Jumaat, 31 Disember 2010

dilemma handphone!

salam 1 malaysia!

dulu masa sekolah susah gila nak tengok member member sendiri pakai handphone tapi sekarang budak sekolah rendah pon dah ada handphone segala bagai!canggih manggih lagi. nak call ayah suruh datang amik kat sekolah pon pakai 3G! hehe. ye ke?


aku dulu dapat pakai handpone masa tingkatan 3 or 4 camtuh lah! dah lupa! tu pon handphone cikai ja! tak mampu nak pakai handphone mahal!korang plak macam mana?

dah bermacam jenis handphone aku pakai! first handphone aku pakai..nokia 3310! cikai kan tapi handphone tuh memang berjasa and tahan lama! hehe :P


nokia 3310


lepas tuh tukar handphone lain plak! handphone nokia 1100i memang best pakai.keypad dia lembut gila.lagi semangat nak taip message! hehe :P phone yg first aku pakai tuh pon terus dilupakan selama-lamanya!.



nokia 1100

abes aje form 5.aku kerja kejap sambil tunggu result SPM! time tuh dah demand cikit sebab ada duit lebih kan! nak pakai la handphone yang canggih ada camera, MMS semua la.beli la handphone baru lg!survey punyer survey aku pon beli la handphone nokia 5300.


nokia 5300

aku pakai handphone nokia nih sampai la aku masuk kolej tapi malang gila nasib aku sebab phone nih hilang ntah ke mana!bila nak masuk semester kedua aku dapat ptptn!aku pon gunakan duit ptptn tuh untuk beli handphone baru.kali nih aku tukar brand! aku pakai sony ericson! sayang gila sony tuh! semua perfect! sony ericson c510

.

sony ericson c510

tapi phone nih aku pakai setahun ja! bukan hilang lagi tapi rosak sebab masuk air masin ! aku pergi pulau kapas aritu and aku terlupa nak keluarkan handphone dari seluar. punyer la seronok maen air ssampai lupa handphone tuh.pastuh aku tukar la ke handphone lain plak. bukan sony or nokia. handphone baru aku tuh brand ximax!


ximax

tapi aku tak suka sangat pakai phone nih.seminggu pakai aku rase macam nak tukar ja ngan handphone lain tapi tak sempat nak tukar lain.kedeboooom! rosak lagi! memang sakit ja hati!

sekarang nih aku pakai phone BranD LG! aku dah try search kat google tapi tak jumpa pon!nampaknya handphone latest yg aku pakai tade kat internet pon! lagi cikai dari 3310~

p/s : sapa nak taja handphone kat aku!




Khamis, 23 Disember 2010

konsert parasit

Baru ja lepas tengok movie romantik leleh leleh air mata sampai abes tisu TESCO aku pakai untuk kesat air mata yang keluar ikhlas dari biji mata aku yang sekarang ini dah tak rabun lagi. Seronok weyh bila aku dah tak payah nak pakai cermin mata yang secara tradisionalnya telah menyembunyikan mata aku yang originalnya berwarna biru. Tapi berubah menjadi warna laen disebabkan refleksi dari cahaya matahari.aku harap korang percaya!
Pasal mata aku tuh korang tak yah la nak fikir sangat. Sebab semua tuh tade kaitan pon dengan apa yang aku nak cita.huhuhu. lepas abes tengok movie yang aku cakap romantik tuh, aku pon masok tidur dengan harapan serta impian yang mengunung akan dapat mimpi yang sangat indah seperti terbang di balik awan yang sangat biru berlatarbelakangkan lagu tema awan dania musim ketiga.tapi Nampaknya tak sempat aku nak tarik selimut ,tiba – tiba aku dengar bunyi orang nyanyi nyanyi sambil main gitar. Kononnya macam konsert paramore la kan. sakitnya hati aku yang suci dan murni nih. Kalau la nak tunjuk bakat sekalipon pergi la audition. Bukannya dorang tak tau yang sekarang banyak gila vavi rancangan realiti untuk cari penyanyi serta bakat bakat lain. Eh!eh! lupa plak.dorang mana ada bakat. Dorang nyanyi sebab nak halau cengkerik dan nyamuk daripada mengigit orang di malam hari. Salah satu cara efektif selain menggunakan racun untuk halau serangga. Sungguh unik suara dorang kan.fuh!
Very uneducated betul sebab dorang patut tahu yang kat kampong dalam jam 11 or 12 malam semua orang dah nak tidur. Melainkan kalau mereka semua menonton rancangan jangan tidur lagi. Ntah pape je dorang neh. Nak berhibur tapi tak kena masa. Dah berapa kali aku dengar dorang kena marah dengan pak cik pak cik area rumah aku. Tapi tak sampai 10 minit kene warning dorang buat balik. Dah liat sangat otak dorang nih semua. Liat macam otak udang galah. Mak ngan ayah aku pon dah tak kesah .hari hari dengar dorang melalak.
Kadang kadang tuh kesian gak kat dorang. Biasa lah kan kampong. Mana ada tempat karaoke or tempat tempat entertainment yang lain macam bowling or wayang. So, terpaksa la melalak macam orang meroyan. tapi dorang tuh sepatutnya cari tempat yang sesuai la untuk berhibur. Ni tak. Ada ka patut buat konsert free kat kawasan rumah rumah orang. Fikir fikir and renung renung kan lah ye.

p/s : kalau tade bakat tuh dok diam diam kat rumah tolong mak goreng cekodok pisang.lagi berfaedah kan.bakat aku pon dah terserlah dalam entry nih. Bebel bebel bebel.

Selasa, 7 Disember 2010

bahagia ke macam nih?

Hai anak-anak ikan sekalian marilah kita duduk bersama menyelami hati budi perasaan sorang lelaki innocent meh yer :P.*sambil buat mata bulat – bulat besar sebesar mata ikan kerapu dan bersinar macam kucing parsi.aku nak kongsi satu bende ngan korang.
Selalu bila tengok orang laen bahagia. Jalan lenggang2 itik. I sayang u, u sayang I. bersilang tangan jalan tepi kolam. U jump , I jump.wahh. kalau dah kapel kan.memang nak seromantik yang boleh!!.tapi penah tak terasa yang dalam kebahagian yang korang alami tuh sebenarnya ada kesengsaraan di masa depan?
Ada beberapa situasi yang aku nak kongsi ngan korang.aku nih berfikir beyond the limit cikit.kadang-kadang melalut ntah pape.dont get so serious la dengan apa yang aku nak kongsi meh terutama para –para sakura wanita.muahaha :P.
Situasi satu.
Girlfriend aku sanggup pakai macam gladiator bawak pedang besar and bapak tajam giler nak pegi bunuh orang yang cube ngorat aku sebab dia cakap dia cintakan aku padat2.walhal bile ada mamat lagi hensem nak mampos g ngorat dia boleh plak dia cakap kat aku “awak??saya ada penyakit bahaya.so kite kene putus.sorry sayang”.besoknya lepas balik dari pasar beli ikan bilis nak masak sambal pedas.ade plak kenduri kawen berlangsung.macam anak mami la aku pegi mengendap kejap.tut .tut. gf aku yang nak kawen.no no no no.ex-gf aku yang nak kawen.fuh.. “Penyakit bahaya” ke “bf baru”??..senget punyer gf.
Situasi kedua.
Bila saya demam awak datang rumah bawak macam-macam.buah epal, oren, anggur, mempelam dan segala bagai jenis sayur-sayuran berkhasiat dengan alasan nak bagi sy cepat sihat dan bila saya dah sihat boleh la kita selalu pegi dating kat taman bunga tepi rumah jiran awak tuh!. Bila sy dah sihat and ajak awak g dating kat tempat yang lgi best.awk cakap tak boleh sbb mak awk tak bagi.walhal awk mengidam sangat nak pegi ke taman bunga tuh sbb awk nak tengok mamat ensem yang jual karipap kat taman bunga tuh kan.macam la tatau.besoknya terus mintak putus ngan saya.and then, lusanya plak,awk ngan mamat hensem tuh berdating sambil makan karipap basi kat situ!! ..errr…bedebah punyer gf.
Situasi ketiga.
Saya ni keja pon tak seberapa.gaji plak nak wat beli kacang buncis pon tak lepas. Tapi tiap-tiap bulan saya simpan duit nak belikan awak rantai emas yang tak berapa nak karat sangat tuh.bila dah cukup duit dan rantai pon dah beli nak bagi awk.awk cakap terima kasih sangat sbb belikan rantai emas tuh dan awk cakap lagi tanpa henti. Awak cakap mcm ni “ maaflah syg,I tak dapat nak terima pemberian u ,simpan la rantai tuh untuk hari perkahwinan kita nanti”.saya pon menyorak keriangan macam da lepas minum isotonic.walhal kat umah awk dah penuh dengan barang kemas pemberian lelaki lain yang lagi kaya dan berduit dari saya sampai boleh plak awk gantung barang kemas tuh kat depan rumah buat lampu kelip2 time raye pause arituh.patot la awk tak nak terima”. Papadom punyer gf.
Cukup la dengan 3 imaginasi karut marut carut aku neh.maybe ade je yang tak paham.meh nak terangkan balik.ok.sebenarnya aku nak cakap ..semua yang Nampak baik tak sebenarnya indah macam citer dongeng zaman2 dulu.contohnya macam perempuan2 kat atas tuh lah.cakap cinta la ape la tp sebenarnya dalam diam2 ade agenda lain. Clear??clear??? ok. Bagus.yang tak paham pon buat2 lah paham.