Ahad, 20 Mei 2012

Domino's Pizza

Korang tahu tak Domino's Pizza nih bermula dengan hanya satu kedai yang dipanggil " DomiNick's" yang dibeli oleh Tom dan James Monaghan dengan harga $500 pada tahun 1960 dan beberapa tahun selepas tuh "DomiNick's" ditukarkan ke " Domino's Pizza". Di Malaysia, Domino's Pizza nih dilancarkan secara rasmi oleh Tom Monaghan, pengasas Domino's Pizza Inc, pada September 1997. sumber : www.dominos.com.my

itulah die, beberapa fakta yang aku jumpe berkenaan dengan Domino's Pizza. kalau dulu,  bile terserempak dengan Outlet Domino's Pizza nih aku buat tatau je tapi sekarang asyik termimpi mimpi pulak.aisyehh.acano tuh? kuat betul penangan Domino nih. bila aku makan Pizza kat Domino. aku tak akan rasa muak dan yang pasti Domino's pizza sangat mengiurkan.eh!.


Aloha Chicken ( Cheese Burst ) * tak sure betul ke tak.haha.

Abaikan cara aku snap gambar pizza nih. kualiti gambar dah bagus tapi angle pulak yang tak kene kan,biasalah, aku tade bakat dalam bidang photography nih.ahaks. selain dari pizza nih. aku suka mushroom soup..sebelum nih kalau dengar mushroom je..yakkss..memang aku tak akan sentuh punyer la. tapi once aku cube Mushroom Soup kat Domino..walaweh..sedap la pulak..


Percaya atau tidak, ini baru kali kedua aku ke Domino's Pizza *baru dua kali ke?? sedihnya kau arep..ya.ya.ya.aku tahu!!. aku nih baru nak berjinak jinak dengan Domino ok.. yang pasti lepas nih kalau nak makan Pizza ..aku akan ke Domino. yum yum. Thanks to my friend sebab mendorong aku untuk mencuba kelazatan Domino.hehe. 


selain dari Mushroom Soup..Twisty Bread pon boleh tahan jugak..huhu..by the way, entry pasal Domino's Pizza nih sepatutnya di update pada awal awal bulan lagi tapi disebabkan gambar gambar yang aku snap  nih tade dengan aku, terpaksalah tangguh sekejap..tangguh punye tangguh sampailah ke arini baru boleh update. *tetiber lapar Pizza..sape nak belanje?eh..

Sabtu, 19 Mei 2012

Melaka [Bandaraya Warisan Dunia]

ehem!ehem.Sebelum aku membebel dan merapu dengan lebih detail.aku nak bagitau korang yang entry kali ini sebenarnya  entry imbas kembali. dah lama sangat tak ke melaka. last pergi melaka time study kat poly tech Alor Setar dulu. aku nak share satu fakta yang menarik tentang melaka. aku yakin korang semua dah sedia maklum tentang fakta ini.

  • Pada 7 Julai 2008, Bandaraya Melaka telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Bandaraya Warisan Dunia ( World Heritage City. sumber: mitc.org.my

wah, kali ini aku berkongsi tentang fakta pulak. aku harap apa yang aku bagitau nih akan mendatangkan manfaat kepada pembaca dan followers arepnakbebel.com. bak kata seorang blogger tuh.." biarlah apa yang kita kongsi nih berguna untuk semua orang yang membacanya". maju selangkah untuk arepnakbebel.com. ececeh.


5 March 2010..kalau kire kire balik gambar nih dah  berusia 3 tahun. kalau cuci gambar kat kedai and simpan dalam album sure dah berkulat. tapi sekarang zaman dah moden kan..simpan dalam pendrive je. tahan lama katenya. gambar nih time kitorang kat Zoo Melaka. pokok pokok kat belakang tuh  dah kurang sebab renovation [maybe la kot..tak pasti ]..kalau korang ke sana sekarang nih mesti dah lain.


tengoklah! muka muka keriangan kami..kenangan manis gula gula lolipop [semester 2]. walaupon cuaca panas sangat time tuh. kitorang tetap boleh gelak gelak. sebab terlampau seronok. lebih lebih lagi yang buat peace tuh..sape tatau. 


time nih lepas shopping kat Dataran Pahlawan rasenya.tak ingatlah.dah lama sangat.hehe. banyak tempat yang kitorang pergi tapi sayang sebab gambar tak banyak. gambar kat A Famosa Waterworld pon takde sebab 24 jam dalam air je..camne nak ambik gambar  kan. time kat Menara Taming Sari pon tade  jugak..hurmm..tape tape..next time pergi..boleh snap banyak banyak tapi kena ada Tourist Guide la. sape orang melaka?? 

Isnin, 14 Mei 2012

Penang [ Bayview Beach Resort ]

Entry kali ini adalah sambungan dari entry yang lepas "Jalan jalan : Penang [ Kek Loksi Temple ]"..ronda ronda Penang memang syok dan seriously memenatkan.bila dah penat mestilah nak rehat cukup cukup kan dan yang pasti Bayview Beach Resort adalah tempat yang sesuai. Bayview beach resort  ini terletak lebih kurang 20 minit dari Georgetown dan 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa pulau pinang.


Bayview beach resort Penang terletak di batu ferringhi, kalau nak mandi manda kat laut memang senang. satu lagi yang best, Night Market. seronok kalau korang pergi night market.ramai betul orang yang pergi. aku pon tak lepaskan peluang tuh walaupon terpaksa pergi sorang sorang sebab yang lain dah tak larat nak ikut sama. dari hotel ke Night Market cume 10 minit sahaja. kalau nak drive pon boleh tapi aku prefer jalan kaki..bukan sebab tak reti drive tapi kalau jalan kaki lagi best sebab korang boleh tengok suasana malam kat batu ferringhi. 


maaflah kualiti gambar tak bagus sebab aku guna kamera handphone murah..anyway, bayangkan katil yang seluas lausnya nih. aku tidur sorang.mahunye tak selesa kan.hehe. siap boleh guling guling macam citer hindustan. first day check in dah nak masok jam 7 malam. perut aku nih mana boleh biarkan kosong lama lama. Naseb baik ada kedai makan kat area hotel nih..pekena Tom Yam semangkuk..barulah boleh tido dengan aman tanpa gangguan bunyi..hehe..


Antara facilities yang ada kat dalam toilet. semuanya cukup lengkap..siap ade hairdryer..eh! bukan kat mana mana hotel pon memang ada hairdryer ke? entahlah.saya noob bab bab hotel nih. dapat stay kat sini pon sebab tajaan company.alhamdulillah.rezeki.


Nice kan.kat taman nih korang boleh lepak lepak. kalau duduk kat taman nih korang boleh nampak view laut.serious cantik.tapi aku tak lepak sini sebab aku ke pantai..lagi syok sebab boleh rasa angin pantai yang sepoi sepoi bahasa...hehe.. banyak kemudahan yang ada kat hotel nih tapi tak sempat nak utilize semua sebab busy buat aktiviti luar. apa apa pon, kalau korang nak bercuti ke penang, terutama sekali yang nak ke batu ferringhi..bolehlah usha usha dulu Bayview beach resort nih.insyaallah, korang akan berpuas hati. 

Ahad, 13 Mei 2012

Penang [ Kek Loksi Temple ]

"basket making + iskandar waterfall +native settlement" nih entry first yang aku update berkenaan dengan lawatan 4D3N Cameron Highland and Penang Island..entry tuh aku citer pasal basket making, pergi lata iskandar dan cara hidup orang asli..klik lah link tuh kalau nak baca. second entry adalah "Strawberry Farm + Tea Plantation"..syok betul pergi Strawberry Farm..bengkak mata tengok semua bende mesti nak ade kaitan dengan strawberry..aiskrim strawberry..bantal strawberry..macam macam lagi la..

Cameron Highlands banyak tempat tempat yang menarik. selain dari Strawberry Farm dengan Tea Plantation. aku ade jugak singgah ke "Butterfly park dengan Cactus point"..time kat Cameron,aku stay kat Strawberry Park Resort.. cun habes lah bilik..baru lepas renovate kan..hehe..nak tengok gambar bilik klik link yang aku bagi tuh..

Untuk entry kali nih aku nak kongsi  pengalaman aku ke Kek Loksi Temple kat Penang..lawatan ke penang banyak pergi temple..antaranya Kek Loksi nih la..Ade beberapa gambar yang aku nak tunjuk kat korang..harap korang suka.:)


sebelum kitorang ke Kek Loksi Temple..driver stop kat sini kejap sebab nak tunjuk view temple nih dari bawah..untuk pengetahuan korang,temple nih terletak kat atas bukit..kalau jalan kaki ke sana memang tak cool.haha.


kitorang ke temple nih waktu pagi..temple nih plak kat atas bukit kan..turun je dari van memang sejuk giler..pastuh aku nampak patung patung kecil nih..nampak macam comel je..terus snap.hehe. temple nih seriously sangat sangat luas. korang tengok lah gambar gambar kat bawah nih..kalau tak caya..




Kat penang memang banyak temple kan. macam macam jenis temple yang aku pergi time kat penang.sampai tak larat dah. tapi nak wat camne.. Company bagi aku ikut Familiarization trip ( fam trip ) nih pon dah cukup bagus..semuanya di taja oleh company..jadi, sila jangan merungut. ahaks. eh! lupe nak bagitau..sepanjang aku kat penang nih.aku stay kat Bayview Beach Besort. memang cool habes.nanti aku update pasal Bayview lepas nih. untuk kali nih..sampai sini je kot..assalamualaikum.

Sabtu, 12 Mei 2012

Suke Suke : Application kat Facebook nih kadang kadang..?

Application kat facebook kadang kadang annoying..tapi ade jugak application yang boleh sejuk kan hati yang tengah membara. bila bosan je..aku  try usha application kat facebook macam "Which Celebrity you look like?"..walaupon dah tahu jawapan yang dorang bagi tuh tak betul dan dalam pada masa yang sama memang sah sah tak sama!! *ape aku cakap nih??..tapi aku try jugak sebab tengah feeling feeling artis kan.


seriously nampak sangat tipu..Cam Gigandet tuh sah sah jauh lagi handsome..pastuh aku plak lagi la jauh lebih kiut dari die kan..kan??..ok..taxi plessss!!!! ( tak leh backspace sentence nih..terpaksa cut macam tuh je..abaikan ok )


"Which Troll Character are you?" ..selamba badak je die bagi crying guy...fuuuuuuuuu!!..kalau application celebrity kat atas tuh boleh la aku terima dengan hati terbuka..tapi yang nih..no no no.


ini satu lagi..application nih name die "Pekerjaan apa yang aku miliki 10 tahun kemudian?"..serious panjang giler nama application ..annoying je..tapi try jugak kan..ARSITEK?? arkitek la agaknya tuh..kalau ikut dunia realiti memang jauh menyimpang dari bidang aku..haha.


yang nih pulak " What your birthday says about you?"..benda benda macam nih memang lah takleh caya kan..tapi sekadar untuk suka suka ok lah kot..sebab ape??sebab banyak benor nipunye..die cakap aku nih "have the talent in music"..celah mana taktau..menyanyi?? sumbang kot..aku pernah record sore aku sendiri time nyanyi..serious aku tak nak dengar lagi..haha..kalau main music??instrument ape yang aku tau main??..gitar??no!...piano??no!..mungkin rekoder kot..haha..macam macam!

p/s : Korang korang yang forever alone macam aku nih boleh la try application nih kat facebook        untuk hilangkan rasa bosan! T__T.hohoho.

Jumaat, 11 Mei 2012

Air Sirap [ ingat pasar borong ke? ]

Aku nih kalau pergi kedai makan je..nih la satu satu nya air yang aku akan order..susah nak tukar selera..tapi takdelah selalu sangat..time tade idea nak minum air ape..aku order je sirap..nak dijadikan citer..tadi aku dah siap beli makanan tapi alamak..air plak tade..terpaksalah singgah kedai mamak kat area rumah nih.

     gambar hiasan.sumber dari google

Keadaan masa order air sirap tuh normal je..tapi alkisahnya bile aku nak bayar ..sebelum bayar aku tanyalah "berapa yer?..dengan selamba badak die cakap RM1.70! ...mahal seyh! bagi aku lah..kalau korang maybe harga pasaran ke apa kan..automatically muka aku beraksi..toinkkkk!!! [makna kata buat muke pelik plus OMG plus LIKE SERIOUSLY?? ]..bile die tengok muka aku camtuh die cakap ape tau!

- erm..tapelah...saya bagi RM1.50 je -

pelikkan..macam bargain barang borong pulak..siap boleh tawar menawar lagi tuh..kalau aku cakap "takleh kurang lagi ke abg?"..ape respon die agaknya kan..

Isnin, 7 Mei 2012

View of KLCC from My House

Rindu pulak kat rumah sewa Kampung Baru tuh..serious memang rindu sangat sangat.semua orang kat dalam rumah tuh baik baik. Dorang semua friendly walau pon kitorang jarang berjumpe..biaselah semua kerja..pagi kuar malam baru balik..semua dah penat..rehat kat bilik then tido jer..


malam malam kalau bosan..jenguk la kat tingkap bilik..nampak KLCC..kalau tengok atas la..kalau tengok bawah ade kubur..cantek kan..hilang jugak rasa bosan..kalau kat tempat sekarang nih..jenguk kat luar tingkap nampak tingkap rumah orang lain..hurmm..bosan. kalau ade konsert kat KLCC pon aku boleh dengar,,hehe..time sambut tahun baru aritu..ramai orang parking keta kat tepi jalan sebab nak tengok Firework tapi kitorang budak budak rumah tengok ikut tingkap je..lagi syok..macam nih..



best kot..teringat kat dorang semua..walau pon aku stay kat sana 5 bulan je..tapi aku rasa heppi ..tak macam sekarang...kosong ..nak balik kampung la..rindu mak dengan ayah..apelah yang dorang buat sekarang nih..mesti dah tidoo..tak pon tengok tv..hehe ;) peace..

Ahad, 6 Mei 2012

Rindu Kedah Baq Hang!

Seriously rindu giler kot kat Alor Setar, Kedah..dah lebih dua tahun kat sana..aku rindu nak makan kat kedai makan yang selalu aku lepak dengan kawan kawan aku "ABE"..yup...tuh la name kedai yang kitorang selalu lepak..rindu nak makan nasik kandaq kat Insaniah tuh..rindu nak lepak kat "I-CITY" versi kedah..rindu nak lepak dekat "cafe" kolej..hurmmm...T__T.


yang paling nostalgia..ececeh...nostalgia tuh...hari hari akan lalu sawah nih sebab nak ke kolej..:)..petang petang.. kalau rajin jalan jalan kat sawah...best woo...angin sawah..tapi biasenya tak rajin pon..asyik dengan laptop je kat dalam bilik..apa apa pon rindu kedah! 

Khamis, 3 Mei 2012

Tak Paksa pon ..Itu kehendak masing masing ( sekadar pandangan)

tak paksa? yes..saya Luqman Zakaria tak pernah memaksa atau mengugut mana mana blogger kat luar sana untuk follow blog arepnakbebel.com. nampak tak? seriously aku tak suke paksa orang. banyak group group blogger yang aku join kat facebook. itu pon sekadar untuk berkongsi ape yang aku update kat blog aku..if korang klik and then berminat nak baca..teruskan aje la,,kalau dari awal awal tengok link tuh pon korang dah menyampah...jangan klik..malah ignore aje..senang citer..betul ke tidak??


isu "i follow you..you follow me back" boleh dikatakan isu basi..isu lapok..isu ntah ape ape..isu whateva and bla bla bla..normally, lepas aku update entry..aku akan post kat group group yang aku join untuk berkongsi dengan dorang..and all of the sudden...adelah due tiga orang blogger yang tinggalkan link..biasalah tuh kan..sebab dorang nak share blog dorang dengan kite..acceptable..but then, ade jugak yang tinggalkan link dengan kata kata OMG.. ini blog saya...bla bla..follow la kite..nanti kite follow balik"..erkkkk..boleh tak jangan macam tuh..

pada pandangan aku..semuanya normal kalau tinggalkan link kat komen dan post entry kat group group..tapi boleh tak jangan paksa!!....nak follow blog seseorang atau pon tidak ...itu bergantung pada kehendak masing masing..

kalau aku...

aku akan follow blog yang aku rase aku berminat nak follow..maksud aku..kita akan follow blog yang kite suka kan..weird la kalau follow blog yang kite takkan baca entry yang dorang buat kan...bukan ke buang mase kalau macam tuh? betul ke tidak?

 "saya dah follow blog awk..follow saya balik k"...hah??...kau follow blog aku sebab kau nak aku follow kau balik?no no no...aku tak paksa kau follow blog aku...so..jangan paksa aku follow kau..ini lah antara sebab di mana timbulnya isu blogger sombong...sombong?sombong celah mane ...cer citer...kalau kau follow blog orang..then orang tak follow kau balik..jangan la melenting..sebab ORANG AKAN FOLLOW BLOG KAU KALAU DORANG SUKE BLOG KAU..MUKTAMAD...