Selasa, 16 Oktober 2012

Kami dan Majlis Konvokesyen KPTM yang ke 29 di PICC

By luqman zakaria  |  22:51 22 comments

Menaip entry sambil senyum sampai ke telinga! aumm!.


Majlis Konvokesyen KPTM yang ke 29 dah pon menutup tirainya pada hari Ahad yang lepas. Fuh! Barulah aku dapat bernafas dengan lega..semua oxygen mampu disedut dengan "flawlessnya". Apa yang dapat aku simpulkan kat sini..aku mampu tersenyum dengan lebar sebab semuanya berjalan dengan lancar. Tapi aku rasa tak puas hati sebab tak dapat nak meluangkan masa dengan kawan kawan yang lain..tak dapat nak berjimba and bergambar beramai ramai  selepas Majlis konvo, selesai saje majlis tuh  mereka semua bergegas keluar untuk jumpa dengan keluarga masing masing termasuklah aku.


thanx for the "Real" Roses and the cute bebear my Sis! ingatkan habes konvo tuh pulang dengan tangan kosong jer..tapi dapat juga nih! hehe. Comel kan..aku ada banyak gambar gambar yang aku nak upload and share dengan korang..so, aku gabungkan kan beberapa gambar macam kat atas tuh..kalau letak satu satu sure entry nih tak akan ade penghujungnya.


Gambar gambar kat atas nih di "sweet memori" kan pada hari jumaat ( 12 October 2012 ) sewaktu Raptai untuk Majlis Konvokesyen KPTM yang ke 29 diadakan.. aku tahu gambar gambar nih hanya menampakkan aku seorang jer lelaki..yer! memang pon sebab yang lain tak nak datang..tunggu UITM punyer konvokesyen baru nak join..ok fine! oh yer! aku pernah update pasal Raptai konvokesyen beberapa hari yang lepas.kalau korang nak tengok tengok entry tuh boleh ke SINI.


and ini pulak..Family Photo! Kalau tak bergambar macam nih untuk Majlis Konvokesyen tak meriah lah kan..kitorang snap gambar nih sendiri jer..tak beli mana mana package gambar yang ada kat PICC nih pon..bawak kamera sendiri dan snap snap and taraaa jadilah gambar nih..lagi pon ramai betul orang datang buat business gambar kat sini..macam macam ada..sampai pening nak melayannye.


Gambar banyak snap kat dalam dewan sebab kat dalam dewan ..orang len sebok nak bergambar kat luar..tapi kitorang dengan aman dan damainya bergambar dalam dewan..hehe..aku tak sempat nak bergambar dengan kawan kawan lain selepas majlis tuh..tapi aku ade terserempak dengan sorang dua kawan aku masa kat dalam dewan and kitorang pon ambik peluang nih untuk bergambar bersama #sori jaja! terpaksa suruh kau pakai balik jubah tuh..hehe.


yup! dua orang jer! yang len semua lesap..entah ke mane menghilang..sure aku tak carilah kalau nak nak carik jumpe ke dorang semua dalam crowd yang macam  kat bawah nih!


kalau tengok kat depan nih macam ok jer..tapi kalau tengok kat hujung hujung sane..fuh! sesak betul..nak jalan pon susah. aku takkan lupakan kenangan  kat sini walau pon aku masih ade satu lagi Konvokesyen yang perlu aku hadir..Konvokesyen Uitm..tak sabar nak tunggu bulan 12..aku rasa kat sana nanti lagi meriah sebab kawan kawan yang lain akan hadir sama..mesti lagi ramai..see you there ok kawan kawan! untuk penutup entry nih aku nak tayangkan gambar yang paling di tunggu tunggu.


taraaa! eh! maafkan aku! tersilap upload gambar pulak..tapi takpelah..dah upload kan..oklah semua..selamat malam..selamat berblogging semua..dikesempatan nih aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi singgah blog arepnakbebel nih..thanx jugak pada followers baru yang sudi follow and kalau free free tuh singgah lah blog nih lagi..babai.

Author: luqman zakaria

Hello, I am Author, decode to know more: In commodo magna nisl, ac porta turpis blandit quis. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. In commodo magna nisl, ac porta turpis blandit quis. Lorem ipsum dolor sit amet.

22 ulasan:

  1. Tahniah luqman... akhirnya berjaya jugk dapat title graduan lepas lame jd student...:)

    BalasPadam
  2. Khalidah : yup!! akhirnye!! hehe..thnx singgah n follow arepnakbebel.com

    BalasPadam
  3. konvokesyen ni jadi kenangan manis bila dah tua nanti

    BalasPadam
  4. Tahniah sbb dah konvo..pasni bole amik master pulak :)

    BalasPadam
  5. tahniah....da jadi graduan jugak akhirnya...hehhe

    BalasPadam
  6. tiranaaduka: tak bole tak boleh..eheeh

    BalasPadam
  7. tahniahhh ! beshnyer dah konvo !!

    BalasPadam
  8. salam.
    belum terlambat lagi kan?? hohoho..
    tahniah! semoga sentiasa sukses hendaknya~~~

    p/s : bestnye dah konvo...

    BalasPadam

E-mail Newsletter

Sign up now to receive breaking news and to hear what's new with us.

Recent Articles

© 2014 LUQMAN ZAKARIA. WP themonic converted by Bloggertheme9. Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger
TOP