaga  pergi kolej. Sungguh bergaya dan berkeyakinan. Bulu mata bersepah kat lantai pon tak perasan. Betul aku cakap. Aku dengan kawan kawan pernah jumpa bulu mata ala ala rozita che wan kat dalam library. Itu belum citer pasal contact lens lagi. fuh. gasak betul. takpe. PTPTN kan adooo.

Itu semua cerita awal semester. Bila dah masuk semester kedua dan seterusnya mereka semua mulai insaf dan hidup dengan cara yang sederhana. Make up dah kurang. penggunaan heels dah kurang.mereka cuma pakai flat shoes jer. tudung pon ada yang senget. Pelajar lelaki pon sama. kalau awal awal dulu skema tapi bila dah lama lama tuh . main taram jer.kadang kadang baju kedut pon pakai jer pergi kolej. Stress agaknya. tak ada masa nak fikir pasal penampilan. 

Bila semuanya dah berakhir. Exam pon dah tamat. Kitorang semua meraikannya dengan mengadakan Pre Graduation Dinner khas untuk Tourism Management Student. Temanya Red and Black. Dinner pada kali ini diadakan di Royal Kedah Golf Club. Semuanya bergaya sakan. Mari kita propaganza gambar gambar dulu.


Beberapa pelajar perempuan bersama lecturer kami. Macam inilah jadinya kalau Kamera banyak sangat. Tak tahu nak tengok yang mana satu.haish.


.Sheda.Gee.Cheq.Ana.Saffa.Tila.


Gambar Budak budak kelas bersama lecturers. Satu jer nak cakap.Huru Hara.

Pada entry yang lepas aku ada kongsikan gambar peserta best dress. So untuk entry kali ini aku nak reveal pemenangnya. hehe :) Yang menariknya peserta best dress dikehendaki untuk pose and catwalk dengan gaya yang tersendiri dan dua perkara tersebut mempengaruhi keputusannya. tahniah buat kedua duanya. King and Queen of Best dress.


Untunglah uolls kan. menang. tak sia sia misi mencari baju paling vogue kan.

Bila dah namanya dinner semestinya akan ada makanan tapi sayangnya tak sempat snap snap gambar makanan sebab dok kalut buat benda benda lain. Sambil makan tuh ada diselitkan beberapa buah persembahan yang sangat best.



Junior kitorang pun ada buat persembahan dan mereka juga ada buat suprise. Dorang buatkan montage gambar gambar kitorang and nyanyi nyanyi bagai dalam gelap sambil pasang lilin. Sweet sangat. Nasib baik tade kebakaran yang berlaku.haha. Sebelum mengakhiri entry pada kali ini..terimalah setempek gambar lagi. 


gambar last nih bertujuan untuk promote Instagram.muahaha. senang senang followlah yer.

Author: luqman zakaria

Hello, My name is luqman zakaria and i am the author/writer of this blog. If you have any enquiries, feel free to contact me via email que_man91@yahoo.com or you can reach me thru facebook and instagram. Thank you and have a pleasant day.

51 ulasan:

  1. meriahnya..bestnya tgk gambar ramai2... cantik lah dewan dalam royal kedah ni... suka tgk :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..memang meriah. tempat pon terbaik..hehe.

      Padam
  2. waaaa rindu zaman kolej dulu tapi kann..zaman kami semua ala² nerd, tak vogue pun ekekekekk

    meriah & cantek² semua dressing malam tu

    p/s; dah follow instagram..me @vnasandhu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. malam tuh semua nak Diva diva kan..haruslah bergaya..tq follow luqman. will follow u back..hehe.

      Padam
  3. Balasan
    1. luqman study KPTM loq staq dulu..koleh yang dekat depan mahkamah baru..

      Padam
  4. amboi...masing2 bergaya sakan ye...seronok tgk album orang lain macam masa macam ni....akak sampai sekarang segan nak tengok gambar sendiri masa konvo. tau kenapa? bulat benor muka masa tu...sakit sikit, sebab makan ubat jadi tembam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..ala.xpelah..kenangan tuh..kihkih

      Padam
  5. PTPTN kan hadooo...hahaha

    kalau kolej ko jadi la sbab semua vogue,kalau kt UPM yang bertema pun tak jadi tema sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..kt UPM semua pk nk belajar jer..tuh yg xjadi..haha.

      Padam
    2. boleh la..satu lagi sebab sebab takda duit nak beli baju baru..hehe
      ramai main sebat je baju apa pun..

      Padam
    3. aku pon same..rembat baju yg ade..kkebetulan ade warne merah..dorang nih sanggup habes ratus2 sbb nk beli baju..siap g buat rambut lg..huhu.

      Padam
  6. meriah gila!!...mmg sweet2 ja tgk.. :D

    BalasPadam
  7. nmpak mcm glam. :) hitam merah . nice combination

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah mcm mcm tema dorang suggest..last2..red black..jgk jdk pilihan.

      Padam
  8. huih.. meriah gila.. dah lama aku tak join event macam ni. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..memang meriah..bukan selalu nk join event2 mcm nih.

      Padam
  9. wah meriahnya bro~ hitam merah gitu...alamaks..krole takdak instagram...xpa..bla ada confirm add huhu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. heehe.takde xpe..nnti ade add jerlah.. :P

      Padam
  10. Meriahnya.......
    AJ suka tema merah hitam ni tau....
    Nampak hangat! =D

    BalasPadam
  11. ..slmt melangkah ke alam baru :)

    BalasPadam
  12. Kalau dapat kenalkan kawan perempuan sorang dua pun best jugak. Haha

    BalasPadam
  13. semua npak menonjol dengan warna merah dan hitam..^^ nanti aq follow insta ko yer..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..org kate wrne Hangat..hehe..tq Fizi.

      Padam
  14. fuh yooo..sume gojes2
    tema merah itam erk..nampak elegant

    BalasPadam
  15. waaahhh.. semuanya lawa2 n smart2.. kolej mana ni? siyesss.. suka tengok2 gambo2 kat atas ni.. cantik2..

    BalasPadam
  16. Wah bestnya... pasti jadi kenangan indah.... bila balik rumah senyum sorang2 heheh

    BalasPadam
  17. salam luqman apa khabar :)

    wah patutlah diorang menang best dress..smart!

    p/s--> wah header barulah..nice ^^

    BalasPadam
  18. seronok! nanti bila masing-masing dah berkerjaya, mesti rindu moment ni :) gmbr2 ni la jadi pengubat nanti .

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh Fiza :) rindu dorang semua nih..huhu :)

      Padam
  19. ingatkan nak promote awek gambar last tu :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..oh tidak..xleh promte2 org nih..nnti kene marah pulak.haha

      Padam
  20. cantik kan tema red n black..so nice!

    BalasPadam
  21. hai imma spm leaver . okay tak tourism management ni ? is it tough ? jelaskan sikit tentang tourism management ni

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP