Rabu, 11 April 2012

Lepaking [ Jusco Maluri ]

sebenarnya arini langsung tade ape ape aktiviti yang dirancang tapi tibe tibe plak dapat call dari housemate mintak duit rumah sewa, terpaksa lah keluar sebab nak bank in kan duit rumah sewa. alang alang dah kuar tuh pergi lah jalan jalan sama. mula mula ke area Sogo tapi bosan lah pulak. last last Jusco Maluri je aku lepak.hoho.


Black Pepper Whole Leg.

Lepak je kat Jusco tapi makannya kat rumah jugak. makan Black Pepper Whole Leg. boleh tahan jugak rase die. murah pon murah jugak. RM3.90 je.


Orange Twister.


kaya plus Pandan Ball.

Time nak balik jusco tadi aku terserempak dengan gerai nih. dan disaat itu jugaklah..nafsu membuak buak suruh beli. and taraaaaaa..yup aku beli 10 Biji RM3.00. semua pasal makanan je kan. aku pergi jusco bukan sebab makanan je ok. aku beli nih.


Rexona Men.

yup. it is a must for everyone to have this!! maksud aku deadoran. tak semestinya Rexona.kalau takde nih tak confident nak kuar rumah.haha.


Adidas [ Pure Game ]

Disebabkan tak menang GA yang hadiahnya Perfume, jadi aku pon belilah adidas nih. tak mahal pon tapi yang penting bau die lazat..umphhh..! by the way, tak sabar nak mulakan kehidupan ber career.. hehe :) wish me luck.peace.


Selasa, 10 April 2012

Sambungan...End Lot Bistro & Cafe [Part2]

End Lot Bistro & Cafe [Part1]

ingat lagi tak entry End Lot Bistro Part 1? kalau tak pasti or tak pernah bace sila click link kat atas tuh..kalau dah bace baru korang tahu kenapa ada sambungan. kan aku ada cakap yang aku makan nasi putih je malam tuh. hipokrit giler. kalau makan nasi putih je memang kurus lah aku. kih kih. makanan kat end lot semua sedap sedap and boleh dikatakan quite murah.


Tom Yam Campur.


Telur Dadar.


Sup Tulang.


Kailan Ikan Masin. rasanya la. tak pasti.huhu


Ikan Siakap Masak Stim.

fuh! mengenyangkan dan semestinya lazat. teruja tak? kalau teruja, tunggu ape lagi...jom makan kat sini. jangan lupa ajak aku sekali.hehe.

Sabtu, 7 April 2012

End Lot Bistro & Cafe [part1]

mirror mirror on the wall! *muncungkan bibir bagi nampak cute cikit.dengan harapan mirror mirror tuh akan cakap " you are the cutest guy in the world". kih kih kih. aku tahu  intro entry nih boleh buat korang vomitt blood..tapi biasalah,tak ramai yang boleh terima kebenaran. haha. okbai.


abaikan intro ikan kerapu di atas.aku nak tanye korang. pernah datang sini [ End Lot Bistro & Cafe ] tak? kalau tak pernah datang, korang wajib baca entry nih sampai abes sebab berkemungkinan besar korang akan rasa teruja.


kita mulakan dengan menu. jangan menilai menu dari rupa parasnya ok. nampak macam biase biase je tapi bila korang baca menu tuh..korang akan mula menangis dan mata korang akan mengalirkan darah dan korang akan..... *erm..rase macam over plak padahal menu je pon.


apple juice dan....


yup. segelas apple juice dan sepinggan nasi. itu je la makan malam aku untuk malam nih. on diet la katakan.haha.ok.aku tahu susah untuk korang percaya. aku pon macam tak percaya sebab memang pelik la kalau aku, luqman zakaria, makan nih je.so. apa lagi yang aku makan kat sini??adakah ianya menjadi tanda tanya buat korang?? kalau nak tahu sila tunggu PART 2. hehe. * macam lah korang nak tahu kan.T__T.

Jumaat, 6 April 2012

OTWC [Old Town White Coffee]

blog aku nih dah jadi macam blog jalan jalan cari makan plak. ape tak nya asyik makan je kerja nya kan. so. untuk entry kali nih aku nak citer pasal OTWC. suke hati aku je abbreviation kan old town white coffee jadi OTWC. bukan apa nak bagi senang taip. korang pon tak yah baca panjang panjang. kan!.


ntah apa la nama makanan nih. aku tak sure plak.biasalah kan. nama makanan tak expert sangat.kalau suh telan laju je.


Old Town White Coffee-hazelnut


Nasi lemak with Fried Chicken.


fresh Orange.


and this is curry chicken.serious sedap.

thank you echa sebab sudi teman aku makan tadi. so, korang nih makan ape plak untuk dinner malam nih? cer share sikit.hehe :)

Khamis, 5 April 2012

mencekik di kala malam menjelma.

itulah tajuk filem terbaru aku. jangan lupe tonton filem ini di pawagam berdekatan dengan anda. meh aku kasi sinopsis citer nih. based on the true story. mengisahkan si gendut dengan perutnya yang semakin mengempis disebabkan kelaparan yang serius. si gendut mencari sesuap [dan dan sesuap je ]..maksud aku semangkuk meggi yang sangat sedap [mestilah sedap sebab aku yang masak] untuk dimakan dan akhirnya si gendut berjaya mengenyangkan perutnya dengan sebungkus meggi di kala malam menjelma. [hepi ending.].T.A.M.M.A.T.


best tak ending filem aku tuh. bagus kan.aku pun rase aku nih berbakat dalam pembikinan filem.agak agak boleh menang Filem Terbaik 2012???? *soalan mintak penampar kpop. oklah.dah malas nak melalut banyak banyak. nanti orang cakap aku kene sampuk plak.


air kosong. tapi gelas branded ok. jenama APPLE. korang ade?? 


butterscoth. yer. ini pon aku makan jugak.. kalau tak makan 2 jenis makanan pada waktu yang sama bukan aku lah tuh. kenyang weyh. walau pon makan maeggi tak macam makan pizza 3D and minum air kosong tak rasa macam minum air pepsi. pastuh makan Butterscotch tak macam makan buttercup.eh? kite kenelah bersyukur yer. orang lain kat luar sana tuh dapat makanan sebijik nasi pon dah kire nikmat. betul tak? 

Rabu, 4 April 2012

Thank You Friend!

makan malam dah pon selesai beberapa jam lepas. tapi tak boleh update entry tadi sebab sistem penghadaman tak mengizinkan lagi. sekarang baru boleh update. kih kih kih. so, this time bukan entry pasal makan yer. tapi pasal Pemberian Seorang Kawan Kepada Kawannya. bukanlah pemberian Hati dan Perasaan.  ececeh. *macam entry jiwang je.

sudah! sudah! cukup cukuplah merapu.actually, aku nak share dengan korang Pasal Gift yang aku dapat daripada kawan aku, die praktikal kat Tourism Malaysia, Putrajaya. 


thank you friend! kau dah tambah koleksi FM aku yang tak berapa nak banyak tuh. hehe.


i love malaysia too :P*alolololo very cute monkey.

p/s : thank you guys for supporting my blog. i have more than 1000 followers right now..speechless:)

Kentucky Fried Chicken [Breaklunch]

Harini. breakfast dengan Lunch aku kat KFC taman pertama. tension aku makan kat sana.kalau tahu baik aku take away balik makan kat rumah. ingatkan kalau makan kat sana. tenanglah cikit sebab normally aku tengok tak ramai orang.tapi arini lain plak citer nya.budak budak ramai giler. pastuh menjerit terlolong. main kejar kejar pusing satu KFC. nasib baik mak ayah dorang ade..kalau tak memang aku lenyek lenyek dorang sume jadi macam mashed potato. pffttt!


dinner plate. ini kire macam cover untuk pagi sekali sebab breakfast tak makan ape ape. *cakap je kau makan banyak arep.takyah nak explain panjang panjang.


refreshing. sejuk anak tekak minum pepsi.


motif giler ambik sos banyak banyak kan. bukan semua aku makan pon. membazir je.pape pon. followers blog arepnakbebel.com sekarang dah 999. sapelah yang akan jadi follower yang ke 1000. tak sabor nak tgk.hehe :) wink wink.

Selasa, 3 April 2012

Hari Raya [Satay]

teringat plak kat Satay. sedapnya. kene tunggu raya baru boleh makan. sebab? ye la. time raya mesti buat punyer la. tak nak makan kat kedai. nak masakan ibu. barulah umphhhhh. betul tak? tahun lepas punyer raya kitorang ada buat satay sebab ada tempahan. 


sesi potong memotong bawang. for sure bukan aku yang buat lah kan.


sape yang nak exercise bagi ade muscle kat lengan tuh boleh goreng kacang..lenguh tau ..*Bajet aku plak yang goreng kacang nih. lol.


aktiviti nih pon tak kurang hebatnya. bayangkan beribu ribu cucuk nak kene buat..boleh meleleh air liur. * ini aku tak bohong.memang penat buat cucuk cucuk T_T.


part yang paling seronok bila buat satay nih. bila dah siap everything. tunggu nak ngap je! hehe :)

p/s : I do have a FAN PAGE on Facebook .if you are willing to take a look and LIKE the page..you can just click the link below.

Isnin, 2 April 2012

ZOO Negara [Part1]

Awal bulan january arituh aku pergi Kuala Lumpur Tower [Animal Zone] ! best la jugak. ade ular besor giler. yang herannya nampak macam dah mati je..sebab tak active langsung.. kenyang agaknya.LOL. tapi ZOO Negara lagi Double Cheese Burger Best sebab lagi happening. 

A picture from Mr.Goo ( google )

see?? what a big place right! and guess what?? yeahhh! dengan bangganya aku nak menyatakan disini kitorang berjaya takluki every single place. [jalan kaki ok ]. kitorang? yeahh. once again. kitorang means bukan sorang. aku pergi sana dengan member aku, Izudean. do click his name to visit his blog.

Admission Fee

kitorang amek package Rm25 tuh sebab include Insect Zoo dengan Taman Rama Rama Sekali.kitorang gerak awal pagi and sampai sana dalam pukul 11 pagi. we were so lucky sebab time tuh ade Multi-Animal Show. Actually, that was my first time tengok Animal Show. kesian kan. haha. 


Every day ade Multi- Animal Show. kalau pagi Start at 1100hrs, kalau petang plak jam 1500hrs. tapi hari jumaat ade satu session je Pukul 1530hrs.


tak sangka ramai orang yang datang. maybe sebab hujung minggu kot.

Sea Lion

yang paling meriah. Persembahan Sea Lion nih. Kelakar giler. time tepuk tepuk tangan yang paling tak leh blah. cute giler. banyak lagi sebenarnya gambar gambar yang kitorang snap tapi malangnya semua gambar kat member aku.. nak kene tunggu die emailkan. so..kalau korang nak tengok lagi kenelah tunggu Part 2. ahaks.