Khamis, 23 Disember 2010

konsert parasit

Baru ja lepas tengok movie romantik leleh leleh air mata sampai abes tisu TESCO aku pakai untuk kesat air mata yang keluar ikhlas dari biji mata aku yang sekarang ini dah tak rabun lagi. Seronok weyh bila aku dah tak payah nak pakai cermin mata yang secara tradisionalnya telah menyembunyikan mata aku yang originalnya berwarna biru. Tapi berubah menjadi warna laen disebabkan refleksi dari cahaya matahari.aku harap korang percaya!
Pasal mata aku tuh korang tak yah la nak fikir sangat. Sebab semua tuh tade kaitan pon dengan apa yang aku nak cita.huhuhu. lepas abes tengok movie yang aku cakap romantik tuh, aku pon masok tidur dengan harapan serta impian yang mengunung akan dapat mimpi yang sangat indah seperti terbang di balik awan yang sangat biru berlatarbelakangkan lagu tema awan dania musim ketiga.tapi Nampaknya tak sempat aku nak tarik selimut ,tiba – tiba aku dengar bunyi orang nyanyi nyanyi sambil main gitar. Kononnya macam konsert paramore la kan. sakitnya hati aku yang suci dan murni nih. Kalau la nak tunjuk bakat sekalipon pergi la audition. Bukannya dorang tak tau yang sekarang banyak gila vavi rancangan realiti untuk cari penyanyi serta bakat bakat lain. Eh!eh! lupa plak.dorang mana ada bakat. Dorang nyanyi sebab nak halau cengkerik dan nyamuk daripada mengigit orang di malam hari. Salah satu cara efektif selain menggunakan racun untuk halau serangga. Sungguh unik suara dorang kan.fuh!
Very uneducated betul sebab dorang patut tahu yang kat kampong dalam jam 11 or 12 malam semua orang dah nak tidur. Melainkan kalau mereka semua menonton rancangan jangan tidur lagi. Ntah pape je dorang neh. Nak berhibur tapi tak kena masa. Dah berapa kali aku dengar dorang kena marah dengan pak cik pak cik area rumah aku. Tapi tak sampai 10 minit kene warning dorang buat balik. Dah liat sangat otak dorang nih semua. Liat macam otak udang galah. Mak ngan ayah aku pon dah tak kesah .hari hari dengar dorang melalak.
Kadang kadang tuh kesian gak kat dorang. Biasa lah kan kampong. Mana ada tempat karaoke or tempat tempat entertainment yang lain macam bowling or wayang. So, terpaksa la melalak macam orang meroyan. tapi dorang tuh sepatutnya cari tempat yang sesuai la untuk berhibur. Ni tak. Ada ka patut buat konsert free kat kawasan rumah rumah orang. Fikir fikir and renung renung kan lah ye.

p/s : kalau tade bakat tuh dok diam diam kat rumah tolong mak goreng cekodok pisang.lagi berfaedah kan.bakat aku pon dah terserlah dalam entry nih. Bebel bebel bebel.

4 ulasan:

  1. suwuhla penghulu kampong bina pusat karoke kat situ.. hehe..

    BalasPadam
  2. haha !! untungla kalau depa setuju!!..

    aku nak wat kenduri kendara lau penghulu setuju ngan cadangan kamu!!

    BalasPadam
  3. kahkahkah.. saheh suara cm katak ong strok..sakit jantung. muahahahah

    BalasPadam