Sunday, July 8, 2012

Tutorial menggunakan ayat Sindiran dengan berkesan

diadaptasikan dari rancangan "oh yeah". *REPOST ENTRY  ( Harap Maklum )
Sentap!! Pernah sentap? Tak kan tak pernah kan! So, aku nak cadangkan kat korang, bila sentap je cubalah gunakan ayat sindiran dalam perbualan. Mesti korang akan sentiasa hidup dalam aman damai permai selama – lamanya.mungkin korang pelik dengan aku dan mesti jugak ada aje yang nak sepak aku sampai koma. Aku nak bagi contoh la kat korang supaya korang paham maksud aku.

Contoh :

Sebelum :

-Oi kiah. Kau pergi mana hah? Ni yang buat aku marah nih. Dah 20 minit tau tunggu kau kat sini. Agak – agak dalam 20 biji teksi ngan 15 buah bas lalu lalang kat depan bijik mata aku nih. Tapi takleh nak gerak sebab tunggu kau. Lain kali kalau lambat tak payah terhegeh – hegeh nak pergi jugak. Menyusahkan betul la.haiiii!! dah sah – sah la gaduh bila situasi camni jadi kat korang. Jadi cuba gunakan ayat seperti di bwah untuk elakkan pergaduhan.

selepas :

Hai kiah yang cantik serta sopan santun budi bahasa budaya kita. Eh! Kau dah sampai ke kiah. Aku tak perasan plak kau ada kat sini. Almaklumlah baru 20 minit aku tunggu kau. Bas ngan teksi pon takdelah banyak sekarang nih. Kalau kau datang pagi besok pon tak kesah sebab aku memang dah ready dengan bantal dan selimut dalam beg aku nih. Ok lah kiah !! sekarang nih bas yang ke – 16 dah sampai pon . jom pergi!.

Paham tak sekarang? Kalau korang gunakan ayat yang sebelum tuh! Mesti la korang gaduh sampai lelah tapi kalau korang gunakan ayat yang selepas tuh mesti korang akan hidup bahagia. Walau pon si kiah tuh tau ayat korang tuh memang sah2 dok sindir dia tapi sekurang – kurangnya tiada penggunaan ayat kesat digunakan yang boleh menguris hati kiah. Paham?paham?

P/s : Pengunaan ayat sindiran memang diperlukan dalam kehidupan seharian bagi mendapatkan hidup yang harmoni.

1 comment :

  1. x tau laa dlm hati tu rasa cmne kan...sumpah seranah maki hamun sume dh kuar dh tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...