Jumaat, 31 Disember 2010

dilemma handphone!

salam 1 malaysia!

dulu masa sekolah susah gila nak tengok member member sendiri pakai handphone tapi sekarang budak sekolah rendah pon dah ada handphone segala bagai!canggih manggih lagi. nak call ayah suruh datang amik kat sekolah pon pakai 3G! hehe. ye ke?


aku dulu dapat pakai handpone masa tingkatan 3 or 4 camtuh lah! dah lupa! tu pon handphone cikai ja! tak mampu nak pakai handphone mahal!korang plak macam mana?

dah bermacam jenis handphone aku pakai! first handphone aku pakai..nokia 3310! cikai kan tapi handphone tuh memang berjasa and tahan lama! hehe :P


nokia 3310


lepas tuh tukar handphone lain plak! handphone nokia 1100i memang best pakai.keypad dia lembut gila.lagi semangat nak taip message! hehe :P phone yg first aku pakai tuh pon terus dilupakan selama-lamanya!.



nokia 1100

abes aje form 5.aku kerja kejap sambil tunggu result SPM! time tuh dah demand cikit sebab ada duit lebih kan! nak pakai la handphone yang canggih ada camera, MMS semua la.beli la handphone baru lg!survey punyer survey aku pon beli la handphone nokia 5300.


nokia 5300

aku pakai handphone nokia nih sampai la aku masuk kolej tapi malang gila nasib aku sebab phone nih hilang ntah ke mana!bila nak masuk semester kedua aku dapat ptptn!aku pon gunakan duit ptptn tuh untuk beli handphone baru.kali nih aku tukar brand! aku pakai sony ericson! sayang gila sony tuh! semua perfect! sony ericson c510

.

sony ericson c510

tapi phone nih aku pakai setahun ja! bukan hilang lagi tapi rosak sebab masuk air masin ! aku pergi pulau kapas aritu and aku terlupa nak keluarkan handphone dari seluar. punyer la seronok maen air ssampai lupa handphone tuh.pastuh aku tukar la ke handphone lain plak. bukan sony or nokia. handphone baru aku tuh brand ximax!


ximax

tapi aku tak suka sangat pakai phone nih.seminggu pakai aku rase macam nak tukar ja ngan handphone lain tapi tak sempat nak tukar lain.kedeboooom! rosak lagi! memang sakit ja hati!

sekarang nih aku pakai phone BranD LG! aku dah try search kat google tapi tak jumpa pon!nampaknya handphone latest yg aku pakai tade kat internet pon! lagi cikai dari 3310~

p/s : sapa nak taja handphone kat aku!




Khamis, 23 Disember 2010

konsert parasit

Baru ja lepas tengok movie romantik leleh leleh air mata sampai abes tisu TESCO aku pakai untuk kesat air mata yang keluar ikhlas dari biji mata aku yang sekarang ini dah tak rabun lagi. Seronok weyh bila aku dah tak payah nak pakai cermin mata yang secara tradisionalnya telah menyembunyikan mata aku yang originalnya berwarna biru. Tapi berubah menjadi warna laen disebabkan refleksi dari cahaya matahari.aku harap korang percaya!
Pasal mata aku tuh korang tak yah la nak fikir sangat. Sebab semua tuh tade kaitan pon dengan apa yang aku nak cita.huhuhu. lepas abes tengok movie yang aku cakap romantik tuh, aku pon masok tidur dengan harapan serta impian yang mengunung akan dapat mimpi yang sangat indah seperti terbang di balik awan yang sangat biru berlatarbelakangkan lagu tema awan dania musim ketiga.tapi Nampaknya tak sempat aku nak tarik selimut ,tiba – tiba aku dengar bunyi orang nyanyi nyanyi sambil main gitar. Kononnya macam konsert paramore la kan. sakitnya hati aku yang suci dan murni nih. Kalau la nak tunjuk bakat sekalipon pergi la audition. Bukannya dorang tak tau yang sekarang banyak gila vavi rancangan realiti untuk cari penyanyi serta bakat bakat lain. Eh!eh! lupa plak.dorang mana ada bakat. Dorang nyanyi sebab nak halau cengkerik dan nyamuk daripada mengigit orang di malam hari. Salah satu cara efektif selain menggunakan racun untuk halau serangga. Sungguh unik suara dorang kan.fuh!
Very uneducated betul sebab dorang patut tahu yang kat kampong dalam jam 11 or 12 malam semua orang dah nak tidur. Melainkan kalau mereka semua menonton rancangan jangan tidur lagi. Ntah pape je dorang neh. Nak berhibur tapi tak kena masa. Dah berapa kali aku dengar dorang kena marah dengan pak cik pak cik area rumah aku. Tapi tak sampai 10 minit kene warning dorang buat balik. Dah liat sangat otak dorang nih semua. Liat macam otak udang galah. Mak ngan ayah aku pon dah tak kesah .hari hari dengar dorang melalak.
Kadang kadang tuh kesian gak kat dorang. Biasa lah kan kampong. Mana ada tempat karaoke or tempat tempat entertainment yang lain macam bowling or wayang. So, terpaksa la melalak macam orang meroyan. tapi dorang tuh sepatutnya cari tempat yang sesuai la untuk berhibur. Ni tak. Ada ka patut buat konsert free kat kawasan rumah rumah orang. Fikir fikir and renung renung kan lah ye.

p/s : kalau tade bakat tuh dok diam diam kat rumah tolong mak goreng cekodok pisang.lagi berfaedah kan.bakat aku pon dah terserlah dalam entry nih. Bebel bebel bebel.

Selasa, 7 Disember 2010

bahagia ke macam nih?

Hai anak-anak ikan sekalian marilah kita duduk bersama menyelami hati budi perasaan sorang lelaki innocent meh yer :P.*sambil buat mata bulat – bulat besar sebesar mata ikan kerapu dan bersinar macam kucing parsi.aku nak kongsi satu bende ngan korang.
Selalu bila tengok orang laen bahagia. Jalan lenggang2 itik. I sayang u, u sayang I. bersilang tangan jalan tepi kolam. U jump , I jump.wahh. kalau dah kapel kan.memang nak seromantik yang boleh!!.tapi penah tak terasa yang dalam kebahagian yang korang alami tuh sebenarnya ada kesengsaraan di masa depan?
Ada beberapa situasi yang aku nak kongsi ngan korang.aku nih berfikir beyond the limit cikit.kadang-kadang melalut ntah pape.dont get so serious la dengan apa yang aku nak kongsi meh terutama para –para sakura wanita.muahaha :P.
Situasi satu.
Girlfriend aku sanggup pakai macam gladiator bawak pedang besar and bapak tajam giler nak pegi bunuh orang yang cube ngorat aku sebab dia cakap dia cintakan aku padat2.walhal bile ada mamat lagi hensem nak mampos g ngorat dia boleh plak dia cakap kat aku “awak??saya ada penyakit bahaya.so kite kene putus.sorry sayang”.besoknya lepas balik dari pasar beli ikan bilis nak masak sambal pedas.ade plak kenduri kawen berlangsung.macam anak mami la aku pegi mengendap kejap.tut .tut. gf aku yang nak kawen.no no no no.ex-gf aku yang nak kawen.fuh.. “Penyakit bahaya” ke “bf baru”??..senget punyer gf.
Situasi kedua.
Bila saya demam awak datang rumah bawak macam-macam.buah epal, oren, anggur, mempelam dan segala bagai jenis sayur-sayuran berkhasiat dengan alasan nak bagi sy cepat sihat dan bila saya dah sihat boleh la kita selalu pegi dating kat taman bunga tepi rumah jiran awak tuh!. Bila sy dah sihat and ajak awak g dating kat tempat yang lgi best.awk cakap tak boleh sbb mak awk tak bagi.walhal awk mengidam sangat nak pegi ke taman bunga tuh sbb awk nak tengok mamat ensem yang jual karipap kat taman bunga tuh kan.macam la tatau.besoknya terus mintak putus ngan saya.and then, lusanya plak,awk ngan mamat hensem tuh berdating sambil makan karipap basi kat situ!! ..errr…bedebah punyer gf.
Situasi ketiga.
Saya ni keja pon tak seberapa.gaji plak nak wat beli kacang buncis pon tak lepas. Tapi tiap-tiap bulan saya simpan duit nak belikan awak rantai emas yang tak berapa nak karat sangat tuh.bila dah cukup duit dan rantai pon dah beli nak bagi awk.awk cakap terima kasih sangat sbb belikan rantai emas tuh dan awk cakap lagi tanpa henti. Awak cakap mcm ni “ maaflah syg,I tak dapat nak terima pemberian u ,simpan la rantai tuh untuk hari perkahwinan kita nanti”.saya pon menyorak keriangan macam da lepas minum isotonic.walhal kat umah awk dah penuh dengan barang kemas pemberian lelaki lain yang lagi kaya dan berduit dari saya sampai boleh plak awk gantung barang kemas tuh kat depan rumah buat lampu kelip2 time raye pause arituh.patot la awk tak nak terima”. Papadom punyer gf.
Cukup la dengan 3 imaginasi karut marut carut aku neh.maybe ade je yang tak paham.meh nak terangkan balik.ok.sebenarnya aku nak cakap ..semua yang Nampak baik tak sebenarnya indah macam citer dongeng zaman2 dulu.contohnya macam perempuan2 kat atas tuh lah.cakap cinta la ape la tp sebenarnya dalam diam2 ade agenda lain. Clear??clear??? ok. Bagus.yang tak paham pon buat2 lah paham.

Selasa, 30 November 2010

Perlukah “encem” or “cantek” untuk jadi blogger??

Ok guys.dengar ni ye.im not MILEY CYRUS or HANNAH MONTANA.*cube sebut ayat tuh dengan nada yang sangat gedik melampau.jadik x?jadik x?.Please say YES!..Give me ‘Y’. give me ‘E’. give ‘S’. yeah.yeah. it’s sounds YES. ( sedang cube untuk jadik gedik.tips jadi gedik dari Mr.ASPHAQ ).
That’s why la people out there tak suke aku.maybe la.tulis entry bagai menatang minyak yang penuh.tp ade ke orang ambik kesah? Very the cepu cemas question in the world.yeah.thats right.Im not HANNAH MONTANA.once again.adess.
As a new blogger mcm aku.freshie la katakan dalam bab2 blog nieh.nak jadik blogger bukan senang tp susah tau.ape? tatau? Nk bgtau la nieh.muahahaha.kekadang idea datang ke otak aku mengatakan aku ni tak cukup handsome untuk jadik blogger?.Means?.sepanjang aku berblogging nieh sume blogger2 yang aku tgk.semua handsome2,kurus2 and cantek2 orangnya.ye la cantek and handsome plus plak ngan bakat menulis yang creative.macam mat salleh ckp la ‘outstanding’.macam tu ek??.maseh tertanye tanye.tanye sape tatau la.aiyooo.T__________T. adakah bende ni yang effect aku punyer blog tak pemes macam yang laen??ajaran sesat mane ntah aku ikut nieh.bla.bla.bla.


One more thing, dulu mase mula2 nak “berjinak” ngan blog nieh.maksud aku nak bersocial ngan blog nieh.nak tau blog ni menatang ape.walaupon aku tau yang blog nieh bukan species haiwan kan.tp kenape aku sebut “menatang” .sbb aku nak “menjakunkan” diri aku sesaat.ok.tak jakun da.back to basis.pada mulanya,aku just nak make this blog as a dairy for my life only.ala-ala princess dairies gituh tuh ha.kejadahnya kan!.adushh.dah lame kenal blog makin ‘liar’ plak aku.macam2 nak buat.tgk entry orang banyak citer besh.mula la aku melalut buat citer plastik. Untuk ape?nak suruh orang kat luar sane bace la.bile tgk blog orang laen.mak bapak followers RAMAI giler baby.aku pon nak follower byk jgk.sampai sume budak satu kolej aku paksa jadik follower kalau tak aku bunuh diri.gantungkan diri aku kat dalam tandas perempuan.kenape tandas perempuan???ahhh.ape2 je la.tp tade la sampai mati.gantung kejap2 je( malangnya tade yang amek kesah ). haha :p. maybe sbb terlalu obsess ngan bende2 yang mcm ni la yang buat aku berperasaan “bodoh” macam yang dinyatakn diatas.ye idok?.sengal kan aku nieh.T___T



Sebagai budak baru.kene la byk belajar kan.so.jangan nak piker yang bukan2. *sambil tgk cermin.ahhh.encem jgk aku. Muahaha.skg ni.aku akan teruskan je ape yang aku mulakan.depends la orang nak terima belog aku nieh ke tak.at least aku tade buat keja yang tade faedah macam isap dadah atau pon isap ibu jari kaki orang laen.kih kih.betul x reader2 and blogger2 sekalian.
Pada yang kutuk aku and belog aku nieh.silakan. dan mulakan dengan bismillah.dan akhiri dengan Alhamdulillah.kalau ade yang tak kena kat mane2 katakan saje.kalau ade yang salah aku cube betulkan. LADY GAGA ngan BEYONCE pon ade gak buat silap n kene blackmail ngan orang.ni pulak aku kan. *buat muke innocent macam ALICE IN WONDERLAND. Tp kalau Lady gaga n beyonce phm apa yang aku cakap nieh mmg dah lame aku makan menyepak dorang.ye la.asyik kene aim je.x pasal2!!
*senyum lebar selebar jalur gemilang.

Aku nak wish gud luck and thank you very damn much pada bloggers and readers yang bagi aku support.*tersipu2 malu and muka plak merah2 kat pipi mcm pakai blusher simply siti.padahal.aku tatau pon siti tu jaul amende.maen agak2 je.kih kih. Ok guys.aku ase sampai di sini sajelah bebelan aku.da tak larat nak bebel.budak2 sekarang bukan nak dengar pon.haissh.ape nak jadi ngan bebudak zaman sekarang.hehehehe :P.
p/s : hidup bloger!hidup blogger.sambil bawak sepanduk.jerit2 depan laptop sensorang.gila!