Sabtu, 24 Disember 2011

Strawberry Park Resort Cameron Highlands

Strawberry Park Resort! walaweeehh! cun abes scenery kat sana! dengan bangunan yang ala ala english style. Everything is perfect. kebanyakan orang yang berkunjung ke Cameron Highlands akan menginap di Strawberry Park Resort sebab kedudukannya jauh dari bandar and tinggi di atas bukit, walau pon sekarang ini ramai yang cakap  cuaca disana tak sejuk macam dulu but still considered ok bg aku.



sekarang percaya tak cakap aku.cun kan view kat sini.aku snap time pagi pagi before gerak ke penang.seriously memang seronok stay kat sini even for one night only. breakfast yang dorang sediakan pon yummylicious. macam macam pilihan ade sampai terlupe nak snap gambar.hehe.




if aku tak silap bilik yang aku stay nih dorang panggil studio room.Nice kan.kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Strawberry Park resort KLIK SINI .ok la guys.untuk entry kali nih aku just update pasal one thing je sebab malas nak taip2.hehe.so, for the next entry aku akan story pasal Orang Utan plak.

Butterfly Park + Cactus Point

sambungan lagi dari entry Strawberry Farm + Tea Plantation...

Butterfly Park


aku amek satu gambar rama rama je kat sini.kalau amek banyak pon same je.tak syok sangat butterfly park nih sebab rama rama tak banyak.


Gambar scorpion nih aku snap time kat Butterfly Park juga! bukan rama rama jer yang ade kat sini.selain dari scorpion, aku dapat tengok leaf frog, tarantula etc...

Cactus Point



macam macam jenis cactus ade kat sini. tak sia sia datang sini..even tak beli ape ape pon still ok what sebab dapat tengok cactus yang pelik pelik!

Isnin, 19 Disember 2011

Strawberry Farm + Tea Plantation

hye guys..korang still ingat lagi entry Cuti Cuti Malaysia Part 1 ?? atau sengaja buat buat tak ingat..atau pon jugak belum lagi bace.so, tunggu ape lagi..click je link tuh and bace lah..huuhu.untuk entry kali nih aku nak sambung lagi journey kitorang ke Cameron Highlands. Dalam entry yang lepas, tempat terakhir yang aku pergi adelah Native Settlement. untuk entry kali nih aku nak bawak korang ke Ladang Strawberry di mane korang boleh beli berbakul bakul Strawberry.


Yummy tak? merah mak ngah kaler die.hoho.

setiap barangan dan juga makanan di sini berasaskan strawberry, contohnya macam aiskrim strawberry, bantal strawberry..bla bla bla..kami singgah kat ladang strawberry tak lame sangat sebab excited nak pergi ke Tea Plantation pulak.


cer tengok ladang teh nih.. macam carpet pon ade kan..


kitorang jugak sempat ke Sungei Palas Tea Centre di mana korang boleh beli Teh pelbagai jenis dengan harga yang berpatutan.


Selasa, 25 Oktober 2011

CAPTURED BY [ IBN ZAKARIA ]


Taman Tasik Titiwangsa

Kuala Lumpur Convention Centre
Taken By Ibn Zakaria [ click the link for more photos ]

Ahad, 23 Oktober 2011

Industrial Training.

Assalamualaikum blogger blogger yang ku sayangi sekalian..

cehhhhh! hari ahad yang sungguh ceria. sesuai untuk sesi berpidato..boleh?..kih kih..Almost two weeks aku tak update ape ape kat blog ni. almaklumlah sebok je memanjang. final pon dah selesai...until now result pon tak tau macam mane.tapi  aku dah start praktikal. minggu pertama dah pon selesai and still ade 3 bulan 3 minggu lagi untuk aku abeskan.entry kali nih aku just nak share pengalaman aku selama seminggu aku berada kat sana.

first day, aku datang awal giler. dalam 7.30 pagi da sampai office. disebabkan aku nervous, tunggu je la kat luar office tuh sampai jam 8.30 pagi. then baru aku masok. time tuh aku tunggu kat meeting room sampai jam 9 pagi. After that barulah sesi orientation bermula. for the first day, aku tak buat ape ape pon. HR Manager Company tuh just bagi introduction about the whole company and kenalkan aku kat semua workers dalam company. A little bit bored la jugak sebab after lunch tade kerja langsung.

second day, dorang bagi aku kerja...kerja tuh sebenarnya tadelah susah sangat nak buat tapi disebabkan nervous, aku jadi kelam kabut and there were so many errors.. kesian workers lain kena mara sebab aku buat kerja lembab sangat. aku tak boleh nak tolong dorang betulkan balik kesalahan aku tuh. takut nanti jadi lagi teruk plak.


the next day pon sama. aku buat task yang sama. its okeyh la kan sebab aku kene betul betul mahir buat kerja tuh dulu baru leh buat kerja lain. betul tak? betul tak?. lepas lima hari aku buat task yang sama, dorang nak aku belajar how to print Welcome Kit.kalau nak print Welcome Kit nih kite perlu alert dengan tarikh. if not, korang akan bazirkan  kertas and dakwat printer je. and akan bagi masalah untuk pekerja lain jugak. aku harap kerja kerja semalam tade errors. kalau tak matilah aku kene marah nanti. just pray to God that nothing bad will happen tomorrow..oklah guys. ave a nice day!

Jumaat, 26 Ogos 2011

Asyik asyik pasal edy zaidi.

Kenape?kenape?kenape hah? Korang jeles ke aku asyik cakap pasal blog edy zaidi jer.aku excited sangat pasal GA tuh.biarlah.kan EDY ZAIDI.hoho.so, anyway, kali nih aku nak cakap pasal GA tuh lagi,kalau tak suke bace klik je button X kat hujung belah kanan tuh.bole?

Ok.semalam aku bertolak balik dari alor setar ke Kelantan dengan penuh pancaroba dan dugaan.nanti aku citer kat korang experience yang kononnya penuh dengan duri duri kehidupan tuh. tapi sekarang nih aku nak show off hadiah GA yang aku dapat.kalau tak tunjukkan kat korang rase macam tak lengkap plak kan.hehehehhe.*saja nak bagi korang jeles.so,sila jeles sekarang.

ek eleh.baru menang sekali.dah kecoh.tak jeles langsung.

Silalah silalah.tengok yer,aku amek gambar dari tiga penjuru.depan.kanan.dan kiri.supaya korang dapat tengok dengan jelas.SILA JELES LAGI.








p/s : selamat hari raya maaf zahir dan batin

Khamis, 25 Ogos 2011

typing error

typing error? korang pahamkan ape yang aku tulis! kalau tak paham google.malas nak terangkan panjang panjang sebab aku bukan translator sampingan.ok.korang pernah tak salah taip sesuatu perkataan?.MESTI PERNAH KAN.KALAU TAK PERNAH TUH, KAU BUKAN MANUSIA KOT.paham? kalau tak pernah typo pon.kau iyerkan je ok.


ohhh..typing error..ok ok.now i get it!!


YANG KAU DOK TANYE ORANG.KAU TUH PERNAH KE TAK HAH LUQMAN ZAKARIA?.mestilah pernah...ade tuh sampai blushing.merah pipi aku.MERAH KE?KULIT PON MACAM KUALI HANGIT.ok.ok.aku tipu.tak merah pon.tapi malu tuh ade la.sebab ape??malulah sebab kalau salah taip nih orang akan gelakkan kite.tapi kalau aku bace balik ape yang aku tulis tuh boleh buat aku gelak sampai terkeluar anak tekak.


hihihihiihihihh..kelakarnya kau..typing error..hihihihiihihhi

kat sini ade dua contoh typing error. contoh yang pertama.actually,based on my experience.aku log in facebook and then as usual,mesti nak up status bagai kan.sometimes tuh nak berak pon boleh cakap kat status kan.macam lah aku tak tahu korang nih.back to the real topic.aku dengan semangatnya nak update status pasal nasi kerabu.

"kejap lagi nak pergi bazaar ramadhan la.nak beli air oren dengan NASI KERABU"

sapatutnya status macam tuh la aku nak tulis kat facebook tapi sekali aku tertulis macam nih.

"kejap lagi nak pergi bazaar ramadhan la.nak beli air oren dengan NASI KERBAU"

haaaa, nampak tak typing error disitu kan,tapi nasib baik lah aku nih jenis yang baca dulu before post status,kalau tak memang banyaklah komen cerca mencerca dari sahabat handai facebook.aiyak..itu kesah aku.ade jugak member aku yang buat kesalahan yang sama,contohnya macam nak hantar mesej kat member member.

sepatutnya.

SALAM, kau watpe tuh?bile nak datang rumah.

jadinya macam nih.

SALMA,kau watpe tuh? bile nak datang rumah.

mesti member die pelik kan.salma mane lah kau nk mesej sebenarnya kan.haha.biasalah tuh. kesalahan insan bergelar manusia biasa.kalau korang plak.ade tak kejadian yang macam nih jadi kat korang semua.cer share sikit.

Rabu, 24 Ogos 2011

kuey teow iman

KUEY TEOW IMAN.itulah nama kedai yang jadi pilihan kami ( sape kami tuh?? ) sebagai tempat berbuka puasa pada 23 August 2011.ceh ceh.siap bagi tarikh nih.untuk mengelakkan salah faham bagi orang yang tidak faham.ok.persoalannya kenapa aku capital letter kan KUEY TEOW IMAN tuh??agak agak korang kenape? cer teka cer teka.LETAK BESAR BESAR NAME KEDAI  DENGAN HARAPAN BILA TAUKE KEDAI KUEY TEOW IMAN TUH BACA, BELIAU AKAN BAGI AKU MAKAN PERCUMA KALAU AKU SINGGAH KEDAI TUH LAGI.boleh??


"bole la..bole la..bagi free sekali jer..pleaseeeeee! " kalau aku buat muke cute camni confirm boleh dapat makan percuma kat kedai tuh tiap tiap hari.


kalau sebut KUEY TEOW IMAN orang semua dah tahu makanan wajib yang perlu ada adalah char kuey teow la kan.aku nih bukanlah peminat fanatik char kuey teow.aku memang tak makan pon makanan pelik pelik nih.MAKANAN TUH KE ATAU AKU YANG PELIK? PLEASEEE JAWAB DENGAN IKHLAS.ape ape pon saksikan lah gambar gambar di bawah ini dengan kusyhuknya ok.


kat sana bukan ade benda alah yang berkaitan dengan KUEY TEOW je.makanan lain pon ade. macam kat atas nih nasi ayam.selain tuh, western food pon ade jugak.serious sedap sehingga tergugat iman kawan aku. NURUL AISHAH.*sengaja aku besarkan name kau chah.hahahaha.


fish and chip *entah betul ke tidak name die fish and chip.aku tibai je letak name.aku bukan mat salleh pon nak ingat ingat name makanan western T__T COVER MALU.


chicken chop! sedap weyh,seriously like OMG.



yang nih aku tak suka sangat kuah kacang die.tapi bole la.so so bunch.okbai.

kate makan kat KUEY TEOW IMAN.char kuey teow sepinggan pon tade kan kan kan.ade je gambar.malas nak letak.sebab aku tak suke.okbai.*serious aku anti benar dengan ayat *OKBAI*..tapi aku guna je.tak nak ditinggalkan arus pemodenan  yang kononnya moden sangat tuhh..okbai.T______T.

Ahad, 21 Ogos 2011

pengsan di bazaar ramadhan

ok.aku tipu.tadenya nak pengsan pengsan kat bazaar ramadhan.jatuh saham kalau pengsan merata nih.haha.well.aku bukanlah nak cakap pasal kes KALAU PENGSAN BERAPA PERCENT SAHAM KAU JATUH.tapi aku nak cakap pasal pilihan makanan yang ade kat bazaar ramadhan yang boleh menyebabkan kite nih pening lalat nak beli sampai sengket duit dalam wallet.


aduhai.pening pening.nak beli ape kat bazaar ramadhan nanti ek.boleh dilemma aku

tengok gambar kat atas tuh kan.macam tuh lah reaksi aku tiap tiap hari bila nak pergi bazaar ramadhan.TAPI POSISI TANGAN AKU BUKAN MACAM TUH OK.bila pergi bazaar ramadhan,nak beli air je pon boleh jadi macam nak pilih baju raya.rambang mata dibuatnya.macam macam kaler.hijau,oren,merah,purple.macam macam ada.KENAPA BANYAK SANGAT PERKATAAN "MACAM-MACAM" DALAM PERENGGAN NI HAH????.*cikgu bahasa melayu jangan marah saya.


cikgu : kecik besar kecik besar je tulisan kau kan.aku cepuk jugak kau dengan buku nih kang.

anak murid yang soleh : IM SORYYYYY.


kalau bab nak pilih makanan plak.pusing pusing dua tiga kali baru boleh beli.kat bazaar ramadhan nih banyak pilihan makanan.tapi seingat aku.kalau bukan NASI KERABU.aku akan beli NASI DAGANG.kalau tak pon NASI AYAM.3 jenis makanan nih aje jadi pilihan dihati,cehhhh.kan.KORANF PLAK MACAM MANA? CE STORY.CER STORY.


untuk makluman korang ini bukan kepala aku.SERIOUS

Sabtu, 20 Ogos 2011

ayat sindiran di bulan puasa.

Disini Luqman Zakaria A.K.A Arepnakbebel bukanlah nak sindir sape sape di bulan ramadhan nih. tapi nak korang tengok gambar kat bawah nih.

klik klik

silalah korang baca perkataan yang aku highlight tuh.semuanya pasal AYAT SINDIRAN.kalau nak renungkan balik, agaknya kenapa AYAT SINDIRAN jadi keyword pilihan dorang? maybe dorang nak cari ayat sindiran yang sesuai sebagai senjata untuk mencerca orang yang buat dajal kat dorang.atau pon mereka search pasal AYAT SINDIRAN semata mata untuk hiburan.MANUSIA.biasalah.kalau tade entertainment tak bole hidup gamaknya.


cube tengok pompuan dalam keta kat belakang tuh..rase macam nak sepak je muke die..mesti tengah gelak kat pompuan baju biru yang kena cerca dengan laki tuxedo tuh kan.

well, di sini aku cume nak cakap.kurang kurangkan lah aktiviti sindir menyindir di bulan ramadhan yang mulia nih.bukan elok pon.tambah beban dosa adalah.bukannya aku nak lecture korang tapi ini j sebagai reminder untuk diri sendiri jugak.maklumlah mulut aku pon bukan lah baik mane pon.pantang nampak benda pelik depan mata mulalah nak cerca.haha.so, sama samalah kita kurangkan aktiviti tidak berfaedah nih yer.usaha tangga kejayaan.boleh?

Selasa, 26 Julai 2011

BILA MERCUN BUNYI..TANDA PUASA NAK MULA??

serious betul aku cakap.kalau kat kampung aku .especially jiran sebelah rumah yang paling aku sayangi selalu mengamalkan tradisi maen mercun bila puasa nak mula.benci! benci! benci!.sangat sweet kan cara aku membenci mereka.oppss! sori..tak benci tapi tak berapa suka la kalau dorang asyik buat perkara yang macam tuh everyday kan.korang suke ke kalau hari hari terpaksa dengar bunyi mercun.kuat plak tuh.kalau mercun bawang aku boleh lagi terima dengan redha tapi kalau mercun yang bunyinye tuh boleh buat semut pekak.aissh..memang taklah kan.


kalau nak diikutkan..memang la aku nih bukan jenis yang baik, sopan santun serta bersikap budi pekerti yang selalu di katakan ( kenyataan benar dan fakta :P ).tapi at least aku tade la buat something yang obviously akan menimbulkan kemarahan orang ramai.kalau nak meraikan  bulan puasa sekali pon.please la buat sesuatu yang berfaedah.dari bazirkan duit untuk beli mercun baik bagi aku boleh jugak beli juadah berbuka puasa.adelah jugak pahalanya.

p/s : sekian sudah ceramah sempena bulan puasa nih.

Sabtu, 16 Julai 2011

I am so glad to have you as a friend.

thank you so much for being a friend of mine.kalau kire kire balik dah dekat 8 tahun kite kawan.aku ingat lagi mase form 1.aku student sekolah kebangsaan nik daud and kau plak sekolah kebangsaan gual jedok.masuk form 1 kite satu kelas.tapi yang seronoknya bile ingat balik semua nih. bebudak sekolah kite masing masing duduk berasingan.berpuak puak.sekolah kau satu bahagian and sekolah aku plak bahagian lain.kelakar giler.


kau ingat tak kite pernah gaduh?? mungkin banyak kali tapi yang aku paling ingat and susah nak lupe time trofi pusingan kelas paling cantik and bersih jatuh kat lantai kelas.aku dah lupe la plak time tuh tingkatan berape.masing masing bertikam lidah tak mengaku kesalahan.walau pon aku tahu tuh semua salah aku.haha. tapi tak lame lepas tuh kita baik balik.

telenovela RUBI dengan LA MUJER EN EL ESPEJO. boleh dikatakan favorite kan.sampaikan language dorang pon kite belajar.haha.ingat lagi dalam kelas.time tuh kau bawak handphone kot.dengar lagu la mujer kat dalam kelas.kau ingat tak??

yang paling best.kite buat studi group kat sekolah.studi plak kat kantin .tak leh blah.kau je kot yang studi.aku plak?? meniarap kat rumput.ambik ambik gambar.abes gatal2 badan aku.rajin kan kite studi sampai guard datang sound..pastuh aku pon #$#%$%$%^^& *censored! haha.

curi gambar kau kat fb!

kalau nak cakap pasal kenangan tuh memang banyak giler. ini baru sikit DEAN. time kasih sebab jadi kawan aku.kalau ade benda yang aku buat sakitkan hati kau.aku minta maaf.hehehe.thanx jugak sebab kau banyak tegur aku kalau aku buat salah.maybe kau rase benda nih mengarut or ntah pape tapi aku memang appreciate persahabatan kite nih sampai bile bile.hehe :P 

Jumaat, 8 Julai 2011

If I were a superhighgeniuspersonintheuniverse

Hye guys..hye people..assalamualaikum..

Ehemm..aku nak Tanya korang. tak kesah la dalam ape bidang pon yang korang pernah ceburi sebelum nih. Korang mesti ada satu or dua  pencapaian excellent yang boleh di banggakan! betul tak? Kalau tak betul aku susun sepuluh jari kaki mintak lari sebab takut kene sepak ngan korang semua!hohohooh. tapi korang mesti ade kan. contohnya macam menang pertandingan lumba lari tanpa henti dalam guni ke or pernah menjadi wakil untuk permainan jutaria peringkat sekolah ke ? ade tak?

Kalau aku.aku tade! Senang citer tade pape pon yang aku buat dulu or sekarang nih yang boleh  dibanggakan or di ingati oleh orang melainkan kejadian teruk seperti jatuh  longkang and terlanggar pintu office kat kolej time nak balik rumah.heee.

Aku jealous jugak bila tengok kawan kawan aku dengan bangganya balik rumah cakap kat mak “ mak!! Saya menang pertandingan carik gula gula dalam tepung and tanpa segan silunya tunjukkan hadiah Tupperware kaler ungu yang dia menang tuh sambil buat muka tenuk tahan berak!..ishh! bangga sangat la tuh.kat umah aku tuh bukan tupperware ungu je yang ade, kau cakap je nak bentuk yang macam mane! yang petak? Segi tiga? Bulat? Semua ade!!! ” walhal aku dengki sebab tak menang pape.haha.boleh plak kan.

bila tade benda yang hebat pada diri kita untuk dibanggakan.definitely, kite akan rase down. Bukan semua la. tapi untuk orang yang less fortunate macam aku nih absolutely akan rasa macam tuh. tapi aku try carik something dalam diri aku untuk buat orang recognize aku. Buat orang rase yang aku nih actually wujud and aku nih sebenarnya orang yang berguna.

aku suke belajar bahasa inggeris sejak aku umur 7 tahun. So, aku rase, maybe there’s something yang aku boleh buat berkaitan dengan English language yang boleh buat orang laen cakap “woww” kat aku! Sampai sekarang aku tk pernah jemu dengan bahasa inggeris. Sekarang nih aku tengah belajar dalam Tourism Management. Dalam bidang nih. English is very important.so aku harap one day. My parents akan bangga dengan pencapaian aku.Insya-Allah.amin.

Ahad, 26 Jun 2011

I am not so satisfied but ok la rather than…

What am I talking about? Well, it’s all about Malaysian University English Test (MUET).  I got band 3 for this test. At first, aku rase macam “alamak! Kenape band 3, orang len boleh je dapat band 4! Why??why??!

After a few minutes later..

Someone said “ok la tuh kau dapat band 3! Aku nih! Band 2 je“. betul jugak ape yang dorang cakap.aku seharusnya bersyukurlah kan dengan ape yang aku dapat. Even thought orang yang tengok or tahu pasal result MUET aku akan cakap yang aku punyer English very damn teruk,but  it’s ok for me. Mungkin for now, my English memang teruk and buktinya ade tercetak kat kertas putih tuh. Tapi satu hari nanti my English akan jadi lagi better and at that time, they will realize that my English is much more better than before. ( aku pon tak paham ape yang aku melalut sekarang nih.tapi yang penting one day..i will master English language!! ).

For friends yang dapat band 3 and above.tahniah buat korang . untuk yang dapat band 2. Janganlah risau sebab korang ade peluang untuk ambek MUET  lagi. Just don’t give up! Aku pon bukannya nak bangga diri atau mudah bersenang hati dengan keputusan MUET tuh tapi selagi kita ade peluang selagi tuh lah kita cube sampai kite Berjaya. Sebenarnya nih peringatan untuk diri sendiri jugak.sama samalah kita doakan kejayaan masing masing. Amin.

Rabu, 20 April 2011

aku BOHONG kawan aku!

p/s : entry merapu...

kenape tibe tibe je korang angkat kening ziana zain kat aku nih??sebab aku bohong kawan aku?ek? ish korang nih."jangan terus nak judge melulu cam orang tiga suku.dengar dulu penjelasan dua dua belah pihak."haha.pergghh! ade macam kes AYAM HILANG DARI REBAN KENA TANGKAP NGAN JIRAN SEBELAH RUMAH.PASTUH AYAM TADI TUH DIMASAK KARI SERTA DIKONGSI DENGAN TUAN PUNYER AYAM YANG HILANG DARI REBANNYA TADI???....tak?? ( ayat macam keling.tak paham pless google ).

pulang ke jalan yang benar.....


sebenarnya ade member aku nih.cakap rindu sangat nak makan NASI KERABU.teringin sangat nak makan sebab dah lame tak balik kelantan.


aku cakap kat die yang aku tak makan nasi kerabu.walhal..T__T aku pon kepingin jugak sebenarnye.saje nak bajet COOL! sebab tu cakap bohong..haha.tipu la kalau aku tak rindu kan.dah lame tak balik kampung kot.semua makanan yang ade kat kelantan tuh aku rindu *termasuk lah yang aku tak pernah makan pon..huwaaaaaaaaaaaaaa.

Sabtu, 2 April 2011

Treasure Hunt

seronok.thats the only word yang dapat digambarkan.walaupon ade some of them said "ermm,biase biase je" tapi bagi aku, aktiviti tadi sangat menyeronokkan.nothing much to say.just nak share beberapa gambar yang aku sempat snap tadi.


tadi before start aktiviti.aku sempat snap gambar rumah nih.cantekkan view.rumah pon klasik je.


awal awal pagi dah kene kumpul yer.huhu.time nih semua muka cam ape ntah sebab ngantuk lagi.


time ninh seronok.kitorang kena susun huruf tuh jadi perkataan "TEAM WORK ".kecoh satu taman sebab susah nak buat.mana tak susah kalau kene buat sambil tutup mata.


bina bangunan guna bahan terbuang!nih je la yang mampu kami buat.tapi explanation pasal bangunan yang direka memang .tapi at least we have fun kat sana.and suprisingly dapat markah 83 untuk rekaan + explanation yang bagai bagai.hehe.


semua dah penat.kumpulan kami tak menang tempat pertama tapi thank god sebab kitorang boleh habiskan semua klu yang diberikan.ade jugak group yang tak sempat nak habiskan semua.and dorang kene denda nyanyi lagu kat depam semua orang sambil buat gaya.hehehe.


dorang memang sporting kan.

p/s : penatttttttttttttttttt~

HIKAYAT HELMET MS!

haha.actually dah lame kot aku nak citer pasal helmet aku nan satu tuh kat blog nih tapi tade mase la plak.perggh.macam kerja jadi menteri kan busy memanjang.nak dipendekkan cerita.helmet aku dah seminggu rosak.maksudnya??tengok gambar kat bawah ni hah.


dalam seminggu jugak la aku pakai helmet nih tanpa di repair balik!tapi cmne nk guna kalau dah rosak cmni kan.haha.ada caranya.aku pakai helmet nih sambil pegang "bogo" tuh 24 jam!lenguh jugak jari jemari nih smpai timbul muscle muscle di sekitar tangan.haha.namun begitu.cehhh.aku dah baiki balik.dah elok da.tak perlu nak cover cover pegang "bogo" bile naik moto.

p/s : treasure hunt agak best jugak.nak update nanti.heeeee.

Sabtu, 19 Februari 2011

GREENHEART phones!(sony ericsson)

have you ever heard that before guys?? fuh! aku pon tak pernah dengar! tapi after aku survey kedai phone kat mall semalam and i found out that ade phone yang so green!! i bought it last night ( GREEN HEART PHONE)sebab i got no phone to use !*actually ade!but yang the cikai one,sampai nak mesej pon need to wait lame giler!

then??what is so green about this kind of phones? kalau korang nak tahu Sony Ericson are very committed to helping us make greener choices for life by offerring great products with a low environment impact!! wow!!that's awesome right!


this is Sony Ericsson J10 and it's SOoo Green!! 

for your information, phone nih ade satu application called " Eco-mate"!! once again...what is sooooo good about it??

Eco-mate walk application :Helps us make a greener choice by showing CO2  reduction you achieve by walking instead of driving the same distance by car!!

recycle phone??? Yup!! thats right! if dont believe me?? just click this www.sonyericsson.com/recycle/



p/s : cool yaaa!!

Sabtu, 22 Januari 2011

YUNA -Bulan Ditutup Awan



wahai janji setia sudah diucapkan

aduh! kata bersumpah telah ku padukan

kini engkau pergi jauh

membawa diri tinggal daku

seorang dalam sunyi sepi

nun bulan ditutup awan terkenang

hati bertambah rawan

wahai jikalau ku tahu janjimu palsu

tidak kuturut sedari dahulu

ulang 2x

p/s : best lah lagu nih! arep bagi lirik untuk korang nak nyanyi senang!hehe :p tapi mp3 tade la..korang search kat youtube okeyh!hoho:P

Jumaat, 21 Januari 2011

thank you dude!

terima kasih untuk siapa? semestinya untuk orang yang bagi inspiration kat arep untuk teruskan aktiviti  berblogging! maybe bloggers tuh tak tahu actually dorang dah bagi arep satu feeling yang boleh buatkan arep mula berblogging balik after a few months tinggalkan blog arepnakbebel dalam keadaan tenat.siapakah bloggers tersebut??






seingat arep!arep follow blog beliau nih hujung semester 3! arep memang suka baca entry blog dia!why?reason yang arep nak bagi cukup simple! blog budaklelakisebelahpintu nih  seriously memang best and tak bosan! arep takkan terlepas peluang untuk baca blog beliau! selain itu, arep suka every part of his blog! sampai arep terikut ikut dengan cara dia make up blog dia! im so soory la hizami kalau ada persamaan dalam jenis font entry and layout ( white ).blog beliau memang best.kalau tak caya terjah lah!terjah!terjah!

entry baru blog budaklelakisebelahpintu :

Koleksi Rantai Kunci Yang Comel Lagi Gojes





writetoasphaq is super duper lawaking! itulah sebab kenapa arep suka baca entry blog dia! sometimes tuh teringin jugak nak ada entry yang boleh jadik lawak macam entry dia! jeles!jeles! serious! kalau korang rasa macam bosan terjah lah blog ashpaq! kompen gusi korang tak kering sampai besok pagi!

entry baru blog writetosaphaq :

p/s : thank you guys!

Selasa, 18 Januari 2011

backstabber is a life saver? is that true?

korang rasa betul tak apa yang arep cakap? backstabber is a life saver!! bagi arep betul! sangat betul and benar! WHY?WHY?

arep rasa tak perlulah diterangkan lagi apa maksud BACKSTABBER tu kan! every single human being mesti tahu kan! kat kolej arep memang banyak manusia yang macam nih! senang citer " kawan makan kawan "..hadoi! aneh betul! punyer la banyak food court kat alor setar nih! kawan sendiri juga nak di makannya! kalau species cannibal tuh boleh la dimaafkan tapi kalau species yang makan kawan nih memang tidak sama sekali la kan.

kenapa backstabber is a life saver?

kita sepatutnya berterima kasih pada species yang macam nih sebab dia buat kita sedar yang kita perlu jauhkan diri kita dari meraka ! sekali kita dah ditikam oleh dorang mestilah kita dah mula sedar and tak nak benda benda yang tidak diingini berlaku lagi.

one more thing, thank you damn much for them jugak sebab buat kita lebih berhati hati memilih kawan! kalau dulu kita accept semua orang just like that without knowing anything about her / him tapi sekarang kita akan lebih teliti dalam memilih siapa kawan and siapa lawan! betul tak?

jadi, sudah jelas kat sini yang backstabber is a life saver! so, jangan benci backstabber! sayangilah mereka kerana mereka banyak membantu kita!

p/s : this is just an opinion and hope that readers boleh share pendapat tentang isu nih sebab isu nih semakin berbuih buih di persekitaran arep!



Sometimes it’s your closest friends who end up hurting you more than your worst enemies ever could.

Ahad, 16 Januari 2011

“Blog Saya Nak Domain!!“

ataupon just push the banner!

This is so interesting! i want to have my own domain! kenapa? saya inginkan domain sendiri sebab bloggers and readers blog nih akan lebih senang untuk search my blog! lagi pon saya memang serious dalam berblogging! pihak advertiser akan memberikan kepercayaan kepada saya untuk meletakkan iklan mereka ke blog saya!dan secara langsung.. 100% arepnakbebel akan jadik hak saya sepenuhnya!

mangsa tag :








thank you eyriqazz!

unexpected! aritu blog beliau ( eriqazz ) ade buat contest yang really simple! easy to joined! without kene buat entry yang berjela jela dah boleh joined! without ragu ragu aku pon pon aje la! contest yang beliau buat nih berkaitan dengan duit! we need to create our own quote about money!

"THERE IS NO HONEY IF YOU GOT NO MONEY!"

then! without expect ape ape!aku terjah blog beliau arini! nak tengok qoute siapa jadi pilihan! tak sangka bila aku scroll down ade nama aku terpampang kat dalam entry tuh! aku menang 5 GTO pointz! nih kira aku punyer first winning! thnk you bro!

Sabtu, 15 Januari 2011

Ben Ashaari : Masihkah Kau Ingat?


BEN ASHAARI ( jom singgah blog beliau untuk join!)

first sekali nak cakap pasal mula mula arep berblogwalking dulu! masa mula mula tuh arep tade la minat sangat berblogging nih! kira macam nak mencuba teknologi baru!arep ingat blog nih macam digital diary! saja suka suka cube benda baru!pastuh..lama lama makin best!tapi ade la jugak dapat kata kata kesat dari orang yang bukan blogger. dorang cakap. "eh! kau datang kolej nih nak belajar ke nak berblogging?".."kau nih buang masa aje buat blog!bukannya ade yang baca pon"..kadang kadang tuh terasa tapi buat dunno aje! then, bila dah lame lame dorang ok and puji pon ade " blog kau best la..kelakar jugak entry2 kau".alhamdulillah!kalau sabar semua akan ok!/

macam yang BA cakap! ada yang datang and ade yang pergi!pernah jugak alami..arep macam terkilan bila ada someone yang berfikiran buruk pasal arep! sampai block arep kaw kaw!tapi macam arep pernah cakap dalam entry lepas.. walaupon dia tade..at least arep ade korang!

arep ade kawan!dia pon buat blog sekali ngan arep! kawan sekolah!dia kawan baik arep! dia yang yang bagi komen pertama  untuk blog arep!kalau tak secara bertulis, secara lisan pon ok la kan!hehehe:P

ermm! arep nih seorang yang kuat pikir negatif! sampai kawan pon cakap jangan terlalu pikir sangat!semuanya ok je! dalam berblogging pon sama!arep ade jugak putus asa! tapi bila arep BW ke blog laen! tengok dorang gigih dalam blogging and dorang pon bagi support untuk arep! semestinya arep akan bangkit kembali~

arep ada kenal seorang blogger baru! siap add arep kat fb! tanya pendapat arep tentang blog baru dia!macam macam dia tanya..heehe:P nasihat untuk blogger baru! 

"jangan pernah give up walau pon kene caci maki dengan orang!apa yang kita buat bukannya salah!lagi pon berblogging lagi berfaedah dari melepak tak tentu hala"

blogger yang arep follow arini and why?

arini pepagi lagi arep dah follow blog ASAM GARAM GULA..
first masuk blog dia! arep tengok header dia!cantek kot! arep teringin nak buat header macam tuh! sebelum follow mesti kene bace dulu kan!blog ni pasal life beliau! arep follow sebab suke dengan cara penulisan dia!tak boring!kalau korang nak baca..push la link asam garam gula kat atas tuh!