Ahad, 29 Julai 2012

Jalan jalan : Penang [ Thrisaw & makan makan di Restoren Sri Anandha Bahwan ]

pada awal bulan december tahun lepas, aku berpeluang ke penang dengan beberapa orang tourist yang berasal dari Australia, Japan, Philippines dan New Jersey. Pengalaman bersama dorang selama 4H3M  sangat menyeronokkan lebih lebih lagi bila kitorang dapat melakukan aktiviti beriadah bersama. Alhamdulillah dalam masa 4 Hari tuh aku dapat belajar beberapa perkara baru berkaitan dengan tourissm Industry.

berbalik kepada topik utama, Thrisaw! selama 20 tahun nih, inilah pengalaman pertama aku menaiki beca..kesian pulak aku tengok uncle yang "terpaksa" mengayuh beca yang aku naik tuh..sure uncle tuh mengomel cakap aku nih berat cam gajah..haha..tapi aku tengok uncle tuh cool jer kayuh..mungkin sebab dah terbiasa kot..haha.


tengoklah beca beca semua nih! sakan betul kan! hias bagai..yang paling meletop! tuh ah! yang berbunga bunga tuh..hehe..kitorang menaiki beca bermula dari Leong San Tong Khoo Kongsi atau lebih dikenali dengan nama Khoo Kongsi Temple. Sedikit informasi tentang Khoo Kongsi :

"Leong San Khoo Kongsi or Khoo Kongsi for short, is one of the most distinctive Chinese associations in Malaysia. It is well known worldwide for its extensive lineage that can be traced back 650 years ago, as well as its closely-knit and defensive congregation of buildings and a magnificient clanhouse."
Source : http://www.khookongsi.com.my/




tengoklah orang yang bakal mengayuh beca yang aku naek nih! aku pon cuak time nih,,boleh ke die nak kayuh..jangan nanti kalau dah nak gerak ..aku sorang jer yang tertinggal kat belakang.LOL. naik beca best sebab kita boleh tengok surrounding dengan lebih clear..kalau nak snap gambar pon senang..kitorang naik beca  sampailah ke Port Conwallis..dari sana, Mahendran,  Tour Guide bawa kitorang semua makan di Restoren Daun Pisang ( Sri Ananda Bahwan ).



serious sedap weyhh..restoren nih terletak kat Little India, Georgetown Penang.orang penang mesti tahu punyerlah tempat nih..kalau tak silap aku, ini adalah salah satu restoren yang paling famous kat penang..apa apa pon ini adalah pengalaman yang takkan aku dilupakan..thank you BOS ! 

Rabu, 25 Julai 2012

Bazaar Ramadhan Jalan Raja Alang, Kampung Baru (1)

Salam Ramadhan!

petang tadi lepas balik kerja terus ke Bazaar Ramadhan, ingatkan kalau pergi awal tak ramai tapi meleset dugaan aku..time aku pergi tuh dah ramai..jalan pon dah jammed. aku nak share 2 3 keping gambar bazaar ramadhan kat jalan raja alang, kg baru.



banyak betul gerai! kalau ikut nafsu makan nih..semua gerai aku singgah! #singgahjela..belinya tak..oh yer! ada satu gerai yang jual puding roti..sedap walaweh! semalam aku beli ..satu RM3..berbaloi sebab sedap..


tiap kali aku ke bazaar ramadhan, aku mesti singgah gerai nih beli nasik Ayam, seriously memang sedap..makan nasi ayam je pon dah kenyang..puasa tahun nih tak banyak sangat aku belanja..yeahh!!yeahh!! korang pulak pergi bazaar ramadhan area mane? cer share..kalau dekat boleh aku try usha usha sama..

Isnin, 23 Julai 2012

Menu Berbuka Puasa Versi Barat

Syukur syukur..kenyang sudah aku menikmati hidangan berbuka puasa tadi..alhamdulillah semuanya di "ngap" ( makan ) dengan sempurna tanpa pembaziran..dan yeah!! awal awal puasa nih aku mampu kawal nafsu aku dari melakukan pembaziran.

sudah cukup sudah! dengan pendahuluan..berbalik kepada tajuk utama yang dipaparkan diatas, saya ingin berkongsi dengan anda tentang menu berbuka puasa versi western? #apasalformalsangatnih. 

Di bulan yang mulia nih, bulan puasa..bazaar ramadhan merupakan tempat yang sentiasa dikunjungi ..tak kire melayu cina ataupon india.. makanan makanan yang dijual pon memang sedap..membangkitkan nafsu makan yang membuak buak..#bilaperutlaparsemuanyasedap! macam macam ada..cakap jer! ayam goreng.. nasi kerabu..ayam panggang.. kueh mueh..ermm! apa lagi?? kalau nak cakap semua memang tak abeslah..sampai rambang mata dibuatnya bila nak beli!

gambar hiasan

walaupon rambang mata! makanan yang ala ala mat salleh tak leh lupe jugak! ada  yang suka makan Mcd time sahur..berbuka puasa makan Ayamas, KFC, Kenny Roggers, Nando's, Chili's bla bla bla..so, sekarang nih..aku nak tanya korang semua..di bulan ramadhan nih..korang ada tak berbuka puasa makan makanan western? or di bulan puasa nih korang stop buat sementara waktu?



Chicken Crisper - Chili's


Popeyes!


apa ke hei ntah nama penuh makanan sedap nih! half chicken bla bla..apa ntah! Nando's

kalau korang makan makanan ala ala matsalleh sangat tuhh..korang akan makan kat mane? Mcd kah? Ayamas kah? TGI kah? Chili's kah?? Nando's kah? popeye kah? Pizza Hut kah? Domino kah? or mana mana kah?

Ahad, 22 Julai 2012

Menu Berbuka Puasa yang Ummpphh!

Time puasa nih nafsu makan membuak buak. kalau ke bazaar ramadhan sure rambang mata sebab ada banyak jenis makanan. lebih lebih lagi kalau lapar..semua nak beli tapi bila dah makan bukannya habes pon. membazir membazir. apa apa pon jom kite tengok! apa menu berbuka yang ummpphh sangat tuh!

1. Ikan Siakap Masak Stim


2. Tom Yam Campur


gambar gambar nih aku pernah post dalam entry yang lepas..time nih aku dengan family dinner kat End Lot Bistro & Cafe  ..ikan siakap masak stim kat sini sedap kot..tapi lagi sedap kalau dapat makan ikan siakap 3 rasa. Tom Yam campur pon boleh tahan..rasa nak berbuka puasa kat sana lah..tapi lokasi die jauh pulak..

lupakan Ikan Siakap dengan Tom Yam nih..arini nak makan apa pun tak tau untuk berbuka? semalam tak sempat ke bazaar ramadhan Jalan Raja Alang..aku makan nasi goreng kampung kat kedai sebelah rumah je..sorang pulak tuh..sobs...sobs.. korang? apa menu untuk berbuka puasa malam nih? cer share cikit.

P/S : Nak menang HADIAH?? klik SINI

Rabu, 18 Julai 2012

LISTERINE Natural Green Tea

Listerine! yeahh.... kenapa aku baru tahu! tak up to date betul kan..kalau aku tahu listerine ada yang baru punyer sure aku try..normally aku guna Listerine Cool Mint yang warna biru tuh..yang Natural Green Tea belum pernah try lagi..acano agaknya yer? ada sapa sapa pernah try? jom klik SINI untuk tahu lebih lanjut pasal LISTERINE Natural Green Tea .


kalau gosok gigi jer bagi aku tak cukup la..thats why aku kene jugak guna listerine! kalau aku beli..aku tak beli yang besar punyer sebab susah nak bawa ke mana mana..aku selalu beli yang 80ml jer..always ada kat dalam beg..senang nak guna bila bila masa saje. sebab kenapa aku guna?? bila aku guna listerine aku akan rasa lebih yakin nak bercakap dengan orang..rasa segar and bersih!..



listerine ada banyak jenis..kalau korang guna  LISTERINE Cool Mint ..ianya dapat hilangkan bau mulut dan masalah gusi..kalau Natural Green Tea pulak dapat membantu mencegah gigi berlubang sebab ianya diperkaya oleh 2X flourida..ececeh..dah macam doktor gigi pulak aku nih..nak citer banyak banyak pasal nih aku kureng sikit..apa kata korang baca sendiri kelebihan dan kebaikan LISTERINE Natural Green Tea kat SINI..bagi aku tak kisah lah korang nak guna Mouthwash yang macam mana ..as long as mulut dan gigi korang terjaga dan sentiasa segar dan bersih. baru ade konfiden! aku nak share dengan korang satu video..iklan Listerine Natural Green Tea tapi versi Thai punyer..


SELAMAT MENONTON dan selamat mencuba !

Ahad, 15 Julai 2012

Jalan Jalan : Bersampan ke THAILAND?

REPOST ENTRY!

bersampan ke thai? selalunya kalau nak ke luar negara naek flight kan..aku nih lain sikit..BERSAMPAN ke thailand. korang hado? huhu..ini sebenarnya pengalaman dan kenangan aku nih bersama kawan kawan sekolah. kitorang masuk ke thai secara kurang sopan dengan selamba badaknya. aku tak pernah jejakkan kaki ke sana, bila kawan kawan dah ajak aku ON je la. aku tak sangka ramai yang ke sana untuk membeli barang barang. nak parking kereta pon susah..and for the first time jugaklah aku naek sampan ramai ramai..risau jugak kalau sampan tuh "terpeleottt = terbalik "..aku nih bukannya pandai berenang..hehe..


see! kan aku dah cakap ramai betul naek satu sampan..kalau jatuh..acano tuh!


Thai memang famous dengan somtam..kalau kat tempat aku ..nak dapat somtam dengan mudah dan senang time bulan puasa lah..tapi kalau nak jugak makan somtam nih di hari hari biasa..korang panjat pokok betik untuk ambik buah yang sesuai and buatlah somtam sendiri guna lesung batu kat rumah tuh. 


haaa! ini pulak kesukaan aku..serious sedap kalau makan panas panas! macam macam ada! kalau time sekolah dulu , ada sorang akak jual makanan macam nih..aku dengan kawan kawan semua mesti singgah gerai akak nih sambil tunggu bas. rindu nak sekolah balik lah..huargghhh!


ini pulak makanan kegemaran semua orang! hehe..AISKRIM..kalau tak silap aku ..aiskrim pulut...macam macam kat dalam nih..ade kacang..ade..ermm...tak ingat..tapi memang sodap!..thanx kawan kawan sebab ajak aku keluar jalan jalan dengan korang..aku buat entry nih sebab  aku rindu korang sebenarnya..dah lama sangat tak jumpe..harap harap time raya nanti boleh lepak sama and kalau boleh..aku nak korang bagi aku duit raya banyak banyak..heehe..

Rabu, 4 Julai 2012

Malaysia 1st International Theme Park - LEGOLAND : Opening 15 September 2012

Yeah!! Legoland now in Malaysia. aku pasti ramai kanak kanak mahu pon yang dah berumur ( dewasa ) tak sabar sabar nak ke Legoland nih terutama sekali penduduk yang memang asal dari johor.



pictures from www.legoland.com.my

besar kan Legoland nih! kalau nak explore everything dalam satu hari memang tak cukup masa lah! aku rasa bila Legoland nih dah mula beroperasi, banyak travel agensi yang menyediakan perkhidmatan inbound akan mula mempromosikan tempat nih sebagai salah satu tarikan di Malaysia.


Picture from www.legoland.com.my

Maklumat yang aku share dengan korang nih sememangnya tidak lengkap, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang harga tiket dan lain lain, korang boleh ke official website LEGOLAND. dengan menaip WWW.LEGOLAND.COM.MY ..tak sabarnya! :)

Selasa, 3 Julai 2012

( Video ) Pre Wedding Irma Hasmie Ibrahim dan Redza Syah Azmeer Radzuan

oh ya,,ya..ya..semua orang dah tahu and semua orang dah tengok dah! tapi aku nak post and share jugak pasal nih sebab aku suka tengok video nih aku suka kisah cinta dorang yang jarang lah aku dengar..bertemu jodoh di mekah..wah! best kan..apa apa jom jom tengok video nih..and dengar kisah mereka..



Redza Syah Azmeer Radzuan & Irma Hasmie Ibrahim 

Isnin, 2 Julai 2012

Hujung Minggu - Renaissance Hotel Kuala Lumpur

Hujung minggu adalah hari yang ditunggu tunggu! ada yang nak rehat kat rumah sambil tengok Melodi..ada yang dah buat plan awal awal nak pergi holiday or jalan jalan..Hujung minggu aku pulak? biasanya kalau hujung minggu, aku akan ke rumah abang aku, buat apa apa yang patut, macam basuh baju ke *ececeh..macam rajin kan!..kalau tak ke sana pon, aku akan duduk rumah and online 24/7. Tapi, weekend yang lepas aku ada aktiviti sikit, thanks to my officemate sebab extend tarikh voucher "2D1N Stay at Renaissance"..kalau tak memang melepas aku nak stay kat sana secara percuma tanpa apa apa charge! LOL. yup!! hujung minggu yang lepas, aku habeskan masa lepak kat Renaissance.

Renaissance Hotel East Wing

Pada yang mungkin tak tahu, renaissance Kuala lumpur ada East wing dan Jugak West Wing..aku stay kat kat East Wing! Superior Room. ermm..aku tade pulak snap gambar bilik untuk tatapan korang..tapi aku nak tunjuk jugak suasana dalam bilik tuh.kat bawah nih ada video yang aku ambik kat youtube...


Superior Room at East Wing

pada pendapat aku, bilik nih agak selesa dan yang paling syok..kita boleh tengok KLCC dengan jelas..bayangkan kalau malam..mesti cantik punyer lah view die..tapi sayang, aku lupa nak snap sebab penat sangat merayau..bila balik bilik terus tidur kat atas tilam empuk tuh..huhu.


tapi besoknya tuh, aku tetap snap jugak gambar KLCC nih untuk korang tengok..ini view of KLCC from my room..and lastly aku nak tunjuk korang satu gambar nih..


eh! sapa dorang nih? kalau nak tahu..tunggu entry akan datang..aku tak larat nak taip panjang panjang..sampai sini jelah dulu yer..selamat berblogging semua!