Sabtu, 24 Disember 2011

Strawberry Park Resort Cameron Highlands

Strawberry Park Resort! walaweeehh! cun abes scenery kat sana! dengan bangunan yang ala ala english style. Everything is perfect. kebanyakan orang yang berkunjung ke Cameron Highlands akan menginap di Strawberry Park Resort sebab kedudukannya jauh dari bandar and tinggi di atas bukit, walau pon sekarang ini ramai yang cakap  cuaca disana tak sejuk macam dulu but still considered ok bg aku.



sekarang percaya tak cakap aku.cun kan view kat sini.aku snap time pagi pagi before gerak ke penang.seriously memang seronok stay kat sini even for one night only. breakfast yang dorang sediakan pon yummylicious. macam macam pilihan ade sampai terlupe nak snap gambar.hehe.




if aku tak silap bilik yang aku stay nih dorang panggil studio room.Nice kan.kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Strawberry Park resort KLIK SINI .ok la guys.untuk entry kali nih aku just update pasal one thing je sebab malas nak taip2.hehe.so, for the next entry aku akan story pasal Orang Utan plak.

Butterfly Park + Cactus Point

sambungan lagi dari entry Strawberry Farm + Tea Plantation...

Butterfly Park


aku amek satu gambar rama rama je kat sini.kalau amek banyak pon same je.tak syok sangat butterfly park nih sebab rama rama tak banyak.


Gambar scorpion nih aku snap time kat Butterfly Park juga! bukan rama rama jer yang ade kat sini.selain dari scorpion, aku dapat tengok leaf frog, tarantula etc...

Cactus Point



macam macam jenis cactus ade kat sini. tak sia sia datang sini..even tak beli ape ape pon still ok what sebab dapat tengok cactus yang pelik pelik!

Isnin, 19 Disember 2011

Strawberry Farm + Tea Plantation

hye guys..korang still ingat lagi entry Cuti Cuti Malaysia Part 1 ?? atau sengaja buat buat tak ingat..atau pon jugak belum lagi bace.so, tunggu ape lagi..click je link tuh and bace lah..huuhu.untuk entry kali nih aku nak sambung lagi journey kitorang ke Cameron Highlands. Dalam entry yang lepas, tempat terakhir yang aku pergi adelah Native Settlement. untuk entry kali nih aku nak bawak korang ke Ladang Strawberry di mane korang boleh beli berbakul bakul Strawberry.


Yummy tak? merah mak ngah kaler die.hoho.

setiap barangan dan juga makanan di sini berasaskan strawberry, contohnya macam aiskrim strawberry, bantal strawberry..bla bla bla..kami singgah kat ladang strawberry tak lame sangat sebab excited nak pergi ke Tea Plantation pulak.


cer tengok ladang teh nih.. macam carpet pon ade kan..


kitorang jugak sempat ke Sungei Palas Tea Centre di mana korang boleh beli Teh pelbagai jenis dengan harga yang berpatutan.