Selasa, 27 November 2012

"Be Mine" Official Music Video - Tasha Manshahar & Syed Shamim

Sehari sebelum hari ini iaitu semalam, aku memang ketiadaan mood..dan dan nak update blog tapi nan hado! tup tup bukak youtube pastuh search bideo bideo lawak lar..bideo bideo lagu dan bagai bagai lagi..and then, terjumpa la dengan satu bideo lagu "Be Mine" nyanyian Tasha Manshahar..bukan yang besa besa baq hang.. official lagi tuh..so, aku luangkan masa aku yang memang terluang nih untuk tengok dan dengar lagu tuh dengan khusyuknya.

boleh tahan jugek tapi ade beberapa perubahan yang dorang buat untuk lagu nih..aku suke yang asal tapi yang baru pon ok jugak..dan video klip pon comel comel jer. jom Usha meh.




Lirik Lagu Be Mine 

Bermula di facebook
 kau tegurku dulu tak tahu malu
tak kuasa nak layan
aku buat tak tahu

kau terus cuba dan mencuba
sehingga ku jatuh cinta
gatalnya dirimu
membuatku terjatuh

bila kita mulai mengada
kita selalu keluar sama
borak panjang panjang
makan dan tengok wayang

sikit sikit aku merajuk
kau selalu sabar pujuk
tapi sebenarnya
ku cuma nak uji saja

let me tell you that i love you
and i never wanna wrong you
take my hand baby
come, go through with me

let me tell you that i miss you
and i never wanna lose you
you;re my heart baby
my life is incomplete without you

dalam pada ku gembira
kadang kala sedih juga
kau sudah berpunya
tak mungkin jadi milikku selamanya

Selain dari lagu nih..aku ada jugak layan lagu tasha manshahar yang lain..contohnya Cuba Teka,  syok oh lagu cuba teka nih kalau layan sambil pekena Cendol...hehe..tibe lapar cendol pulak..apa apa pon korang layan lah yer..

Rabu, 21 November 2012

Klip Video yang Cool "Sahabat" - Najwa Latif

Najwa Latif? Sape tak kenal Najwa Latif memang aku siku. even kau minat ke tak minat ke mesti kenal punyer la. lebih lebih lagi kalau yang suka dengan lagu lagu Najwa Latif nih..seingat aku, aku tahu tentang kewujudan Najwa latif nih time aku dengar lagu Price Tag yang die cover kat youtube. lepas tuh aku terus menerus mendengar lagu lagu dari beliau nih. Paling best lagu Untuk Dia.. gempak abes la..lebih 9 juta kali ditonton di youtube kot..tapi kali nih aku nak share video klip terbaru dari Najwa Latif..moh ler kite tengok.



Sahabat - Najwa Latif Feat Sleeq & SyamKamarul

\

aku share video klip nih sebab bagi aku ..video klip nih best..and lagu pon best jugak..aku ade  carik carik video clip untuk lagu sahabat nih tapi tak jumpe ..xtau cane malam nih tibe tibe nak dengar lagu nih then eh! eh! ade video klip baru..so aku share lah dengar korang semua..enjoy yer! and Like rerami video nih kat youtube okeyh..hehe.

Isnin, 19 November 2012

Jom Pekena Laksa dan Cendol Pulut di Redup Rimba Corner

Redup Rimba Corner? kenapa Redup Rimba? Nama ini sebenarnya terhasil disebabkan dahulunya kedai ini buka di kawasan Rimba tetapi sekarang kawasan tuh dah pon dipagarkan tapi lokasi kedai masih ditempat yang sama iaitu 5KM dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghala ke Bangi Lama. kedai nih terletak betul betul ditepi jalan. jadi, kalau korang lalu kat area tuh sure akan nampak Redup Rimba Corner.


Di Redup Rimba Corner nih korang boleh cuba makan Laksa dan cendol. apa yang boleh aku share dengan korang, laksa Redup Rimba memang terbaik punyer dan Cendol pulut die pon sangat Ummphh..kalau tak nak cendol pulut ..yang biasa pon ade..bagi penggemar tapai pula, korang boleh lah try cendol tapai. Dengan hanya menjual 2 jenis makanan sahaja..Redup Rimba mampu menarik ramai orang untuk ke kedai mereka.


pengunjung tak putus putus datang kat sini..pantang ade table kosong, ade jer yang serbu duduk..kalau tak silap aku kedai nih start bukak jam 10 pagi and tutup jam 6 petang. kalau ade mase tuh singgah singgah ler makan laksa or cendol kat sini.


ini cendol pulut..yum yum..sodap habaq ang! tapi sebelum makan cendol nih kenelah makan laksa dulu baru terasa keenakannya.ececeh..murah pon murah..RM 1.80 sajor..


mengancam tak laksa Redup Rimba nih? hehe..moh ler rase..RM3.50 semangkuk *semangkuk ke sepinggan? errr..hehe. aku yang tengah taip taip nih pon meleleh leleh air liur ape citer? aishh..kalau ade masa  nak pergi lagi..hehe..kalau ade yang nak pergi tapi takde partner boleh ler ajak aku..LOL.

Ahad, 18 November 2012

Semakan Keputusan UPSR 2012 secara online atau SMS


Di sini saya ingin berkongsi dengan semua orang berkenaan dengan Keputusan UPSR yang bakal diumumkan pada 19 November 2012. Semakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara online membolehkan dan memudahkan ibu bapa pelajar melihat pencapaian anak anak mereka dalam peperiksaan.

1.Langkah - langkah untuk Semakan Keputusan UPSR secara online
  • Kedua, Klik butang semakan Ibu bapa (warna hijau) seperti yang tertera pada gambar .
  • Setelah butang "Semakan Ibu bapa" ditekan, akan tertera paparan  seperti dibawah.
  • 1. masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
  • 2. Klik pilihan Sekolah Rendah
  • 3. Pilih Tahun persekolahan iaitu tahun 2012
  • 4. Klik Semak Laporan
2.Cara cara untuk semakan UPSR melalui SMS
  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
Aku harap apa yang aku kongsi ini dapat membantu ibu bapa untuk melakukan semakan dengan cepat dan mudah. Selamat berjaya aku ucapkan kepada calon calon UPSR. aku harap calon calon semua akan mendapat keputusan yang cemerlang kerana UPSR merupakan satu permulaan bagi mereka untuk terus berjaya. amin.

Khamis, 15 November 2012

Mandi Manda di Desa Waterpark

Walaupon namanye tak seGAH! Sunway Lagoon tapi aku tetap seghonok mandi manda di Desa Waterpark nih..and aku tak sangka pulak ramai benor orang datang sini untuk membasahkan badan dorang.



see..ghamai kan..sentap jer sebab tade ruang untuk aku mandi manda sekali dengan dorang semua.so, aku amek gambor jer la. Desa Waterpark terletak di Taman Danau Desa 58100 Kuala Lumpur. untuk gambaran yang lebih senang..meh aku bagi peta.


Credit sepenuhnya kepada www.desawaterpark.com.my untuk peta diatas..kalau bagi peta lagi senang nak carik sebab korang tak perlu bagi tekanan kat otak untuk fikir cara macam mane nak ke sana.huhu. untuk maklumat lanjut macam entrance fee semua tuh korang boleh directly visit their own website..korang klik jer link yang aku bagi kat atas tuh yer.. tak pon klik SINI. Sekarang jom layan gambor gambor yang aku snap kat sana.



hampa tengoklah ramai betui orang line up nak naek benda alah yang dinamakan Thunder Bolt.. apa tuh Thunder Bolt?? Sepupu ThunderCat kah?Yang pasti mestilah bukan..kalau korang nak tahu Thunder Bolt nih sebenarnye water coaster..


  1. The longest and the first gravity-defying water coaster in Asia.
  2. Always attracted most patrons,bringing in a very long queue.
siap bagi fakta lagi tau untuk korang..walapon ayat die tuh aku copy paste jer..tetap berinformasi jugak untuk korang kan? hehe. so acane? tak teringin ke nak naek bende alah yang panjang nih? aku tak naik pon!! sebab takut kecut lemak. T__T. banyak lagi atrraction lain yang ada..jadi tunggu ape lagi..sekarang nih kan cuti sekolah..moh ler kite ke Desa Waterpark.


Laman Web Rasmi :

Monday - Friday( 10:30AM - 05:30PM )

Wednesday ( CLOSED )

Weekends/Public Holidays/School Holidays
( 10:00 AM - 05:30 PM )

Ahad, 11 November 2012

Citer Dongeng tapi betul Versi Melaka

Pada pagi yang sangat indah, angin mula bertiup menyelubungi alam semesta, matahari masih lagi lena dibuai waktu tapi aku sudah mulakan pagi ku dengan  senyuman dengan hati yang penuh berbunga bunga. tidak sabar rasanya untuk memulakan pengembaraanku ke tempat yang penuh bersejarah iaitu bandaraya Melaka.

***

mohon maaf pada semua! pendahuluan untuk entry kali nih sangat "dongeng"..aku sebenarnya terbawa bawa dengan mood fairytale anugerah skrin semalam.kihkihkih. dalam entry kali nih aku nak share pengalaman aku mengembara ke kota yang penuh dengan sejarah iaitu Melaka..sebelum tuh nih ah gambar untuk tatapan umum.


Selamat Datang Ke Melaka..

sebelum aku potpetpotpet..aku nak buat pengakuan.sebenarnya ini baru kali kedua aku ke melaka..first time dulu aku pergi melaka untuk trip kolej semester dua..sekarang dah habes belajar pon..korang kirelah sendiri berape lame dah aku tak ke sana..sadis sangat..so aku macam excited nak pergi sana..First place yang aku pergi..

1. Macau Gallery


Sekiranya korang merancang untuk melancong ke Macau tapi tak tahu macam nak mulakan aktiviti korang kat sana..korang jangan risau sebab Galeri macau nih menyediakan pelbagai maklumat berkenaan dengan Macau termasuklah sejarah ,adat budaya dan juga tempat tempat yang menarik untuk korang semua kunjungi.


Lokasi Galeri Macau cuma 10 minit dari bandaraya Melaka.
alamat : No.6, Bukit Feringgit, 75400 Melaka
Contact Number : 062869939

2.Stadthuys "Red Building"


Ramai giler orang time aku pergi nih..even cuaca tak menentu pon still ramai orang..time aku sampai tuh panas terik kot..semuaorang pakai spek hitam dengan topi yang macam macam jenis..and then, 30 minutes lepas tuh hujan pulak..semua orang sebok beli payung pulak..seperti biasalah..aku nih kalau pergi somewhere sure kene singgah kedai ole ole sebab nak carik Fridge magnet..


and i found this cute Fridge Magnet..so aku beli jer la..tambah lagi satu koleksi.

3. Pantai Klebang

Lucky me sebab ada ramai kawan kawan kat melaka..and i just wanna say thank you so much sebab habeskan masa korang dengan aku walau pon korang still lagi penat giler sebab baru habes kelas arituh.. thank you nami , cheq, aimi and  ecah.


Pantai klebang nih femes dengan Coconut Shake..ramai orang datang sini semata mata nak minum coconut shake yang Ummmph nih..


Alamat : Lot 130 Solok Kampung Bahagia Klebang Besar 75250 Melaka

The Journey was so great tapi timing tak kena because i went there on a holiday and there were so many people..crowded giler and one more thing, Weather! we cannot predict the weather kan..sometimes hujan and sometimes panas terik..tapi aku tetap enjoy.. yeeeehaaa!. Paalam guys... *paalam ( Good Bye in Tagalog ).

Khamis, 1 November 2012

Pendaftaran Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia - BR1M 2.0

Pendaftaran Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ) 2.0 boleh dilakukan secara online atau pon secara manual. Pemohon yang layak boleh memohon bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermula pada 1 November 2012.

Pautan / Link



Siapakah yang layak untuk memohon BR1M 2.0?


untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan berkenaan dengan BR1M 2.0 anda boleh ke Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau klik sini > SIARAN MEDIA BR1M 2.0 . 


Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada email : 
br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012.

aku harap informasi ini akan memudahkan korang semua untuk apply bantuan nih. aku pon dah isi..insyaallah awal tahun depan dapat ler tuh..amin..